Mr. Happy

mulanya dari minggu nan lalu
bermain di kepala tag diberi
daripada zulkbo sahabat maya
ketika ini ku luangkan waktu
cuba ku jawab senangkan hati
kerana lambat maaf ku pinta

1. Adakah anda rasa happy sekarang?

syukur hamba terasa happy
terima tag berbesar hati
kerana teman ada mengingati
walau jasad tak dikenali

2. Kenapa anda rasa happy?

syukur hamba atas rahmatNya
ada ibu yang sangat mulia
anak isteri sanak keluarga
sahabat handai taulan segala

3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy?

rezeki murah lagi berkat
senyum ramah dari sahabat
fikiran waras tiada karat
Allah sayang dunia akhirat

4. Nyatakan warna yang anda suka?

Hitam putih warna kehidupan
sebarang warna juga pilihan
asal saja lembut pandangan
lebih utama isteri berkenan

5. Beritahu 9 orang yg anda mahu Tag

sembilan kawan pilihan hamba
sukar tentukan siapa yang kena
risaunya hati gundah-gulana
biarlah hanya di sini sahaja

Seperti kata saudara¬†zulkbo ‘…tiada hukum WAJIB dalam menjawab tag ini…’ saya mengambil keputusan tidak memilih sesiapa untuk ditag. Minta maaf ya.

Saya tidaklah terlalu fanatik dengan Piala Dunia FIFA 2010 yang sedang berlangsung tetapi sedikit sebanyak ada juga mendatangkan kegembiraan dan kekecewaan. Belanda, Uruguay dan Jerman telah pun berjaya meloloskan diri ke separuh akhir sementara pasukan keempat akan ditentukan antara Paraguay dan Sepanyol. Nampaknya pagi nanti akan bertambah lagi peminat bolasepak yang gembira dan kecewa.

TehrDemikian kisah 'Mr. Happy' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun