Negeriku Tercinta

Salam dan selamat petang semua. Keindahan petang Jumaat yang dianugerahkan kepada kita terutama sahabat-sahabat yang tinggal di Kelantan. Hari ini cuti hujung minggu dan sangat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar di pantai terutama bila petang begini. Insya Allah tsunami yang berlaku di Jepun beberapa hari lepas tidak sampai ke negara kita.

Sayang kalau negara kita yang indah permai ini musnah dalam bencana gempa bumi atau tsunami. Lebih sedih lagi kalau kemusnahan itu datang dari kerakusan manusia seperti bencana peperangan, kemusnahan alam dan hutan atau letupan loji nuklear. Tiada siapa yang harus kita persalahkan melainkan diri kita sendiri.

Panjangnya intro. :D Eh, panjang ke? Entri ini sebenarnya bertujuan untuk mengisi slot Pantun Pilihan Dari Sahabat yang biasa saya buat setiap 2 minggu. Pilihan kata kunci kali ini ialah nama negeri atau daerah di mana sahabat tinggal.

pasar siti khadijahbelimbing besi tidak berbulu
berbuah betik di ladang tani
Kelantan ini nama negeriku
sungguh cantik tenang sekali

merebus ketupat diisinya inti
dedaun nyiur melambai-lambai
bandar Tumpat di hujung negeri
Pengkalan Kubur di tepi sungai

kalau pergi ke Tanah Merah
singgah sekejap di Pasir Mas
kalau negeri hancur musnah
tiada sempat untuk berkemas

Dua rangkap pantun yang paling memikat dari dua orang sahabat akan dipilih pada pagi Ahad [20.03.11] untuk mengisi ruangan Pilihan Pantun Dari Sahabat. Jangan lupa menggunakan kata kunci negeri atau daerah sewaktu menulis pantun nanti. :D

TehrDemikian kisah 'Negeriku Tercinta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. Cik Siti says:

    Cik Siti nak ceritakan tentang asal kelahiran Cik Siti yang Cik Siti cintai…

    Daerah Jasin antara satunya,
    Melaka tengah usah dilupa,
    Alor Gajah terkenal air panasnya,
    Semua terdapat di Negeri Melaka

    3 daerah hidup bersama,
    Dibawah payung negeri Melaka,
    Negeri bersejarah penuh cerita,
    Keanak cucu pastikan tak lupa
    Cik Siti baru je tulis kisah Malunya Cik SitiMy Profile

    1. tehr says:

      dulu saya ada kawan dekat sm vokasional alor gajah
      tapi sekarang kawan tu dah berpindah ke sungai besar, selangor

      1. Cik Siti says:

        bila dah habis sekolah masing-masing dah berterabur duduknya. semua daerah ada sahabat-sahabat kita ni…. kebanyakkan rakan-rakan Cik Siti berada di Melaka dan KL….
        Cik Siti baru je tulis kisah Malunya Cik SitiMy Profile

        1. tehr says:

          yups
          bila dah besar panjang jadi orang tua ni
          jarang2 je dapat jumpa kawan2 sekolah
          ada juga yang langsung tak dengar khabar berita

  2. adele says:

    Hantu kak limah sedang tersengih,
    Saya duduk di Semenyih.

    Jalan-jalan ke Pulau Pangkor,
    Semenyih terletak di Selangor.

    ok x pantun ni?hehe

    1. tehr says:

      bermain bola di petang hari
      jangan la hantu kak limah kemari :D

  3. sud@is says:

    tapi tsunami melanda blog kesyangan ku
    syukur dah selamt
    sud@is baru je tulis kisah Akibat Badai TsunamiMy Profile

    1. tehr says:

      kenapa ya
      blog sud@is kadang dapat masuk, kadang ada warning

  4. decrewz says:

    Jalan terus tak tengok simpang,
    Bawa motor tunggang langgang,
    Itulah asalnya aku datang,
    Daerah Raub di Negeri Pahang…

    Ha3.. Ok x Jai berpantun..? Kasi la markah cikit.. baru 1st mencuba nasib berpantun nih…. :)
    decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Nuffnang Yang ke-6My Profile

    1. tehr says:

      masuk simpang sebelah kanan
      negeri pahang jiran kelantan :)

      1. decrewz says:

        Kalau kekanan tu jalan baru ke kelantan, jln lama ikut kiri, lalu tempat jai, kelapa sawi je pnuh, malam2 tempat budak2 merempit..hu3
        decrewz baru je tulis kisah Tahniah Buat Juara Raja Lawak Astro Musim ke-5My Profile

  5. toyol says:

    singgah sebentar di pulau warisan,
    sempat meninjau ke pasar payang,
    Terengganu cantik di pesisir lautan,
    negeri kelahiran pastinya dikenang..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      baju batik berwarna biru
      dipakai oleh pemudi pemuda
      kain songket dari terengganu
      dah terkenal seantero dunia

  6. toyol says:

    hehe..
    jadi payah la pulak pantun kali ni..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      tak payah mana tu, tk
      ok je :D

  7. kakyong says:

    dari tanjung menghala ke Ipoh
    berpantun ni teman tak reti nak heboh

    ekkekek…
    kakyong baru je tulis kisah Contest aksi si cilik berbasikal – Tambahan syarat sedikit kelonggaranMy Profile

    1. tehr says:

      dari ipoh ke kuala kangsar
      bukan heboh hanya belajar
      kan2? :D

  8. Saudagar belayar dilaut sulu,
    singgah pelabuhan membeli bahulu,
    Negeriku Sabah Daerahku Kota Kinabalu,
    silalah datang janganlah malu.

    cewaaaaaaaaaah…. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah New Blogspot DashboardMy Profile

    1. tehr says:

      negeri sabah di bawah bayu
      sarawak pula bumi kenyalang
      ke negeri sabah tak pernah aku
      ke sarawak saja pernah datang

      1. Mus says:

        Makna ‘kitak’ adalah awak
        Datang ke Kuching membeli buku
        Rasa tak sabar nak balik Sarawak
        Mee kolok di meja menanti aku
        Mus baru je tulis kisah Lokan Bakar- Kelapa Bakar- Puding Kelapa di SalutMy Profile

        1. tehr says:

          mee kolok laksa sarawak
          kedua-dua hamba setuju
          makna ‘kitak’ adalah awak
          makna ‘demo’ adalah kamu

          hehe

  9. ghost writer says:

    pegi kedai beli air batu
    sempat beli lolipop satu
    dah lama tak balik lahad datu
    di sabah bah tu….

    haha!macam aper jer pantun aku nih ek…memang takde talent langsung.ala,janji bunyik pantun…
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      pulau gaya dan lahad datu
      kinabalu pula mencapai awan
      boleh sahaja pantun begitu
      baris 4 je tak cukup perkataan

  10. mie says:

    tengah travel…
    kalau sempat nak join ni….
    heheee
    mie baru je tulis kisah Bunga Telur VS Bunga Ferero RocherMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa. mie
      kalau tak sempat, insya allah 2 minggu lagi ada peluang

      1. mie says:

        pasti akan join lagi kalau berkesempatan…
        hihihi
        mie baru je tulis kisah Cenderahati Dari Pulau LangkawiMy Profile

        1. tehr says:

          insya allah
          akan ada lagi nanti

  11. pulau pinang lokalitiku kini,
    tak cukup tanah laut ditambak,
    apalah malang nasibku ini,
    belum cukup bulan poket dah sesak.

    tak cukup tanah laut ditambak,
    terus berdiri bangunan tinggi,
    belum cukup bulan poket dah sesak,
    itupun ada hati nak tukar ke Myvi…

    hi..hi.. jangan marah!
    insan marhaen baru je tulis kisah Terlupa DiaMy Profile

    1. tehr says:

      ke pulau pinang ikut jambatan
      payah rasanya nak pakai feri
      senyum membaca pantun tuan
      terima kasih berkunjung ke sini

      terus je teringat dialog ahmad nesfu
      ‘tak marah eih, suka!’

  12. akubiomed says:

    Hujan emas dinegara orang
    Hidup merantau memang berliku
    Bukan senang hendak senang
    Negeri Selangor kelahiranku

    1. tehr says:

      negeri selangor sangat kaya
      petaling jaya sangat keliru
      dah banyak kali aku ke sana
      sentiasa sesat arah dituju

  13. Norgadis says:

    Bukan datang sembarang datang
    saya datang dari Labuan
    bukan pandang sembarang pandang
    sekali pandang hati tertawan

    Singgah di pasar membeli duku
    tidak dilupa kuih bahulu
    Pulau Labuan tempat lahirku
    tempatnya aman damai selalu
    Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

    1. tehr says:

      bukan jemput sebarang jemput
      tuan dijemput sepenuh hati
      bukan turut sebarang turut
      tuan kuturut sampai kemari

      1. Norgadis says:

        Best pula jawapan pantun ni… hehehe…
        Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

  14. Ismail N says:

    Alahai miss pulak contest ni.. Kawe balik kampung beberapa hari. Tak bawak laptop skali. Rush .. rush…

    1. tehr says:

      tak pa la
      insya allah 2 minggu lagi kita cuba dengan kata kunci lain pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun