Misai Kucing

Pagi hari minggu ni rasa malas pula aku nak menyambung kisah lelaki kacak dan peraduan SEO anjuran Titan yang masih berlangsung. Aku tak mahu korang boring membacanya.

Rasanya kali ini elok aku berkisah mengenai kucing saja. Korang ada bela kucing? Kucing Parsi atau kucing Afrika? Hehehe. Banyak yang boleh dikisahkan darihal kucing ni. Kisah perangai kucing, alim kucing, tahi kucing atau pun mengenai misai kucing.

Putih dan hitam misai kucing,
Ekor tegak kembang bulunya;
Isteri meragam suami melenting,
Nasib anak-anak tidak terbela.

Kucing kampung kucing bandar,
Misai hebat beberapa helai saja;
Duduk sebumbung perlu sabar,
Dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Kucing berjaga di penjuru dapur,
Mahu menangkap tikus dewasa;
Jiran tetangga saling menegur,
Selamat berkat aman sejahtera.

Ada orang kata, misai kucing jangan dikerat. Kurus kering nanti kucing tu kerana tak dapat hidu makanan. Memang tak logik kan? Kucing ada hidung dan menghidu dengan hidung. Mana ada kaitan dengan misai. Mungkin kucing tu tak nampak kacak je kalau tak ada misai. :D

Teh herba misai kucing sesuai untuk lelaki kacak. Betul ke?

TehrDemikian kisah 'Misai Kucing' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. yas says:

    tak boleh terlalu pikir sangat ttg enti tu bro…kasik santai2 sikit kepala kita, baru la leh blogging dgn hati yg tenang…

    #Cehh…aku punya ayat cam ye-ye jerrr…he3x!!
    yas baru je tulis kisah MAKSUD PROTON PREVEMy Profile

    1. nurmisnan says:

      Brother kita tgh usha nak beli kucin baru kot.. hik3
      nurmisnan baru je tulis kisah Tum Tum bersenam untuk terakhir kaliMy Profile

      1. tehr says:

        taka larat lagi nak dapatkan kucing baru
        kat rumah ni sekarang dah ada 7 ekor dah ni

        1. Amirez says:

          banyaknya tanggungan
          Amirez baru je tulis kisah Kempen Earth Hour 31 Mac 2012My Profile

        2. yas says:

          Dah ada 7 ekoq? Mak aihhh…bagus bro…aku sbb dok kt bando je tak bela…klau duk kt kampung kompom ada seko dua
          yas baru je tulis kisah [14] GAMBAR BANGUNAN KLCC TERBAKAR?My Profile

      2. suri says:

        kak nur kata org tu nak bli cat hee..bukan org tu ker yg pikiran dok kecamuk nak pilih mna satu cat heeee

        1. suri says:

          tehr
          bro peminat tegar kucing heee mmg jiwa penyayang ni

    2. tehr says:

      Haha
      aku tengah santai pun ni
      tak kisah sangat hal tu

  2. mie says:

    xpernah cuba lagi teh herba misai kucing..
    kalo cuba lagi kacak la lepas ni..
    ehehehe
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #10 Rumah ContohMy Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan aku, bro
      setakat ni biasa dengar nama je

      1. mie says:

        nanti kalo de info..
        roger2 la..
        ehehhee
        mie baru je tulis kisah Coklat Percuma Dari Cik Puan UbieMy Profile

  3. nurmisnan says:

    hik3… kalau misai kucing dikerat memang sure dia kurang hidu
    brother.. misai dia membantu utk menghidu selain hidung..

    Itu kalau lelaki kacak minum teh misai kucing maknanya tak
    kacak ler diorang.. penyakit kencing manis tuh… har3
    nurmisnan baru je tulis kisah Mana satu nak pilih nih..My Profile

    1. tehr says:

      eh, betul ke
      tak tahu pulak macam tu
      nasib juga aku belum pernah kerat misai kucing :D

  4. Norgadis says:

    Misai kucing ada di taman
    diguna sebagai minuman herba
    kalau jiwa dilimpah iman
    pasti bahagia hidup sekeluarga

    *Kalau misai kucing dipotong lantas dibuat minuman, apa yang terjadi agaknya?
    Norgadis baru je tulis kisah Buah Tangan Dari VietnamMy Profile

    1. tehr says:

      diguna sebagai minuman herba
      petua orang zaman dahulu
      pasti bahagia hidup sekeluarga
      anak dan isteri senyum selalu

  5. rahman says:

    dua tiga kucing berlari
    mana nak sama si kucing malas
    dua tiga boleh ku cari
    mana nak dapat herba misai kucing segelas
    rahman baru je tulis kisah Jangan tanam pokok ganjaMy Profile

    1. tehr says:

      tentu tak sama kucing malas
      hanya rajin bercakaran sahaja
      boleh dapat pun banyak gelas
      memang dijual di mana-mana

  6. floyd says:

    ingatkan cerita pokok misai kucing tadi. Org kata tumbuhan misai kucing ni banyak khasiatnya, itu mengikut perubatan tradisional lah.
    floyd baru je tulis kisah Seminar transformasi negaraMy Profile

    1. tehr says:

      yups, begitu la kata orang
      tapi aku belum mencubanya

  7. mak lagenda says:

    2-3 kucing berlari
    manakan sama si kucing belang
    2-3 jenis teh dah ku rasai
    manakan sama dgn misai si abg sorang..

    Boleh?? Miahahahahahahahaha…
    mak lagenda baru je tulis kisah SAYANGKAN ANAK,BIARLAH BERPADAMy Profile

    1. tehr says:

      abang sorang abang di mana
      hati risau mengenang dikau
      abang sayang nak cuti bila
      bolehah kita pergi merantau

      1. amboi! haha syoknya depa duaaa ni :D
        rainbowcloudy baru je tulis kisah membelai jiwaMy Profile

  8. akubiomed says:

    Kucing mengunakan misai selain hidung untuk berjalan di waktu malam.
    akubiomed baru je tulis kisah Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

    1. tehr says:

      tak pernah tahu sebelum ni
      patut la orang tua2 larang kerat misai kucing

      1. azura says:

        mungkin fungsi misai macam sesungut kot…ada deria
        azura baru je tulis kisah Tahun ini Earth Hour 2012My Profile

  9. Norizwan says:

    Misai kucing khusus untuk lelaki kacak…memang sangat sesuai…:-)
    Norizwan baru je tulis kisah Cara diet untuk menjadi lelaki kacakMy Profile

    1. tehr says:

      yups, jom kita sama2 jadi kacak :D

      1. suri says:

        tak mahulah saya heeee

  10. azura says:

    misai kucing kacak sekali
    dijadikan bahan minuman asli
    kalau cikgu orang yang berani
    cubalah secawan buatlah entri
    azura baru je tulis kisah Gempa Bumi di Mersing JohorMy Profile

    1. tehr says:

      kucing hitam tegak berdiri
      misai lentik menunjuk garang
      akan kucuba bila-bila nanti
      sekarang belum ada peluang

      1. suri says:

        susah hati boleh nanyi
        mahu di dengar kucing di tepi
        duhai cikgu ciptalah entri
        kami di sini setia menanti

        1. azura says:

          mungkin kelat mungkin serasi
          misai kucing nama diberi
          cuba dahulu pengalaman di cari
          barulah entri menyusul nanti
          azura baru je tulis kisah Tahun ini Earth Hour 2012My Profile

  11. chii says:

    Teh misai kucing,slalu jmpa. Tp x pnh try lg.
    Chii pnh dgr gak,kalo potong, dia x leh cr makan da.
    chii baru je tulis kisah Persahabatan & Kasih SayangMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la ramai dok kata macam tu
      Macam tak logik je

  12. klANA says:

    assalam… pokok misai kucing perlu dicantas selalu supaya daun2 baru tumbuh subur… misai kucing pula jgn dicantas sebab nanti kucing tu hilang kehensemannya.. hehe
    klANA baru je tulis kisah Nama-Nama Bunga Di MalaysiaMy Profile

    1. suri says:

      hilang lawo haa. benar tu cian dia huhu klu dia blh ckp dia akan ckp lagu tu heeee

    2. tehr says:

      Memang tak nampak kacak lagi kalau tak ada misai

    3. chii says:

      mcm doraemon yg hilang kacak sebab xde telinga..eheheh
      chii baru je tulis kisah Motivasi Ke Arah KecemerlanganMy Profile

  13. Melatiqistyna says:

    Adekah Teh tu dicampur dgn misai kucen? :P

    Xde bela kucen atas factor kesihatan anak, tp hb suke ngan kucen, hukk
    Melatiqistyna baru je tulis kisah WW #12 (Setem Sendiri)My Profile

    1. tehr says:

      Betu tu
      Ada anak2 yang alah dengan bulu kucing

  14. suri says:

    sy tak pernah minum teh misai kucing.agaknya apa rasa dia.ada rasa cam minmo teh tak heeee

    1. tehr says:

      Tak tahu la, suri
      Saya pun belum pernah cuba

  15. suri says:

    kesian kucing yg kat pasar tak d jaga di biar bgtu jer..bila org benci org akan ketuk atau baling dia dg brg

    1. tehr says:

      Tu la pasal
      Ada orang buang kucing kat pasar

  16. titan says:

    haha..aku suka tarik misai kucing..

    1. dnoBiz says:

      Jangan sampai kena lempang dengan kucing dah le Titan heheheh
      Ps : tercalar kejantanan karang :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Apa Bezanya – Serupa walau tak samaMy Profile

      1. titan says:

        beranilah kucing tu lempang aku. aku terajang tulang ketiak dia balik. haha..
        titan baru je tulis kisah Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

    2. chii says:

      hahah…chii pernah wat gak..nasib baik kucing tu x sempat cakar..ehehe
      chii baru je tulis kisah Motivasi Ke Arah KecemerlanganMy Profile

  17. rain pernah terbaca la yang misai kucing tu berfungsi seperti hidung dan membantu untuk mengecam jalan pulang ke rumah :D

    wallahuaklam..
    rainbowcloudy baru je tulis kisah membelai jiwaMy Profile

  18. kalo x minum x kacak ker??hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Blog Sebagai Syarikat ?My Profile

  19. dnoBiz says:

    Lelaki yang Kacak pun ada persamaan dengan kucing yang bermisai…
    Ps : kucing nampak ikan…
    dnoBiz baru je tulis kisah Apa Bezanya – Serupa walau tak samaMy Profile

    1. benjy says:

      Yerrr … yerrr … betul …

      ps : kalau dah nampak ikan apa tunggu lagi … makanlah … hehehe :D
      benjy baru je tulis kisah HARGA PETROL NAIK – BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPINYAMy Profile

  20. ni yg buat teringat kopi misai kucing. Nak cari dah lewat malam lak nie :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Blogger Dan SEO ContestMy Profile

  21. benjy says:

    Kalau kucing tu tak der misai … lain benor mukanya kan :D
    benjy baru je tulis kisah ENTRY BLOG KE-70My Profile

  22. amirulfaiz says:

    Hehe, teh misai kucing hanya untuk lelaki yang kurang kacak, moga dia akan bertambah kacak. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Membuat karipap, masa banyak diisi.My Profile

  23. zulkbo says:

    salam..
    “kucing” yang lain saya okey je..
    bab tahi kucing paling tak tahan..
    alahai :)
    zulkbo baru je tulis kisah Pekeliling SSM Gaji Baru Dan Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Baru OnlineMy Profile

  24. shraqs says:

    Aku tak suka kucing. Nampak kucing memang boleh cari gaduh :)
    shraqs baru je tulis kisah Faktor Penyebab Co-CEO, CTO Dan COO RIM (Research In Motion) Meletak JawatanMy Profile

    1. chii says:

      ni mesti ada sejarah silam yg sgt tak best ni kan..sampai kucing pun nak dibuat lawan..eheheh
      chii baru je tulis kisah Motivasi Ke Arah KecemerlanganMy Profile

  25. kulanz says:

    banyak-banyak bahagian pada kucing.. cuma misai dia yang berguna, itupun nama tumbuhan.. bukan dari kucing sebenar..
    apapun hari ni anak2 aku sedih.. isteri aku terlanggar anak kucing kami masa reverse kereta.. apa boleh buat, tak sengaja..
    kulanz baru je tulis kisah Lawak yang tak sebarapa lucuMy Profile

  26. patah dahan tumbuh ranting
    pokok jati tumbuh dihutan
    misai kucing jangan digunting
    hilang kemachoan si kucing jantan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    masalah starter solenoid kereta

  27. fiezaradzi says:

    mesti klakar kucing tu lau dipotong misainya.. serius klakar, misai pendek.. haha

    kat kedah de nama ekor kuching
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal KahwinMy Profile

  28. eiela says:

    adik saya pernah potong misai kucing sampai kontot. kesian kucing tuh dianiaya.
    eiela baru je tulis kisah Variasi Cara Memulakan PersahabatanMy Profile

  29. Dua tiga kucing berlari,
    Mana nak sama si kucing belang:
    Misai kucing ada yang berdiri,
    Tanda isyarat mahu pulang.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah 5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun