N.27 Merlimau, Melaka

Pada 6hb. Mac 2011 nanti, sekali lagi kita akan dihidangkan lagi dengan Pilihan Raya Kecil (PRK). Kali ini N.27 Merlimau, Melaka pula menjadi medan pertarungan antara dua parti politik yang utama di negara kita iaitu UMNO dan PAS.

Walau pun saya kurang mengikuti kisah-kisah politik, tetapi rasanya tak salah kalau sekadar berpuisi. Takkan nak buat pantun makanan tradisional sahaja terus-terusan, kan? :D

n27 merlimaun 27 merlimau melaka
usah keluh dalam bicara
masih jauh untuk berjaya
kalau jatuh pasti terluka

n 27 merlimau melaka
tidak banyak pilihan ada
buat keputusan biar rela
susah senang kita terima

n 27 merlimau melaka
sayang si jebat sudah tiada
kerana bersebab dia derhaka
jebat pun kasih kepada raja

PRK N.27 Merlimau, Melaka menyaksikan Roslan Ahmad (Barisan Nasional) akan ditentang oleh Yuhaizad Abdullah (PAS). Roslan sekarang berumur 44 tahun manakala Yuhaizad pula berumur 35 tahun. Nampak seperti kali ini pilihan yang ada ialah dua orang muda yang mewakili dua fahaman yang berbeza. Selamat mengundi kepada pemilih di DUN Merlimau.

UPDATE:
06.03.2011 08:15 malam
Tahniah kepada YB Roslan Ahmad yang telah dipilih sebagai Ahli DUN Merlimau, Melaka.

TehrDemikian kisah 'N.27 Merlimau, Melaka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. padin says:

    hahah, selamat mengundi, siapa pun yang akan menang,
    perlu jalankan tanggungjawab dan amanah rakyat,

    1. Ismail N says:

      Yup betul tu. Org Merlimau Melaka sila jalankan tanggungjawab anda…

      1. tehr says:

        pilih yang berkenan di hati
        tiada siapa boleh memaksa

        1. LiFe KaMi says:

          betul tu,
          pilihan yg akan ditabalkan nanti lah yg menetukan nasib rakyat di Merlimau..
          LiFe KaMi baru je tulis kisah Template Baru LiFe KaMiMy Profile

          1. tehr says:

            dan juga nasib keseluruhan rakyat malaysia

    2. tehr says:

      harap2 yb baru nanti tak sesat jalan nak jumpa pengundi selepas menang :D

      1. padin says:

        kena sediakan GPS tu wakakakaaa

        1. tehr says:

          elok juga kalau sebaliknya, bro
          berikan gps kepada pengundi
          senang orang kampung nak cari wakil rakyat nanti :D

          1. padin says:

            ahahhh.. tak senang duduk nanti,
            asyik orang jumpa pagi petang,
            baru tunjuk belang nanti

            1. tehr says:

              namanya pun wakil rakyat, bro
              [kurus melidi la agaknya wakil rakyat]

  2. mie says:

    harap yang menang..
    menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..
    eeheee
    mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari LubnanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 juga tidak hanya pandang penyokong sendiri je

      1. mie says:

        begitulah!!
        adil dan saksama…
        salah satu sikap pemerintah..
        mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari LubnanMy Profile

        1. tehr says:

          pemerintah yang adil menjadi sanjungan rakyat

  3. Ismail N says:

    Hu hu PKR Merlimau.. gambar hiasannya buah limau? :D

    1. tehr says:

      tahun baru cina hari tu aku tak sempat makan limau :D

  4. izan ishak says:

    betul tu…siapa pun yg menang, tanggungjawab besar sedia menanti untuknya~
    izan ishak baru je tulis kisah Tangga berbungaMy Profile

    1. tehr says:

      tanggungjawab yang amat besar dan berat tu

  5. Cik Siti says:

    Cik Siti dah semak dalam internet. cik siti dalam DUN serkam. kalau tidak dah tentu kena balik mengundi
    Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ada cuti, boleh saja balik, cik siti
      tumpang meriah orang merlimau :D

      1. suri says:

        oh melaka , rindu tak ke sana heee

        1. tehr says:

          ambil cuti la, suri
          barang 2 hari
          tumpang meriah orang merlimau :D

      2. Cik Siti says:

        tak dan… sabtu kene kerja… tak best kalau balik kampung sehari je….
        Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

        1. tehr says:

          hehe
          memang memenatkan kalau sehari tu, cik siti

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..kita tunggu sapa yang kena..
    Melaka ni memang terkenal dengan
    pembangunannya..pembangkang tiada
    isu..cuma harapan satu2 nya wakil melayu
    dalam pembangkang akan tiba..
    zulkbo baru je tulis kisah Cerdikkah Kita My Profile

    1. tehr says:

      salam
      betul tu, pembangkang juga ada peranan yang penting dalam pentadbiran

  7. mappiau says:

    halamak sampai sekrang saye belum penah register mengundi lagi ayoyoyo terbuat2 lupe lorr hiks.
    mappiau baru je tulis kisah Yela Aku Tak Kisah Kalau Korang Teka Salah- Aku PahammmmmmMy Profile

    1. tehr says:

      eh, rugi tu
      ambil peluang daftar nanti
      kata sesetengah pemimpin, pru tak lama lagi nak datang

  8. toyol says:

    zaman skola dulu pun cikgu ada ajar cr2 mengundi dlm psatuan, bukan parti la..
    ayat biasa guna..
    ‘undian dibuka..’
    ‘undian ditutup..’
    ‘sape setuju angkat tangan..”
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 1My Profile

    1. tehr says:

      saya selalu tanya pelajar
      ‘sapa tak hadir, angkat tangan’

      terkebil-kebil je mereka
      haha [jahatnya cikgu sorang ni]

    2. akubiomed says:

      Biasanya yang undi tutup lebih laju untuk menentukan pemilihan :-)

  9. MamaYatie says:

    hoho..selamat mengundi pada pengundi..pilihlah calon yg boleh membantu kawasan & masyarakat anda..bukan kerana parti apatah lagi populariti
    MamaYatie baru je tulis kisah Duhai Puteri Kecil MamaMy Profile

    1. tehr says:

      ingat masa depan
      ingat anak cucu
      kan, mama?

  10. syira says:

    salam

    nak komen politik jugalah, isteri dia pakai tudung labuh tp kening cukur,ayah dia pakai kopiah putih tapi anak calon umno…tp yang paling sedih dan kecewa orang melayu kiri kanan duk berebut bertanding dan berbalah di atas tanah melayu sendiri, inilah bangsa pemusnah kemerdekaan,

    1. tehr says:

      harap2 jangan la kemerdekaan kita ni punah
      mana kita nak lari?

  11. suri says:

    tak kish sapa yg menang asal tiada yng kecoh2 masa tu sudahlah huu..

    1. tehr says:

      yups
      kita rakyat ni nak tumpang cari makan je
      haha

    2. mie says:

      harap2 begitulah..
      tiada perbalahan..
      mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari LubnanMy Profile

  12. Jangan lupa turun mengundi esok….
    Yang penting jangan jual undi anda, pilihlah yang terbaik dan boleh membuat kerja dan tidak menipu/manis dibibir saja.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google Profiles new interfaceMy Profile

    1. tehr says:

      kalau jual undi
      seperti jual diri
      anak cucu rugi
      juga diri-sendiri

  13. Zik says:

    siapa agaknya yang menang??? rasanya dah tahu kot…
    Zik baru je tulis kisah Surat misteri dari Bro mancai akan hairilhazlancom!My Profile

  14. Norgadis says:

    Biarpun saya kurang minat bab politik ini, tetapi biarlah yang menang tu pemimpin yang telus dan berjiwa rakyat.
    Norgadis baru je tulis kisah Asterawani Di LabuanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun