Minyak Masak Punya Cerita

Perbelanjaan isi rumah nampaknya akan bertambah lagi jika berpandukan kepada keadaan sekarang. Apa yang saya sangat pasti ialah saya gagal untuk membeli minyak masak. Peruncit kata tiada minyak. Yang peliknya menteri kata bekalan adalah mencukupi. Bila bekalan kurang, yang pastinya harga barang berkenaan akan naik. Janganlah pula harga petrol RON 97 dan RON 95 pun turut naik.

tanya sama hati apa itu bimbangBekalan Minyak Masak
adakah tandanya boleh dipegang
beli baju baru kasut juga buku
punya tanda-tanda risau di kalbu

tanya sama hati pernahkah gelisah
harga barang naik gaji tak berubah
masa berbelanja apa nak dibeli
hidup makin susah dunia inflasi

jikalau kita masihlah begini
resah dan gelisah di dalam hati
andainya harga naik berterusan
hidup kan susah apa nak makan

tanya sama hati adakah mengerti
mengapa sebabnya jadi begini
masa depan nanti bolehkah diubah
untuk kita pilih hidup yang indah

Kenaikan harga barang sangat sukar untuk dikawal. Apa yang boleh dilakukan ialah berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Sebagai contoh seorang guru boleh mengajar di sekolah di sebelah pagi, petang mengajar di kelas tambahan dan malam pula mungkin boleh ke sungai menangkap ikan. :D

TehrDemikian kisah 'Minyak Masak Punya Cerita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. toyol says:

    kdang2 hairan jg..
    minyak masak felda yg bnyk keluar, tp stok terhad pula..
    eh, bukan minyak kereta naik 10sen bmula hari ni ke??
    serba serbi naik terutama barang dapur..
    toyol baru je tulis kisah MAKANAN YANG DIIKTIRAF SEBAGAI SAMPAHMy Profile

    1. tehr says:

      dah naik ke?
      saya belum tahu lagi ni

      1. akubiomed says:

        yang pasti minyak RON97 sudah naik harga dan yang menanti RON95

        pakar ekonomi mengatakan ia tidak memberi impak tapi macamana peniaga naikkan harga barang dan sampaikan minyak masak pun tak ada

        Heran juga negara kita kecil tidaklah sebesar Amerika sepatutnya cukup untuk menampung keperluan domestik

        1. tehr says:

          memang menghairankan
          kat sarawak pun nampak pokok kelapa sawit

    2. mie says:

      baru tahu juga ni..
      ehheee
      mie baru je tulis kisah If I Were The Green HornetMy Profile

      1. tehr says:

        ya la, mie
        senyap2 je naik

  2. sud@is says:

    bukan seorang guru..
    belakang rumah pun xada sungai..hehe nasib la
    sud@is baru je tulis kisah Hujan turunnnnnMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak jauh dari sungai, boleh ke sawah je, sud@is
      cari ikan air tawar :D

  3. zulkbo says:

    salam..
    setuju juga tu bila
    cikgu menangkap ikan
    cuti penggal boleh turun
    ke laut…
    zulkbo baru je tulis kisah Khurafat Yang Menyeramkan Thrailer VideoMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kalau cuti hujung tahun tak boleh ke laut, bro
      musim tengkujuh :D

    2. suri says:

      awal tahun mesti rzki dtg mari klau hujung tahun takut gak nak turun ke dada pantai..sungai…

      1. tehr says:

        pantai kelantan memang bahaya bila hujung tahun

  4. zulkbo says:

    bab naik rega ni pun satu..
    asyi naik dan naik..yang tak naik
    gaji bulanan je..kemungkinan
    turun..bisnes slow..
    zulkbo baru je tulis kisah Khurafat Yang Menyeramkan Thrailer VideoMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, dok pikir nak cari duit tambahan ni :D
      harap2 kerajaan tak ambil langkah turunkan gaji kakitangan awam

  5. Ismail N says:

    Hmm.. kalau mcm ni hidup anak-anak kita nanti kerja aje lah kan? 24/7/365….Mau cover expenses yg saban hari bertambah.

    1. tehr says:

      agak2 dengan blog ni, boleh cover tak?

      1. dnoBiz says:

        Insyaallah boleh Tehr, sebab kau punya blog ni 1 in a milion
        dnoBiz baru je tulis kisah Seni Kelantan – Dikir BaratMy Profile

  6. padin says:

    tulah.. belanja untuk sekolah anak2 pon dah meningkat..
    inikan juga perbelanjaan isi rumah.. entahla kan, asyik naik, naik naik..

    teka lepas ni apa plak yang naik?
    padin baru je tulis kisah Kelebihan Blog ReviewMy Profile

    1. tehr says:

      yang aku nampak ramai yang akan naik angin

      1. padin says:

        wahh da banyak angin,
        senang nak naikkan layang2 bro..
        padin baru je tulis kisah Kelebihan Blog ReviewMy Profile

        1. tehr says:

          angin kuat
          hujan pulak lebat
          takkan dapat nyer nak main layang2 :D

    2. sangilapi says:

      antara yang bakal naik adalah kadar jenayah ! :(

      1. tehr says:

        dah hampir pasti, joe

  7. Affan says:

    npe ye, minyak naik 10 sen, harga makanan dan minuman pun naik?
    Affan baru je tulis kisah Tips menghalang komen spam tanpa menggunakan pluginMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, affan
      semua ambil kesempatan

      1. RedBoys says:

        gaji je yang tak naik2.
        RedBoys baru je tulis kisah Ini Jumlah Komen SayaMy Profile

  8. suri says:

    cikgu blh buat kelas tusyen pada waktu hujung mmgu heeee

    1. tehr says:

      masyuk2… :D

  9. gayahspears says:

    salam…
    besalah bro bila minyak petrol nek..
    barang len nek…
    gula la, minyak masaklah,pening2…
    pastu men sorok2 lak barangan2 runcit..ampes ja
    makan la ape2 pon…
    serius.. tak suke hal camni berlaku…

    1. tehr says:

      macam budak2 pulak
      main sorok2 :D

      1. gayahspears says:

        hahahah… dorang mmg budak2 pon… ade ke benda cam tu pon nk sorok2 tak rasianal lgsg.. orang nk gune minyak masak tu… bukan nk men2 sorok2..hahaha

        1. tehr says:

          bahaya sungguh orang minyak ni
          hahaha

  10. mie says:

    isu minyak xpernah habis…
    minyak kereta mahupun minyak masak…
    mie baru je tulis kisah If I Were The Green HornetMy Profile

    1. tehr says:

      minyak urut juga mungkin naik harga :D

  11. zik says:

    minyak masak kat sini pun bekalan takda… adoii… memang confirm2 naik harga…. grrr
    zik baru je tulis kisah How to block website that are no need to surf!My Profile

    1. tehr says:

      menteri kata bekalan banyak
      peniaga kata bekalan tiada
      pelik2… heran juga

  12. deCrewz says:

    Kerajaan janji nak bantu rakyat, tapi sekarang semuanya nak naik. Bantu ke ni? Kakitangan kerajaan ok lagi. Swasta yang tidak mendapat segala kemudahan ni cemana? Hujung tahun je kerajaan dengan bangganya mengumumkan keuntungannya. Apa salahnya kenaikan harga minyak RM0.10 tu dibatalkan? Adakah kerajaan akan rugi berjuta-juta ringgit. Bagi yang mampu, Jai jamin x kan terasa kenaikan ni? Bagi yang kurang mampu mcmna? Sbb kenaikan harga minyak akan bagi kesan pada barang2 lain..

    1. tehr says:

      kerajaan kata terpaksa naik
      rakyat terpaksa terima

  13. Norgadis says:

    Menteri kata cukup bekalan
    taukeh kata minyak tak ada
    kata siapa jadi pegangan
    kalau bicara semuanya dusta
    Norgadis baru je tulis kisah Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Part 2 -My Profile

    1. tehr says:

      siakap senohong gelama ikan duri
      bercakap bohong lama-lama mencuri

  14. MDHAFiZ.NET says:

    sudah menjadi alat permainan kita.. naik turun harga barang… :-)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah AssignmentOhassignmentWhy Math so difficultMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, mdhafiz
      sebahagian kecil rakyat senang
      sebahagian besar rakyat susah
      dah memang biasa macam ni :(

  15. sangilapi says:

    bila kos hidup makin naik,orang mula naik angin,
    kadar jenayah pun naik,maka ramailah orang bakal naik mahkamah !

    rakyat pun naik muak dengan segala isu kenaikan ni.
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      wah, segala hal nampak akan naik, bro
      mungkin ada yang akan turun bila semua dah naik ni
      … apa, siapa dan bila

      1. sangilapi says:

        hahaha….nak tulis siapa yang turun,nanti jadi masalah lah pulak ! :)
        tapi aku ada terdengar ‘proses itu’ akan dipercepatkan dari tarikh yang sepatutnya.

        lagi satu yang pasti turun adalah moral – akan ada sesetangah golongan melakukan sesauatu untuk melepaskan diri dari kemelut ini -cari duit cara mudah ! :(
        sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

        1. tehr says:

          betul sangat tu, joe
          moral sesetengah golongan dah turun sampai ke dalam tanah
          jasad je yang belum

  16. bisk says:

    dah selalu sangat jadi macam tuh..agaknya sebab dowang tau orang kita nih merunggut kejap jer..lepas tuh senyap tak kata apa…

    ntahlah…..
    bisk baru je tulis kisah ucapan terima kasihkuMy Profile

    1. tehr says:

      adakah ‘melayu mudah lupa’ bisk?

  17. Ezany-Kun says:

    kat sini peruncit suka2 naikkan harga minyak sendiri.. sampai rm2 lebih lak tu..
    Ezany-Kun baru je tulis kisah Ini Statistik Belog Saya Sep-Dis 2010My Profile

    1. tehr says:

      memang ramai macam tu,ezany
      tau ambil kesempatan je

  18. dnoBiz says:

    dari apa yang aku dengar (baca) ada segelintir pengilang telah menyeludup bekalan minyak masak untuk dijual kepasaran luar(kena tangkap sudah)

    Ps aku rasa pengilang ni ambil jalan pintas bagi membantu segelintir penguna yang suka seludup minyak masak yang dijual dipasaran, kiranya lepas ni pengguna dah tak payah susah susah nak seludup lagi dh hahaha
    dnoBiz baru je tulis kisah Seni Kelantan – Dikir BaratMy Profile

    1. tehr says:

      ni kira seludup kelas atasan la ni, dB?
      makin parah la kelas bawah macam kita ni :(

  19. Cik Siti says:

    nampaknya kita kena back to nature…. orang dulu guna kelapa buat minyak…. ermmmm mana tahu minyak kelapa boleh dikomersialkan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Hati penuh dengan rasa debaranMy Profile

  20. mankuchai says:

    memang susah nak cari minyak..semalam pun singgah kat kedai KK..beli 3 paket..hanya 2 saja dibenarkan..itupun setelah puas cari kesana sini :)

  21. mijie says:

    aku sukat qoute ni “Kenaikan harga barang sangat sukar untuk dikawal. Apa yang boleh dilakukan ialah berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Sebagai contoh seorang guru boleh mengajar di sekolah di sebelah pagi, petang mengajar di kelas tambahan dan malam pula mungkin boleh ke sungai menangkap ikan. ”

    aku pun lepas ni hujung minggu kena ambil part time mesin rumput la nampaknya….

    minggu ni je aku dah mula naik motor je pergi kerja, kereta untuk guna time hujung minggu bila gi beli barang dapur ngan orang rumah
    mijie baru je tulis kisah Apakah faktor anda menjadi subscriber blogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun