Minyak Oh Minyak

Minyak merupakan kata nama yang bersinonim dengan minyak masak, minyak jagung, minyak kacang, minyak kelapa, minyak sawit, minyak sayur, minyak zaiton; minyak gas, minyak tanah, minyak hitam, minyak pelincir, minyak tar, diesel, petrol dan petroleum.

Minyak Oh Minyak

minyak masak

Burung murai celah batang,
Jumpa semak baru bertelur;
Apa ramai berbaris panjang,
Beli minyak mesti beratur.

Anak kaldai di tepi tebing,
Anak landak di Kuala Linggi;
Jejak kedai berpusing-pusing,
Minyak masak tak ada lagi.

Anak kaldai di tepi tebing,
Anak landak di Kuala Linggi;
Orang ramai kepala pening,
Harga minyak meningkat lagi.

Kegunaan minyak pula berbagai. Minyak urut untuk mengurut, minyak rambut untuk disapu pada rambut, minyak senyonyong serta minyak pengasih pula sebagai ubat guna-guna.

Minyak licin sebelah tangga,
Mahu dibuang terasa segan;
Biarlah miskin papa kedana,
Barang orang dicuri jangan.

Apa guna pasang pelita,
Kalau sumbu dah habis minyak;
Apa guna cakap berjela,
Sekadar menipu orang banyak.

Minyak juga sering dikaitkan dengan orang minyak. :D

TehrDemikian kisah 'Minyak Oh Minyak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


9 Comments

  1. Anuar says:

    Minyak dah naik harga
    Minyak petrol naik harga,
    Minyak masak naik harga
    Mujur Minyak hangin tak naik harga
    Anuar baru je tulis kisah Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016My Profile

  2. akubiomed says:

    Ramai yang naik harga kerana harga petrol naik dan harga minyak turut naik.
    akubiomed baru je tulis kisah Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor WangMy Profile

  3. Amran says:

    banyak-banyak benda yg boleh dinaikkan, minyak juga yg dia naikkan. Cuba naikkan harga karpet ke, naikkan harga ubi kayu ke.. takde la terkesan sangat kat rakyat.

  4. mohdhiruan says:

    sebab minyak ramai yg naik minyak
    mohdhiruan baru je tulis kisah Botol susu ajaib puppo !!!My Profile

  5. Padin says:

    Minyak naik ni, kesan dia macam “domino effect”..
    banyak lagi le harga lain turut naik tu….
    Padin baru je tulis kisah Kundasang | Desa Cattle Dairy FarmMy Profile

  6. zulkbo says:

    Minyak petrol dunia dah turun ngan byk, tapi negara kita masih menaikkan harga petrol setiap bulan. Susah nak hidup ni.
    zulkbo baru je tulis kisah Beberapa Cara untuk Membuat Cekak Rambut dengan RebenMy Profile

  7. imnajmi says:

    Kajang pak malau kajang berharga
    Isteri pak malau memang sweet
    Kenapa minyak perlu naik harga
    Kita kan negara pengeluar sawit

    Ehh macam tak kena (saja cuba jaya berpantun hehe)
    imnajmi baru je tulis kisah Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

  8. Kena kurangkan makan benda berminyak mulai sekarang
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port DicksonMy Profile

  9. Mama pipie says:

    Macam2 harga Naik disebabkan minyak. Apa Khabar tehramuan..old fren
    Mama pipie baru je tulis kisah Stories of the Prophets’ series by mufti MenksMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun