Naik Motor Lampu Padam

Budak-budak Mat Rempit naik motor dengan lampu depan padam. Sekali fikir geram juga dengan lagak dan perangai budak merempit sebelah malam ni. Mereka memang sengaja padamkan lampu besar konon-kononya tak ada siapa yang akan tahu mereka sedang merempit.

budak-budak tak ada kerja
hanya mahu merempit saja
mereka tak hirau lori kereta
asal saja dapat bergembira

Aku tak kisah sangat mereka nak merempit sampai ke parit tepi jalan atau terbabas masuk ke sawah bendang. Apa yang aku susahkan ialah mereka terlanggar kenderaan aku atau aku terlanggar mereka. Ni yang buat aku geram ni.

mak ayah suruh ke sekolah
nasihat cikgu tak diendah
tiap malam maut ditempah
orang lain mendapat susah

Mereka yang sedang merempit dalam gelap ni memang nampak kenderaan orang lain termasuk kenderaan aku. Masalahnya aku dan pengguna jalan raya lain tak nampak mereka. Silap-silap membelok mereka kena langgar, dan aku juga yang susah.

pergi merempit gelap gelita
cari penyakit suka-suka saja
siapa tahu malang menjelma
kita pula susah sebab mereka

kemalangan di cabang tiga berangan

Bila dah masuk parit macam ni menyusahkan ramai orang

TehrDemikian kisah 'Naik Motor Lampu Padam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    jiwa remaja buat sesuatu hanya kerana
    kengkawan,nak menunjuk-nunjuk..bila
    kemalangan menyusahkan mak ayah je..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah PiCycles Basikal Hibrid Mesra Alam Alaf BaruMy Profile

  2. rain says:

    naluri memberontak yang tinggi
    naik motor pacak tinggi
    rempit dalam gelap di malam hari
    bila terbabas rasa sakit sekali

  3. sud@is says:

    jiwa remaja yg ingin mencoba suka meniru
    bukan tak pernah melihat kesan akibat
    sud@is baru je tulis kisah Macam-macam penyebab terkeluarnya air mata (menangis)My Profile

    1. padin says:

      masing2 nak tunjuk handal agaknya,

  4. eiela says:

    tuh la dia kerja bdk degil. bila atas jln bkn main lg ketawa, bila accident tak nak plak ketawa.

  5. UmmiKami says:

    Tunggang motorsikal berbagai lipat,
    Tanpa melihat tanggung akibat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

  6. UmmiKami says:

    Mamat motor leka merempit,
    Sudah jatuh muka tersepit.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

  7. Petua Puteri says:

    mmg risau bila bawa keta, ada yg tgh merempit disebelah.. hu.hu.hu.
    Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Menurunkan Kolesterol & Tekanan Darah Tinggi Dgn Cuka KurmaMy Profile

  8. hafizmd says:

    Takde sakit cari penyakit
    Bila jatuh lagilah perit
    Kena kat kita sikit
    Memanglah marah berbangkit!

    Mat rempit takde khoje agaknya
    Entahlah macam mana deme2 ni berfikir
    ok, silap..mereka tak gunakan akal sebaiknya
    Noktah

    moga mat2 rempit insaf dan buat kerja2 lain yg lebih berfaedah
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801My Profile

  9. Mus says:

    pernah juga jumpa.. ditegur, kita dimarahi pula.
    Mus baru je tulis kisah Promotion: Tamron IMPORT Lenses with ONE YEAR SHASHINKI Warranty!My Profile

  10. Hafizul says:

    Hehe..apa boleh buat..mereka ni semua tak makan saman..malam ni jatuh parit..malam esok molek2 ada merempit balik..adoii..
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Pertama Dari Panduan Baju KurungMy Profile

  11. padin says:

    hehee penah kena langgar dengan mat rempit ke bro?

  12. akubiomed says:

    Memang kerja gila dan mencari maut berlumba tanpa memasang lampu.
    akubiomed baru je tulis kisah Lesung kayu semakin dilupakanMy Profile

  13. effort lab says:

    kalau dilanggarnya tembok ke, lantak la. kalau dilanggar/terlanggar kereta kita, tu yg jadi masalahnya.
    effort lab baru je tulis kisah Kematian Vivek Ajit Shah Tidak DisedariMy Profile

  14. Rina says:

    Sangat berbahaya dan sembrono bagi mereka2 yang mencoba ugal2an di jalan raya dan melanggar aturan. Ini bisa merugikan diri mereka sekaligus pengendara lain yang ada disekitarnya tu …
    Semoga anak cucu kita tak seperti itu
    Rina baru je tulis kisah Create A Form Validation With jQuery Without PluginsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun