N.28 Kerdau, Pahang

Catatan ini sememangnya berkaitan dengan entri sebelum ini yang sengaja saya buat berasingan.  Semua ini hanya kerana pantun serta puisi dan saya harap anda tidak jemu membacanya.:D

Seperti yang diketahui umum pada 6hb. Mac 2011 nanti, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau juga akan diadakan serentak dengan N.27 Merlimau, Melaka. DUN Kerdau ini akan menyaksikan Hassanuddin Salim (PAS), 43 tahun ditentang oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN), 44 tahun. Sebaya nampaknya mereka berdua.

n28 kerdaun 28 kerdau pahang
bn dan pas merebut peluang
orang di felda ada yang berang
orang kampung ada yang senang

n 28 kerdau pahang
gunung senyum semakin riang
warisan bahaman untuk berjuang
menyambut peneroka tanpa dihalang

n 28 kerdau pahang
anak cucu nanti nak tumpang
buat pilihan tenang dan matang
keluarlah mengundi sebelum petang

Kedua-dua PRK kali ini, N.28 Kerdau, Pahang dan N.27 Merlimau, Melaka menyaksikan pertembungan parti politik yang sama iaitu UMNO dan PAS yang juga merupakan dua parti politik yang paling popular di Malaysia. Ada juga cakap-cakap nakal yang kedengaran agar keduanya seri. Sorang dapat satu. Ada ke patut macam tu? Kan? Hahaha.

UPDATE:
06.03.2011 08:20 malam
Tahniah kepada YB Syed Ibrahim Syed Ahmad yang telah dipilih sebagai Ahli DUN Kerdau, Pahang.

TehrDemikian kisah 'N.28 Kerdau, Pahang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    TakBir!!!!! hehehehe..
    jangan marah aa~~

    1. tehr says:

      allahuakbar!

  2. Cik Siti says:

    debaran kian terasa…. kehangatan kian membara…. jangan lupa bawa kad pengenalan semasa mengundi…
    Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

    1. Ismail N says:

      Bawa sekali discount card SPR..he he.. opss ada ke?

      1. tehr says:

        hehe
        boleh dibuat tu
        mungkin untuk prk akan datang :D

      2. akubiomed says:

        Err bukan kad rewards SPR :-)

    2. tehr says:

      tak boleh pinjam kad pengenalan orang lain tau! :D

  3. mie says:

    selamat mengundi!!
    jalankan kewajipan anda..
    eheehee
    mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari LubnanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 semuanya selamat
      aman dan tenteram

  4. kakyon says:

    selamat mengundi..buatlah pilihan secara bijak..
    kakyon baru je tulis kisah TerharuMy Profile

    1. tehr says:

      pilihan bijak masa depan terjamin :)

  5. Ismail N says:

    kalau dari segi umur BN menang 44 – 43… he he.. Kawe tak kenal calon2 ni pun.. penduduk kat sana sure lebih kenal. Semoga mereka semua akan buat pilihan yang bijak. :D

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      saya juga tak kenal kesemua calon ni

  6. seri? :D :D :D
    macam main bole lah yer? Saya dah seminggu x tgk berita ni, malas dengar berita politik jer….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google Profiles new interfaceMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      ada yang kata mahu seri
      salah ni kalau mengatur perlawanan
      biasanya FIFA akan kenakan denda yang berat :D

  7. zulkbo says:

    salam..
    khabarnya panas kempen
    di sana..ermmm..memang tak
    sabar nak tunggu Ahad ni
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Terbuka Tentera Darat 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      panas? macam mana pulak tu, zul
      malam tadi tak sempat pula nak nengok berita

  8. Norgadis says:

    Laa… beberapa hari tak singgah sini, dah banyak entri yang saya tertinggal, tapi tak apa, saya akan baca perlahan-lahan.
    Norgadis baru je tulis kisah Asterawani Di LabuanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun