Minta Maaf Banyak

helaian mentera melayang-layang
tak sempat menjenguk blog korang

Bunga keladi di tepi semak,
Bunga kantan di tepi perigi;
Fikiran sepi harapan sebak,
Singgah dugaan di tepi hati.

Pak Manaf terdongak-dongak,
Tersepak pasu berdarah kaki;
Minta maaf berbanyak-banyak,
Sebentar aku menyepikan diri.

Ulam pegaga gulai tempoyak,
Dihidang sekali ikan tenggiri;
Aku bukannya banyak lemak,
Berputar mencari diri sendiri.

baris mentera tersusun rapi
kemenyan tiba kuterjah nanti

TehrDemikian kisah 'Minta Maaf Banyak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Anuar says:

    Tak apa saya maafkan.. hehehe
    Anuar baru je tulis kisah Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 29)My Profile

    1. hafizmd says:

      Ini yg paling terbaik. Kita saling maaf-memaafi =)
      hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  2. de engineur says:

    Takpe, ada masa nanti kita pekena teh secawan
    de engineur baru je tulis kisah Cultivate crops and build solar PV on the same farmlandMy Profile

  3. onlajer® says:

    maaf diterima haha
    onlajer® baru je tulis kisah Nasi Lemak Telur RM2 Pun Boleh Pakai OdysseyMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Maaf disambut. Moga awan ceria cepat kembali bertandang … :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah 5 TIPS HIAS BILIK YANG KECIL DAN SEMPITMy Profile

  5. Mohd Shubhi says:

    Moga kembali selesa disertai ketenangan selepas ini…Insyaallah!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Tambah hasil jualan perniagaanMy Profile

  6. hafiz says:

    Biasalah tugas seorng pendidik di awal tahun…
    hafiz baru je tulis kisah Handphone Giveaway by Syuhada1981.comMy Profile

  7. akubiomed says:

    Kesibukkan nak buat macam mana. Terima kasih hantar email maklum balas. Akan diambil tindakan segera.
    akubiomed baru je tulis kisah Elaun Sara hidup 300 untuk pekerja swastaMy Profile

  8. Asyrof Asri says:

    InsyaALLAH saya maafkan.

    Nanti belanja saya makan laksa ya.
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Bersiap Sedia Untuk Interview AirlinesMy Profile

  9. titan says:

    biasalah tu. gua pun tengah sibukkk gila sekarang..
    titan baru je tulis kisah Camana nak bela kucing comel?My Profile

  10. UmmiKami says:

    As salam cikgu Teh dan semua…

    Biasalah kalau sibuk dengan komitmen….Ummi pun kadangkala tak dapat nak memberi post terkini kerana sibuk dengan kepentingan keluarga….apapun dapat juga luangkan masa….tengah tunggu lawatan Cikgu…. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sekilas Ikan Di Air….My Profile

  11. maza says:

    Tak apa cikgu.. tarik nafas dalam2.. awal persekolahan memang banyak perkara perlu diberikan perhatian segera..

    hehehe
    maza baru je tulis kisah Harta Dunia Dan AkhiratMy Profile

  12. Rina says:

    Mari saling maaf memaafkan …
    Rina baru je tulis kisah How To Create A Database Search With MySQL & PHP ScriptMy Profile

  13. Hafizul says:

    Emm maaf di terima..hahaha..semoga semuanya baik-baik sahaja..
    Hafizul baru je tulis kisah Ok. Aku Tak PandaiMy Profile

  14. hafizmd says:

    Takpe Cikgu. Moga sihat2 sokmo walaupun sibuk dgn tugasan hakiki =)
    hafizmd baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  15. Bukan kewajipan ehhh lawat blog kawe..cuma sila-silakan … :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Sipadan Island – The Dive Legend of BorneoMy Profile

  16. wildan says:

    Sama-sama, kita saling memaafkan sesama.
    wildan baru je tulis kisah Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun