Mohammed Ghaddar – Siapa Ni?

mohammed ghaddarPemain kelahiran Lubnan ini adalah pemain import Kelantan The Red Warriors, untuk menghadapi saingan bolasepak tahun 2012. Ghaddar adalah anggota skuad bola sepak kebangsaan Lubnan dan merupakan penjaring terbanyak liga perdana di Lubnan. Nama penuh beliau Mohammed Mahmoud Ghaddar dan kini telah pun berusia 27 tahun.

khairul fahmi tendang bola
dapat kepada indera putera
‘mat yo’ gelecek sekali dua
si ghaddar jadi penjaringnya

penyokong bersorak riuh rendah
ghaddar tak faham walau sepatah
bola dilambung antwi mencelah
akhirnya ‘mat yo’ jadi penyudah

Keputusannya Kelantan menang! :D Kelantan FA mendaftarkan 4 pemain import untuk menghadapi cabaran tahun 2012 iaitu Danny Antwi dan Emmanuel Okine dari Ghana serta Mohammed Ghaddar dan Zakaria Charara dari Lubnan. Dalam saingan Piala AFC, Kelantan diletakkan dalam Kumpulan H bersama Ayeyawady United, Arema Indonesia dan Navibank Saigon.

kelantan-vs-persebaya

Jumaat [23.12.2011] ada perlawanan persahabatan pra-musim antara Kelantan vs Persebaya di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bharu. Jom ramai-ramai kita memberi sokongan kepada Red Warriors. Menang atau kalah soal kedua, janji hati kita gembira.

TehrDemikian kisah 'Mohammed Ghaddar – Siapa Ni?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


10 Comments

  1. Juan says:

    aik, ada pemain import ker, bukan ker kata malaysia xmau amik pemain import
    Juan baru je tulis kisah Review dan Sinopsis Filem SonglapMy Profile

  2. chii says:

    heheh..malaysia da start amik pemain import da
    chii baru je tulis kisah Sifat Yang Menghilangkan Bahagia Di HatiMy Profile

  3. Muka mcm Zidane… kalau skill separuh Zidane pun cukup beruntung Kelantan ehhh..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Label Harga Pada Barangan RuncitMy Profile

  4. khairul fahmi tendang bola
    dapat kepada indera putera
    ‘mat yo’ gelecek sekali dua
    si ghaddar jadi penjaringnya

    mencuit hati. suka pantun tehr yang ni.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah temenung yang melambungMy Profile

  5. surihati_ku says:

    org sana mmg sokong merah ar hee…
    surihati_ku baru je tulis kisah Tercekik Part IIMy Profile

  6. surihati_ku says:

    ada kat tv blh tgok sambil2 makan kacang cap tangan geeeee
    surihati_ku baru je tulis kisah Tercekik Part IIMy Profile

  7. yas says:

    Yeayy…kompom meriah pas ni dgn awang2 import yg ada…n gud luk to Kelantan….
    yas baru je tulis kisah Chong Wei Akui Nak Berlatih Dengan Misbun – BAM?My Profile

  8. pergi kehutan untuk berburu
    bawa bekalan peluru seberkas
    Mohammed Ghaddar harapan baru
    sandaran utama tugas digalas

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip alignment dan balancing kereta

  9. akubiomed says:

    Ada 7 pemain import gagal mendapat kelulusan oleh FAM.

  10. Mus says:

    semoga pemain tempatan ambil peluang belajar skill pemain import
    Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun