Minta Maaf Cikgu

selamat hari guru

Selama aku mengajar, jarang sekali aku dengar ada pelajar berkata, ‘Minta maaf, Cikgu. Saya tak sengaja’. Selalunya mereka hanya akan diam bila ditanya dan seterusnya kena marah. Mungkin mereka takut atau kerana mereka memang sengaja melakukan kesalahan.

minta maaf cikgu
hari ini tak sempat menyapu
malam tadi tidur jam satu
pagi tadi bangun tujuh suku

minta maaf cikgu
hari ini lupa bawa buku
duit pun tiada dalam saku
badan juga terasa letih lesu

demikian kamu setiap hari
minta maaf minta simpati
berbuat silap berulang kali
mengapa kamu jadi begini?

banyak kali dah saya pesan
hadir ke sekolah bukan mainan
cari ilmu cari pengetahuan
bekal kamu di masa hadapan

minta maaf cikgu
bukan sengaja saya begitu
kami kesulitan dalam seminggu
emak demam saya membantu

minta maaf cikgu
di lain kali tak akan berlaku
selamat hari guru, cikgu
moga-moga bahagia selalu

kalau demikian cikgu fahami
elok sangat kamu berbakti
semoga kamu tabahkan hati
syurga di bawah tapak kaki ummi

Pelajar buat silap dan mendapat hukuman atau denda memang perkara biasa. Pengalaman kena denda di sekolah boleh menjadi sesuatu yang amat berguna bagi mereka selepas alam persekolahan asal sahaja semuanya berpatutan, sesuai dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Peluang untuk mereka membela diri dan menjelaskan sebab kesalahan itu berlaku dengan alasan yang munasabah, serta peluang meminta maaf juga perlu diberikan seluas-luasnya kepada mereka.

TehrDemikian kisah 'Minta Maaf Cikgu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. dinar says:

    selamat hari guru..tehr
    redha guru bawa kejayaan…
    terima kasih cikgu
    dinar baru je tulis kisah Sekarang!.. masa paling sesuai membeli EMASMy Profile

  2. ProfHariz says:

    Minta maaf cikgu. Saya buat lecturer saya marah amat dengan sikap saya iaitu ponteng kelas semalam.
    ProfHariz baru je tulis kisah Lirik Aku Ditipu Lagi DataMy Profile

  3. chii says:

    =) chii pun dulu mcm tu gak..jarang kata maaf bila x dpt jawab atau kena denda..sebab takut punya pasal…
    chii baru je tulis kisah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan NegaraMy Profile

  4. pergi sekolah lalu titi,
    titi kecil gayat dihati,
    byk jasa dan budi cikgu beri,
    untuk panduan sehingga mati,

    selamat hari guru.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Nombor Telefon Lelaki KacakMy Profile

  5. adamfaiz says:

    Mungkin sebab takut… tak terkeluar perkataan ‘maaf’
    adamfaiz baru je tulis kisah WW 35 – Selamat Hari Guru Tehr, Titan, Cikgu Hairul & Semua GuruMy Profile

    1. cik tom says:

      ciktom pun sm…kdg2 takut nak ucap perkataan maaf..hee

  6. sud@is says:

    selamat hari Guru
    jasa guru disebut selalu
    amalkan maaf cikgu
    ilmu masuk bertalu-talu
    sud@is baru je tulis kisah Selamat Hari IbuMy Profile

  7. suri says:

    asal merasa pantun ini sweet skli heeeeee
    suri baru je tulis kisah Dua Puluh SenMy Profile

  8. suri says:

    bila alasan d beri guru degar cam masuk telinga kiri dna kanan klr balik hee sb dah sah2 perangai anak2 murid mmg bgtu..
    suri baru je tulis kisah Dua Puluh SenMy Profile

  9. suri says:

    selamat hari guru buat sahabt tehr dan guru2 luar sana smoga terus berbakti ..bersabar mmdidik anak2 murid..terkadnag tu anak murid yang terlampau nakal nila besar nnti jadi ORANG gak hiii..
    suri baru je tulis kisah Cara Mengupas Allium SativumMy Profile

  10. mie says:

    selamat hari guru tehr…
    maafkalau xsiap keje sekola..
    eehhehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #14 Pink Tuk TukMy Profile

  11. Juan says:

    pasal minta maaf ni mungkin pelajar itu tidak dibiasakan oleh ibu bapa untuk meminta maaf
    Juan baru je tulis kisah Bisnes Cetak T-Shirt & Cenderahati, Button Badge & Cetak NMy Profile

  12. eiela says:

    selalu minta maaf bila terlupa bawa buku. hehe
    eiela baru je tulis kisah Selamat Hari Guru CikguMy Profile

  13. padin says:

    errr aku dulu, rasa takut tu yang buat senyap seribu bahasa… takut di cakap lagi di marah plak, kui3
    padin baru je tulis kisah Semakin Hari Semakin SayangMy Profile

  14. fuad ansari says:

    sudah lama tidak bertamu..
    membaca nasihat darimu..
    khas dariku untukmu..
    selamat hari guru..

    p/s: mr tehr seakan guru bahasa meayu… (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah SuDaH TuKaR Ka…My Profile

  15. suri says:

    ada tak lepas rotan anak murid akan ckp terima kash cikgu..atau mtk maaf cikgu heeee
    suri baru je tulis kisah Belailah Daku Walau SesaatMy Profile

  16. nurmisnan says:

    Aku mudah menyatakan maaf kepada sesiapa pun
    walau ia perkara kecil… tapi kalau perkara tuh bg
    aku tak salah, memang susah utk aku minta maaf..
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #45My Profile

  17. yas says:

    Hari ni mestia ada acara kt sekolah kan cikgu….:)
    yas baru je tulis kisah Blogger Jumpa BloggerMy Profile

  18. hafizmd says:

    Selamat hari guru buat Cikgu Tehr.

    Kena denda bagus juga
    Baru kita beringat sentiasa
    Buat salah ada balasnya
    Itu baru hukuman dunia
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #16 Kini KuningMy Profile

  19. mak lagenda says:

    Minta maaf cikgu.. mak lambat dtg sini dan ucapkan selamat hari guru. Boleh?? Hikss..
    mak lagenda baru je tulis kisah 2 IN 1 KEK RED VELVET BUAT MY MAKMy Profile

  20. hatiputera says:

    selamat hari guru,,,
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK BINGUNGMy Profile

  21. MDHAFiZ.NET says:

    minta maaf cikgu kalau terkasar komen… :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf 2012/2013My Profile

  22. azura says:

    selamat hari guru cikgu….
    azura baru je tulis kisah Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012My Profile

  23. Minta maaf cikgu…
    tak tahu nak pantun ehhh :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kuala Lumpur War Crimes Tribunal – Symbolic VictoryMy Profile

  24. kimmie says:

    saya minta maaf cikgu,
    saya lambat selalu,
    ucapkan selamat hari guru,
    semoga cikgu ceria selalu
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 26: Apa yang sedang saya lakukanMy Profile

  25. akubiomed says:

    Selamat hari guru. Anak murid tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana mereka masih muda.

    Err nak tanya sedikit cikgu pernah buat silap tak? Ketika sekolah dahulu saya akan minta cikgu memberi markah kalau tersalah semak kertas maklumlah selalu banding kertas jawapan dengan budak skema. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

  26. Bukan saja anak murid kena minta maaf kalau buat silap. Cikgu pun kalau dah buat silap, kena mengaku dan minta maaf juga.
    SELAMAT HARI GURU CIKGU TEHR. Saya minta maaf sebab ada hari tak sempat datang jenguk ke sini.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Wordless Wednesday #Nasib baik setahun sekaliMy Profile

  27. Kalau cikgu lupakakn kita… Sebenarnya dia tidak lupakan kita… tapi jangan sampai kita lupakan cikgu :D
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Hari Pertama Kerja Lelaki KacakMy Profile

  28. Selamat hr guru buat tehr, Mg terus berbakti mendidik anak2 ms depan Negara….

    Agak2nya tehr ni cekgu disiplin ke, ehehehehe
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

  29. Norizwan says:

    selamat hari guru bro tehr…terima kasih semua guru samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mendidik saya. Jasamu dikenang!
    Norizwan baru je tulis kisah Menara LEGO tertinggi di duniaMy Profile

  30. kulanz says:

    marah cikgu akan reda kalau murid yang buat salah minta maaf.. cikgu memang seorang pemaaf :)
    kulanz baru je tulis kisah Dia Buat Hal LagiMy Profile

  31. kakyon says:

    setuju sangan cikgu..:)
    kakyon baru je tulis kisah BE menyinggah lagi..My Profile

  32. Mintak maaf Cikgu Tehr…lambat wish..tapi tak terlambat lagi kot…
    Selamat Hari Guru..anda adalah pendidik yang akan disanjung tinggi oleh semua insan yang bergelar murid. jasa mu dikenang…

    p/s jarang singgah kat sini dan blog2 lain…sbb baru sihat. hehe.
    Encik Bukit Besi baru je tulis kisah Bila Lelaki Kacak Memberi NasihatMy Profile

  33. gatal tangan sentiasa digaru
    marah cemburu bertindak melulu
    ucap selamat hari guru
    maaf cekgu diucap selalu

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair door trim kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Doortrim keretaMy Profile

  34. putri says:

    Sy mintak maaf Ckgu . fly mlam Dari asrama . mengejar keseronokkan Tak fkir risiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun