Negeri Sembilan vs Felda United

Malam ini ada enam perlawanan dalam Liga Super 2012 dan blog Tehramuan.Com memilih perlawanan Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur Felda United FC sebagai perlawanan pilihan minggu ini. Bagaimana langkah Negeri Sembilan sebagai Juara Piala Sumbangsih 2012 menyusun rentak bagi menundukkan Felda United.

n9 vs felda united

Nasib tak baik pula bila TV1 memilih perlawanan antara Gergasi Merah Kuning, Selangor vs Sarawak untuk siaran dan tontonan peminat seluruh negara. Tak dapat pula melihat jaringan apabila kedua-duanya gagal menjaringkan gol. :D

Keputusan penuh Liga Super 21.01.2012 adalah seperti berikut:

Johor FC 0 – 1 Perak
Sabah 0 – 1 Singapura LionsXII
Kuala Lumpur 1 – 1 PKNS
Terengganu 2 – 1 T-Team
Selangor 0 – 0 Sarawak
Negeri Sembilan 1 – 0 Felda United

Tahniah kepada Kelantan yang menewaskan Kedah dengan jaringan 3-0 semalam apabila kekal bertakhta di persada Liga Super selepas empat perlawanan. Kelantan mendapat 10 mata hasil dari 3 kemenangan dan seri sekali. Terengganu pula menduduki tangga kedua dengan 9 mata dengan tiga kemenangan dan sekali kalah.

TehrDemikian kisah 'Negeri Sembilan vs Felda United' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    adehh..kalah la pulak
    Felda kali nih ye..tak pe
    lama lagi nak final..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Giveaway Sulung Miecyber Blog Yang AwesomeMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      ya la, bro
      musim masih panjang lagi
      apa2 pun boleh berlaku

  2. rahman says:

    boleh chek keputusan liga dkt sini.. bagus

    1. tehr says:

      boleh2 :D
      tapi kadang2 aku lupa/tak sempat nak update

  3. saya selalu terklik blog satu ag yg xleh nk komen tuh..huhu…ingatkan dah disable komen terus :p ade bola..patutla bila msg adik nk skype,die ckp smua bz..aiyooo tgk bola upenye
    alexa yussida baru je tulis kisah Travelogue Andalusia- Cordova,SpainMy Profile

    1. tehr says:

      bola oh bola
      memang payah nak buat kerja lain bila ada siaran bola
      hehe

  4. titan says:

    selangor tak menjadi malam ni..sakit hati aku tengok. pkns pun seri gakk.aduhh..
    titan baru je tulis kisah Lelaki kacak suka Conteng-conteng buku.My Profile

    1. tehr says:

      peluang tu ada
      tapi bola macam susah je nak masuk gol

  5. padin says:

    Selangor main entah apa2 melawan Sarawak. Gunalan macam ayam pencen, Safiq n Amirul patut rehat la.. takde langsung gerakan bahaya, ada depan gol pon, tendang macam bola ragbi.. adehh

    1. tehr says:

      adeh,
      aku pun pelik tengok
      banyak juga peluang tapi semua tak menjadi

  6. kulanz says:

    aku dah lama tak tengok team Sabah main.. macam hilang minat
    kulanz baru je tulis kisah World Bloggers & Social Media Awards 2012My Profile

    1. tehr says:

      sabah agak tenggelam sekarang
      tak sama ketika zaman matlan marjan dulu

  7. ghost writer says:

    tahniah untuk pasukan yang disokong dan memperoleh kemenangan.
    ghost writer baru je tulis kisah menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagiMy Profile

  8. yas says:

    Kesian kat keeper Kedah tu….tu la len kali jgn memain dpn pintu gol…kan dah kene lagi…hmm
    yas baru je tulis kisah Kubur Rakyat Paling Miskin di AS – Kubur Rakyat?My Profile

  9. b3njy says:

    Liga baru bermula masih banyak peluang bagi semua pasukan.
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

  10. b3njy says:

    Kelantan memang pasukan yang hebat dan juga antara calon2 yang disebut untuk mengekalkan gelaran Liga Super tahun 2012.
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

  11. b3njy says:

    Dapat tahu perlawanan N9 dan Felda Utd di hiasi kekasaran menyebabkan pengadil melayangkan 2 kad merah. Itu satu yang tidak professional bagi pemain bergelar professional.
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    1. yas says:

      titik hitam lagi dlm sukan negara…
      yas baru je tulis kisah OPS Sikap Ke 25 Sempena Tahun Baru Cina 2012My Profile

  12. aku says:

    Hobin Jang Hobin <3
    aku baru je tulis kisah 21.1.12My Profile

  13. mie says:

    semuanya masih dalam permulaan..
    heheheee
    mie baru je tulis kisah Yee Sang & Tahun Baru CinaMy Profile

  14. cik tom says:

    sokong team tganu n n9..heee
    cik tom baru je tulis kisah Trend Terkini Suka Jaja Aib Keluarga Sendiri!My Profile

  15. Mak lagenda says:

    Menjak along jd penghuni hostel felda nuh,nak x nak dia kena jd penyokong dan tykang sorak pasukan felda united.

    Tapi apak dan yg lain memilih N9 utk games kali ni..hihihi. So,gegak gempita la rumah dgn suara anak2 dok saling berbalas jeritan dan sorakan..
    Mak lagenda baru je tulis kisah SEPETANG DI TELOK GOREK MERSINGMy Profile

  16. kalau Tuah berbadan Sasa
    Jangan Musuh asyik tidur
    Felda FC jangan berputus asa
    Semangat maju pantang undur

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Diy neon Ledd Strip pada kereta

  17. masa ni saya tengok tv1. selangor lawan sarawak yang berkesudahan seri tanpa jaringan.. Kecewa pun ada.. kalau setakat seri tanpa jaringan, tak ada beza pun dengan tak bertembung langsung..

    kalau seri 1-1 tu masih kira ok lagi
    sabree hussin baru je tulis kisah Diari Seorang Penulis Blog 1 : Semuanya Terasa Bagai Baru Semalam Ia BerlakuMy Profile

  18. hafizmd says:

    Mmg menarik. tp game n9 malam tu mmg kasar dan jugak mendebarkan.

    Apapun, setakat ni, kembang jugak hidung tgk team pantai timur duk kat top 3…hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 Oh!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun