Myvi Baru

Nampaknya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd [Perodua] akan keluarkan model baru lagi tahun ini. Ada berita mengatakan Perodua akan keluarkannya paling tidak pun pada bulan September nanti. Mr Tehr dah lama berangan nak tukar kancil dengan Myvi ni, tapi Mrs Tehr pula tak sokong. Katanya gemuk sangat. Hehe, kaum wanita ni pantang benar dengan perkataan gemuk.

kancil 660

produa myvi model baru
buat hati gundah selalu
cantik molek anggun gitu
perlukah aku angkat satu

myvi extreme diberinya nama
bergoncang hati anak teruna
tetapi takut membuka suara
maklum sahaja belum bekerja

kancil seekor depan tangga
menemani kami sudah lama
biar pun uzur dan lanjut usia
tetapi masih menaburkan jasa

Mr Tehr bukan apa, berbanding dengan Kancil, Si Myvi ni boleh bawa beban lebih banyak dan lebih stabil. Yang sebenarnya bukan gemuk yang disusahkan oleh Mrs Tehr tetapi soal besar. Besar belanja nak tanggung bayaran ansuran. Anak-anak tak kisah je kalau benda baru. Mereka bukan fikir pun hal nak membayar ansuran setiap bulan. :D

Kepada sahabat yang mahu mencuba menulis pantun 4 kerat masih boleh berbuat demikian dalam ruangan komen Negeriku Tercinta ini. Saya akan memilihnya pada pagi Ahad [20.03.11] nanti.

Myvi 2011

Gambar dari laman ArenaKereta

TehrDemikian kisah 'Myvi Baru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    design yg cantik.. tp kualitinya ok ke x ya…
    harus sokong keluaran tempatan!
    saya tengah kumpul wang nak beli kereta lh nih.. nak guna masa latihan industri nanti..insyaAllah…kereta ape pun x kisah..janji dpt jalan..hehehe..

    1. tehr says:

      kualiti tak tahu la, bro
      tapi kalau berdasarkan model terdahulu, tak banyak sangat dengar komplen dari pengguna

      sokong benar kalau bro hafiz beli kereta terpakai lebih dulu
      dah kerja nanti beli kereta baru

      1. Ismail N says:

        Rasanya ok juga kualiti dia. Kawe pakai produa punya produk lebih 10 tahun dah, tak komplain pun. Bangga lah dgn barangan buatan negara kita. Tak gitu bro?

        1. tehr says:

          kereta kedua saya si kancil tu dah 7 tahun
          masih ok dan elok2 je

          1. daus says:

            bangga ye aku bila ada orang puji kereta dari hasil titik peluh warga perodua.. aku sendiri dari bahagian paint shop department perodua.. kalau sapa2 yang dah tempah myvi baru D54T kalau tertarik dengan kualiti colour dia so dari deparmnent aku la tue… hehe.. yang dalam gambar atas tue model myvi D54T 1.5liter.. akan dilancar bulan july nanti.. yanag akan berada dipasaran sekarang model 1.3… harap maklum..

            aku sendiri pon nak beli myvi keluaran baru nanti.. =)

  2. IM pun terpikat kat Myvi ni. Tapi apa boleh buat, tempoh hayat IM tak bagus untuk berhutang lagi. Kancil ni pun dah mula meragam nih!
    insan marhaen baru je tulis kisah Terlupa DiaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, im
      berhutang ni memang sedap
      tapi nak membayarnya perlu juga difikirkan

  3. Cik Siti says:

    cantik…. en tehr kalau dah niat tu beli je…. nanti kalau dah beli gerenti dia tak kata apa. he…he…he…

    *teringat lak bila Cik Abang tukar kete tak bercakap dengan Cik Siti… diam jelah….
    Cik Siti baru je tulis kisah Malunya Cik SitiMy Profile

    1. tehr says:

      nak kena ada sokongan juga tu, cik siti
      lebih2 lagi kalau tiba musim sesak :D

      1. Cik Siti says:

        tak pe… rezeki ada di mana-mana ….
        Cik Siti baru je tulis kisah Kenapa Mat Moto pakai jaket terbalikMy Profile

        1. tehr says:

          alhamdulillah, syukur atas rezekiNya

  4. ahmadhaikal says:

    wahh, keta baru..nasib la dah beli kete. kalau tak, mungkin berminat nak book.
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Tips on healthy living and physical inner For Men OnlyMy Profile

    1. tehr says:

      nanti kereta sekarang dah uzur sangat
      baru la tukar, kan?

      1. suri says:

        sy suka myvi kala pink gelap skit tu..hee..cantik!! cantik!!!

        1. tehr says:

          masa bayar pun cantik juga tu, suri :D

  5. toyol says:

    bnyk sngguh model br skrg ni ye..
    buat rambang mata je..

    1. tehr says:

      tak boleh nak layan sangat, tk
      takat layan maya je :D

      1. Ismail N says:

        Beli utk keperluan.. bukan utk menayang kan? :D

        1. tehr says:

          ya. itulah yang sebaiknya
          nak ikut model baru, memang takkan terdaya

  6. zik says:

    amik lesen… dulu… pastu baru baru fikir nak beli kereta nih.. hehe…
    zik baru je tulis kisah Buaya kena buli dengan badak air yang ganas!!My Profile

    1. tehr says:

      betuk tu, zik
      payah nak ke mana2 kalau tak ada lesen
      saman pun makin aktif sekarang ni

  7. Ali ridha says:

    nanti boleh la aku pinjam
    kereta baru encik tehr ni.
    Ali ridha baru je tulis kisah Comluv No last blog posts to returnMy Profile

    1. tehr says:

      pinjam kancil je boleh la, bro
      si myvi tu tak tahu bila :D

  8. akubiomed says:

    Kawan saya salah seorang vendor Perodua pernah memberitahu mengenai pengantian model Myvi. Ada kawan-kawan yang pernah bekerja di Perodua mengatakan kualiti memang dijaga kerana mereka ini turut diawasi oleh Jurutera dari Jepun
    akubiomed baru je tulis kisah Buat projek dalam gelapMy Profile

    1. daus says:

      yup betol tue.. macam aku dari department paint shop dalam line aku ada 4orang jurutera dari jepon yang akan pastikan setiap kualiti mengikut S.O.P.. pendek kata bukan dah siap je sesebuah keta terus dipasarkan.. tapi ada tahap2 ujian kualiti yang amat cerewet sekali perlu kena tempuh sebelum betol2 boleh dipasarkan…

  9. Norgadis says:

    Banyak sungguh pameran kereta
    ada juga proton saga
    myvi extreme cantik dimata
    namun kancil tetap kujaga

    *Kancil dah habis bank… sayang ooo…
    Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan saya
      dah habis bayar semua

      tak mahu la buat hutang lagi dalam masa terdekat ni :D

  10. decrewz says:

    Walaupun cantik, tapi Jai tetap sayangkan persona jai sebab terpesona..ha3
    decrewz baru je tulis kisah Tahniah Buat Juara Raja Lawak Astro Musim ke-5My Profile

    1. tehr says:

      bila dah berkeluarga, myvi dah jadi kurang sesuai, jai
      payah nak susun budak2 nanti :D

  11. mie says:

    cantik design terbaru tu..
    rasa nk angkat 1..
    hehehe
    mie baru je tulis kisah Cenderahati Dari Pulau LangkawiMy Profile

    1. tehr says:

      angkat je, mie
      tapi, saya sendiri nak kena fikir juga

    2. Norgadis says:

      Angkat jangan tak angkat hehehe…
      Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

      1. tehr says:

        ya3
        angkat je :D

  12. Mus says:

    memang menawan hati kereta baru tu
    Mus baru je tulis kisah Cintaku Pada Si Pembancuh Milo PanasMy Profile

    1. tehr says:

      tak nak angkat satu ke, mus? :D

      1. suri says:

        takat ni sy naik basikal jer..pastu park kt kedai dan tgu bas hee..

        1. tehr says:

          jangan lupa kuncikan basikal tu
          mereka ‘tukang kebas’ ni bukan kira apa
          asal dapat je

  13. suri says:

    sebulan 600 kan..heeee.. klu wangnya ada lebih nak amik mmg dah dah tak ada hal punya heee..

    1. tehr says:

      saya baru je habis bayar kancil
      tak boleh nak buat hutang lagi
      mrs tehr tak sokong :D

  14. ghost writer says:

    wah..baru dapat tengok design myVi yang baru nih…sportif lar..sapa lar yang tak tergoda untuk drive keta nih tak tau lar..lagi pun myVi nih save petrol sikit..dah cuba perjalanan dari taiping ke kuantan.
    ghost writer baru je tulis kisah sensus toneMy Profile

    1. tehr says:

      memang tu, bro
      ramai yang kata myvi jimat petrol

  15. BRADER QANAAH says:

    dah lama ngidam kete nih, canteeek. jimaaat.. tapi.. iswara i dah lama abih bayo. sayang pulak nak tukar. malaysia produk baguss.

  16. kikilala says:

    mmg cute tapi kena tgk jugak 4 the future.. better alza lagi..luas..sok2 dah kawin ader anak takpayah nak tukar2 keta..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun