Mustaffa Dan Sud@is Pula Kena

Memang benarlah itu mata Akhil Hayy, suami Waheeda juga bekas suami Maizawati Zainal. Beliau adalah penyanyi lagu-lagu nasyid, pengacara dan juga seorang penceramah. Seorang yang cukup terkenal terutama kepada penyokong-penyokong politik sama ada parti pemerintah mahu pun parti pembangkang.

5jsungguh tinggi gunung kinabalu
paling tinggi di asia tenggara
sabah negeri di bawah bayu
tempat tinggal encik mustaffa

dari mana hendak ke mana
dari rumah turun ke perigi
saudara sud@is ada di sana
negeri kedah jelapang padi

kalau ada sumur di ladang
boleh saya mencuci kaki
kalau ada umur  panjang
boleh kita berteka lagi

Tahniah kepada kedua orang sahabat kita, Mustaffa dan Sud@is yang telah berjaya meneka dengan tepat. Banner mereka saya letakkan pada sidebar blog ini sehingga ada pertukaran pada Teka Mata 6 yang akan datang. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang mengambil bahagian.

TehrDemikian kisah 'Mustaffa Dan Sud@is Pula Kena' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. Mus says:

    wah.. rezeki hujung minggu..
    thanks..

    Pergi ke Tuaran bersama Amyra
    Mikail tak mahu ikut sekali
    Tak sangka pula tekaan ni kena
    Insyaallah.. lain kali nak teka lagi
    Mus baru je tulis kisah Kisah Benar- Melihat Puteri Ayu & Puteri Mandi Di Depan Mata!!My Profile

    1. Ismail N says:

      Tahniah Mus… Kawe sibuk la semalam.. tak dapat mempertahankan kejuaraan.. he he..
      Ismail N baru je tulis kisah Malaysia’s Next Top Model – EXCLUSIVE!My Profile

      1. tehr says:

        tak apa, bro
        2 minggu lagi boleh cuba rampas kejuaraan kembali

    2. tehr says:

      mikail tak mahu ikut sekali
      sebab dia terlalu penat
      lain kali datang teka lagi
      aku memang suka sangat

  2. MDHAFiZ.NET says:

    adehh.. terlepas lagi nak teka….haiz….ya kalau ada masa boleh saya teka lagi…hahaha :)

    1. tehr says:

      ada tu
      tapi kena tunggu 2 minggu lagi la, hafiz :D

  3. tahniah buat yang kena. mungkin lain kali IM nak try cuba la pulak…
    insan marhaen baru je tulis kisah Kesan Positif!My Profile

    1. tehr says:

      memang serba mungkin
      thanks kerana selalu singgah

  4. toyol says:

    hohoho..
    tahniah2 buat yg berjaya teka dngn tepat..
    hehe..
    TK teka x pnh betul..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      harap2 lain kali tk pulak akan dapat
      sekadar nak tukar banner tu, tk

  5. mie says:

    kali ini, rezeki keduanya…
    mungkin next time akan kembali merampas..
    eeheheee
    mie baru je tulis kisah Sinaran Earth Hour 2011My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      akan terus mencabar :)

      1. mie says:

        harap cabaran diteruskan..
        eheheeee
        mie baru je tulis kisah Birthday Adik Tapi Abang Dapat HadiahMy Profile

        1. tehr says:

          yups, sabar
          menanti hari esok

  6. benjy says:

    Bestnya kalau menang … saya mewakili orang2 kampung di tempat saya mencadangkan agar peraduan teka ni menawarkan hadiah PERTAMA, KEDUA dan KETIGA … sebabnya … saya bercita-cita ingin memenangi hadiah KETIGA kerana hadian PERTAMA dan KEDUA pernah saya menangi dalam peraduan yang lain 7, 8 tahun yang lepas … semoga cita-cita saya tercapai di tahun 2011 ini … tq.
    benjy baru je tulis kisah NICE KEYWORD DALAM RAHSIA – MLMMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      moga cita2 mu itu akan dimakbulkan

      [sakit perut aku gelak] :D

  7. yas says:

    tahniah kepada pemenang….len kali gua cuba lagi….isk..isk..isk…hampir2 dh tu….hehehe
    yas baru je tulis kisah Sg Koyan ke Cameron HighlandMy Profile

    1. tehr says:

      memmang dah sipi benar tu, yas :)

  8. ade teka2 lagi gtaw ye..nak main tembak2 teka jugak..hihi

    1. tehr says:

      harap nanti saya tak lupa untuk bagi tahu :)
      singgah je hari sabtu 2 minggu lagi

  9. bestnya,rugi laa tak dpt join….
    t ada lg ppl nak join jgk…
    pink pearl lady baru je tulis kisah FINAL RAJA LAWAK MUSIM KE 5-MAN MUNCUL JUARA…My Profile

    1. tehr says:

      lain kali mesti ada peluang
      singgah je selalu :D

  10. Hadi Rofiee says:

    Alamak, melepas lagi. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Saraf VagusMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, hadi
      ada masa, ada ketika, nanti ada peluang lagi

  11. sud@is says:

    alamak!!! termenang……
    baru buka blog nih…baru tau…x sangka
    tersangat lah gumbiraa
    tq sir
    sud@is baru je tulis kisah Secocok Dan SerasiMy Profile

    1. tehr says:

      termenang?
      hehe
      dah memang layak menang pun :D
      tahniah

  12. dnoBiz says:

    Tahniah kepada pemenang…,
    lepas ni mata sapa pula yang jadi mangsa Tehr heheh :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Hari Jadi Erma Fatimah – Apakah Tujuan Tarian Lucah di majlis tersebut My Profile

    1. tehr says:

      aku pun sedang pikir2 juga ni
      memang ambil masa juga nak cari yang dikenali ramai

      1. Mus says:

        kalau tiada yang kenal.. tak de yang menang..
        Mus baru je tulis kisah Sukanya Burung Aku Terbang Dalam BlogMy Profile

        1. tehr says:

          hehe
          itulah yang sebetulnya :D

  13. akubiomed says:

    Tanniah kepada pemenang kali ini. Memang tidak rezeki meneka gamabr kali ini

    1. tehr says:

      tak apa la, bro
      kali ni memang rezeki mus dan sud@is

  14. zik says:

    terlepas walaupun betul…hehe..
    zik baru je tulis kisah Sambutan Earth hour 26 march 2011- pukul 8-30 malam- macam neMy Profile

    1. tehr says:

      esok masih ada
      hehe

  15. Cik Siti says:

    ha…ha…ha…. Cik Siti salah… nasib baik tak teka. kalau tidak buat kena gelak je
    Cik Siti baru je tulis kisah UNIFIMy Profile

    1. tehr says:

      lain kali teka je, cik siti
      tak ada sapa nak gelak pun :)

  16. Norgadis says:

    Tahniah kepada pemenang, beberapa hari ni tak BW, banyak entri baru dah keluar kat sini nampaknya.

    1. tehr says:

      ada yang perlu didahulukan
      memang macam tu la kita ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun