Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012

Negeri Sembilan 2-1 Kelantan
Permainan separuh masa pertama Kelantan lawan Negeri Sembilan dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih nampak seimbang. Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Norshahrul Idlan Talaha sementara jaringan Negeri Sembilan pula melalui pemain import mereka Effa Owana.

berdebar juga beberapa kali
gawang dikawal khairul fahmi
bila serangan datang dari kiri
hampir gawang terbocor lagi

kelantan vs negeri sembilan

tahniah untuk negeri sembilan
piala kemas dalam genggaman
tetapi ini hanyalah permulaan
di musim ini mencipta kejutan

Separuh kedua sekali lagi Effa Owana berjaya menjaringkan gol menewaskan Khairul Fahmi untuk Negeri Sembilan berada di depan dengan 2-1 hingga ke wisel penamat. Tahniah kepada Negeri Sembilan yang berjaya muncul Juara Piala Sumbangsih 2012.

TehrDemikian kisah 'Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. shraqs says:

    pemain import negori memang nampak mantap dr segi fizikal. Overall game memang tak rugi pun tonton :)
    shraqs baru je tulis kisah Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?My Profile

    1. tehr says:

      effa owana tu, memang kacau betul la
      haha

  2. zool says:

    Effa Owana tu memang baik la… Memang berbaloi Negeri Sembilan ambil dia
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih 2012 – Negeri Sembilan menewaskan KelantanMy Profile

    1. tehr says:

      tinggi dan laju benar dia
      memang berbaloi bayar gaji

  3. titan says:

    hehe..bukan rezeki kelantan kali ni..
    titan baru je tulis kisah Petai Oren yang kacak.My Profile

    1. tehr says:

      memang bukan rezeki
      awal masa pertama je nampak best sikit

      1. nurmisnan says:

        oklah tuh.. 1 – 2.. dari telur ayam.. hik3
        nurmisnan baru je tulis kisah Penawar merawat perokok dan ketagihan dadahMy Profile

  4. fuad ansari says:

    cepat tuan update.. saya belum habis meraikan kemenangan, tuan dah update.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah JaNGaN SuDiN, JaNGaN..My Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku menulis sambil menonton
      juga guna masa rehat

  5. zik says:

    effa dan hobin jang hobin sedang trend di twitter.. kelebihan tinggi lampai memberi kelebihan buat beliau untuk gol kedua…
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini Piala SumbangSih 2012!! Kelantan VS Negeri SembilanMy Profile

    1. tehr says:

      setuju sangat, zik
      cabaran besar buat semua pemain pertahanan sepanjang musim

  6. padin says:

    hahah, tak tengok plak game ni..
    umm.. mesti rancak liga super tahun nih…
    padin baru je tulis kisah Bagaimana Ia BermulaMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, bro
      baru game pertama je ni

  7. kulanz says:

    Rugi pula tak tengok.. tapi ni dah permulaan yang baik untuk Negeri Sembilan..
    kulanz baru je tulis kisah 2011 dalam KenanganMy Profile

  8. eiela says:

    tapi tak best la tengok bola malam tadi sebab takde pemain lain. lagipun gol pun pemain import yang jaringkan. agaknya kalau takde owana mesti kelebihan berpihak kepada Kelantan.
    eiela baru je tulis kisah Sesi Rawatan 2012 – Takut CucukMy Profile

  9. yas says:

    Aku pun tak sempat nak tgk bro…nampaknya penjaring gol terbanyak tahun ni mungkin akan dipegang awang import kot…semoga dgn adanya pemain import ni, kualiti pemain kita juga bertambah baik.
    yas baru je tulis kisah PM Bertemu Warga Industri – Proton,Shah Alam.My Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    adehh..penangan Awang Hitam
    la pulak kali nih..lepas nih ramai
    peminat la Effa nih :)
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Anda Buat Jika Ada RM300 Juta ?My Profile

  11. tahniah negeri sembilan. nmpknya skuad NS x terjejas walaupun kehilangan beberapa pemain tonggak. :)

  12. kat wall facebook ramai berbangga jadi orang nogori hehe

    tahniah negeri sembilan :)
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kitar si rama-ramaMy Profile

  13. berenang renang di tasik chini
    sudah penat naik sampan
    Negori unguli perlawanan ini
    bukan rezeki buat kelantan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    excess caj rm400 kereta kemalangan
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  14. nurmisnan says:

    Akhirnya Fahmi tewas untuk NS… wat camner.. dah rezeki NS
    nurmisnan baru je tulis kisah Penawar merawat perokok dan ketagihan dadahMy Profile

  15. kakyong says:

    tak tengok pun bola mlm tadi…
    tahniah buat n9..
    kakyong baru je tulis kisah Sudah 40My Profile

  16. ShashaCahaya says:

    Tahniah N9 di atas kejayaan semalam!

  17. akubiomed says:

    Bahagian penyerang masih lagi nampak macam serasi terutama komunikasi dengan awang import Ghaddar. Mungkin perlawanan akan datang ada peningkatan komunikasi di bahagian serangan. Khairul Fahmi seperti biasa bertindak cemerlang mengawal gawang dari ditembusi.
    akubiomed baru je tulis kisah Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.My Profile

  18. cik tom says:

    tahniah n9..ciktom sokong n9 sbb kerja kt n9..kl ada tganu mmg skg tganu je ni..
    cik tom baru je tulis kisah [GiveAway] Penanda Buku Khairul Fahmi dan Kalendar 2012 The Red WarriorsMy Profile

  19. Ad-Dien says:

    WADi sokong kelantan sebenarnya hari tu..hehe
    tahniah kepada Negeri Sembilan atas kejuaraan dan tahniah kepada kelantan atas permainan yang bersungguh-sungguh :)

  20. Ad-Dien says:

    WADi sokong kelantan sebenarnya hari tu..hehe
    tahniah kepada Negeri Sembilan atas kejuaraan dan tahniah kepada kelantan atas permainan yang bersungguh-sungguh :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun