Nombor Ekor Punya Pasal

Kerana nombor ekor ada yang marah-marah. Ada yang dah persoalkan mengenai Hak Asasi Manusia. Mr Tehr bukan pun nak tegah hak asasi orang, sekadar kemukakan hak asasi Mr Teh sahaja sebab Mr Tehr juga ada hak menulis. Kawan-kawan Mr tehr juga ada hak untuk beri komen dan pendapat. Kan? kan?

Cakap-cakap

Beli sahaja seberapa banyak nombor yang diinginkan dengan sebanyak mana duit yang ada, tidaklah Mr Tehr mahu melarang. Kalau tak ada duit, hutang je kat kedai nombor tu, dah kena nanti boleh bayar. Kalau tak kena juga, hutang lagi dan lagi dan lagi… Sampai kena!

hak asasi hak asasi
bangun pagi tak cuci gigi

hak asasi mat motor
ganggu orang sedang tidur
hak asasi mat rempit
pejalan kaki selalu tersepit

hak asasi hak asasi
tengah hari pun belum mandi

hak asasi gembala lembu
susahkan pula orang memandu
hak asasi pemilik anjing
penunggang motor jatuh terpelanting

hak asasi hak asasi
bila petang mencari nasi

hak asasi jiran tetangga
seluruh taman pening kepala
hak asasi sahabat handai
keluarga pun boleh bercerai-berai

hak asasi hak asasi
sampai malam tak mandi lagi

Perjuangan Hak Asasi Manusia bukan bertujuan untuk membenarkan manusia berbuat sesuka hati dengan kebebasan mutlak. Hak Asasi Manusia perlu mematuhi kehendak majoriti ahli masyarakat serta peraturan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Bukan boleh sedap-sedap cakap aku ada hak atau ikut suka aku sahaja.

TehrDemikian kisah 'Nombor Ekor Punya Pasal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. wrizuan.net says:

    dalam soal agama mana ada hak asasi manusia habaq kat dia…hahhaa…yang haaram ttp haram jgn nak memandai hak asasi manusia….:)
    wrizuan.net baru je tulis kisah Drama Bersiri Juvana | Episod Akhir Juvana catat 4.2 jutaMy Profile

    1. Depa ingat depa je yang pandai tentag hak asasi manusia.Agama tak tau kot tentang hak asasi manusia.
      InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2)My Profile

      1. tehr says:

        yups
        hak2 agama lebih tinggi dari hak asasi

  2. kakyong says:

    erkkk… tak sangka pulak saya, hal main nombor ekor termaktub sebagai hak asasi jika dia seorang Islam..

    wallhua’lam
    kakyong baru je tulis kisah Telefilem Pelamin di Pusara–akan datang Sept iniMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya dia ni tak tahu, kak yong
      main tulis je ni

  3. Gayahspears says:

    huhu…
    skrg ramai org melayu suka main no ekor…
    Gayahspears baru je tulis kisah Photoshop : Cara membuat header kelip-kelipMy Profile

    1. tehr says:

      makin hari makin bertambah, gayah
      poket je makin surut

  4. dnoBiz says:

    ni masalah tak berapa nak faham dengan apa yang dia baca kot.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Pengharaman Judi di Kelantan – Tiga penduduk Saman Kerajaan KelantanMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya memang macam tu la ni, dno

  5. ghost writer says:

    mesti dia mc kat kilang.

    payah gak bila bercakap soal hak asasi nih.sikit silap dowang guna sebagai senjata.canteeek!
    ghost writer baru je tulis kisah struggleMy Profile

    1. tehr says:

      napak macam dia tuhu benar pasal mc tu, ghost
      dia hanya tak tahu yang mana salah je

  6. zik says:

    kalau dah terjebak…mulalah nak katakan hak asasi… wallahuallam..
    zik baru je tulis kisah Wordless wednesday 8(Spammer)My Profile

    1. tehr says:

      kalau dah terjebak
      payah nak keluar, zik

  7. zulkbo says:

    salam..
    harapan bukan orang islam
    boleh tergelincir akidahnya..
    ermm..kalau bangsa lain,
    saya agak mereka ni dah cara
    hidupnya..perketatkan pusat
    judi tersebut
    zulkbo baru je tulis kisah Live Online Malaysia Vs Chelsea 21 Julai 2011 ( Live Streaming )My Profile

    1. tehr says:

      salam
      ada yang saman kerajaan kelantan kerana judi ni
      macam2 hal berlaku, bro

  8. padin says:

    hehe kalau yang bukan agama kita, mungkin hak asasi tu diperjuangkan tapi kalau agama kita, mmg dah sah – sah main nombor dah ditegah sekerasnya, tak payah dok nak perjuangkan la hak asasi tu keh3 kena sambar kilat nanti baru padan..
    padin baru je tulis kisah Kelebihan Tinggal Di AsramaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      agama lain aku tak tahu dilarang atau tidak

  9. Esempoi says:

    judi haram.. abis cite
    Esempoi baru je tulis kisah Blog Karangan – mindasasterabahasa.comMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tak payah nak soal lagi

      1. Mus says:

        fullstop
        Mus baru je tulis kisah Cabaran Anak MandalipauMy Profile

  10. puteri says:

    kelakarlah
    ade ke nombor ekor tu termasuk dalam hak asasi

    hak la sangat
    bukan hak asasi
    tapi hak kena api (neraka)
    puteri baru je tulis kisah tanya sama itu HududMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin dia ni tak faham, puteri

  11. kakyon says:

    hak asasi..hak asasi..
    apa dia nak peduli..
    yang penting kehendak hati..
    dengan menidakkan hak majoriti..
    kakyon baru je tulis kisah selamat berhujung minggu..My Profile

    1. tehr says:

      yups
      hak asasi juga ada aturannya

  12. Ali ridha says:

    semua nak memperjuangkan hak asasi manusia.
    bagaimana pula dengan agama kita.tak mahu ke
    nak perjuangkan.

    1. tehr says:

      hak agama itu la yang sebenarnya hak asasi

  13. akubiomed says:

    Bro TehR jangan ragut hak saya untuk komen disini :-)

    1. tehr says:

      hehe
      siapa pun boleh komen
      walau pun yang tak mahu letak nama :D

  14. akubiomed says:

    Rasanya gambar saudara komen mempunyai pengetahuan mengenai subjek digital samada mempunyai latarbelakang IT atau pun Elektronik

    1. tehr says:

      nampak gaya memang macam tu
      dia memang tahu

  15. ohcikgu says:

    emm..kes orang tak dapat aiskrim la nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Berita GSTT terbaru – Govt to absorb temp teachersMy Profile

    1. tehr says:

      habis duit beli no ekor hingga tak dapat beli aiskrim?
      rasanya bukan macam tu la cikgu :D

  16. Norgadis says:

    hak asasi hak asasi
    nasihat org tidak peduli
    beli nombor setiap hari
    sudah mati baru berhenti.

    Takut!!!
    Norgadis baru je tulis kisah Tawaran Belajar Untuk Si PuteriMy Profile

    1. tehr says:

      hak asasi hak asasi
      hanya susahkan diri sendiri
      termasuk juga anak isteri
      orang keliling makan hati

  17. maza says:

    aduhaiii. apa lah dia org ni..

    dia org ni tau tak hak asasi tu apa sebeanrnya?

    Hak asasi manusia itu tak bermakna sesuka hati makabah tokayah uwan mereka mahu buat sesedap rasa semasam cuka, sepahit kopi halia dan sesedap teh o.. yg akhirnya mendera dan menzalimi org lain….

    (eh lantun-lantun lah fulaks. hehehe)
    maza baru je tulis kisah Pantai Air Papan, MersingMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kalau tinggal di hutan sorang2 juga masih tak boleh berbuat sesuka hati sendiri
      kan, bro

  18. Jai says:

    Err, patutkah soalan hak asisi manusia tu apa maknanya ditanya pada diorg nih…hadui..

    1. tehr says:

      hehe
      bagus juga tu, jai
      nak tahu juga apa jawapan yang akan mereka berikan

  19. titan says:

    kat banting..ramai lagi orang melayu beli nombor ekor ni..yang tua-tua plak tu..
    titan baru je tulis kisah Dapat RM219 dari Cabaran Pegawaikerajaan.comMy Profile

    1. tehr says:

      pelik juga tu, titan
      biasanya golongan ini gemar makan sup ekor, bukan makan nombor ekor

  20. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    generasi nissan sentra

    Tanam ubi tanam keladi
    Tanam pula ditepi paya
    Kita jangan suka berjudi
    Kerja kuat hingga berjaya

    Bergaul bebas muda-mudi
    Di pekan dan di desa
    katakan tidak pada judi
    Dengan berusaha setiap masa
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip Hilangkan Bauan Durian Dalam KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      bawa kudrat ke dalam paya
      daun palas dibuat ketupat
      kerja kuat pastilah berjaya
      kalau malas akan merempat

  21. Mus says:

    nombor ekor membuat hidup tak tenteram..
    Mus baru je tulis kisah Cabaran Anak MandalipauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun