Merdeka Ayam

Apa maksud merdeka ayam?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ayam maksudnya bebas sama sekali [boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati]. Maklum saja diri tidak lagi terkurung dalam reban.

Ayam yang bebas merdeka boleh berkokok, boleh berketak di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Atas tangga mereka berkokok. Atas tingkap mereka berkokok malah atas pokok juga mereka sering berkokok. Memang tunjuk lagak semahunya.

Mencakar dan mengais tanah adalah satu perkara yang menjadi kesukaan ayam. Depan halaman rumah mereka cakar. Dekat penjuru dapur mereka cakar. Dalam bekas makanan pun mereka masih juga mahu mencakar.

Satu lagi kegemaran ayam terutama sekali ayam jantan ialah bersabung sesama sendiri. Pantang jumpa lawan pasti mereka mahu bersabung. Masing-masing mahu menunjuk kebolehan. Kes nak tunjuk kuasa la ni.

Ayam jantan ayam betina,
Mengais pagi makan petang;
Merdeka ayam pendek nyawa,
Tunggu masa disembelih orang.

Ayam yang bebas merdeka juga boleh berak di mana saja. Atas bonet kereta pun dia berak! Memang nak kena sembelih.

Jangan jadi merdeka cap ayam dah la…

TehrDemikian kisah 'Merdeka Ayam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Cikgu Hairul says:

    Baru pertama kali dengar istilah merdeka ayam. Ayam kampung la yg paling merdeka sekali. Boleh buat ikut suka. Akhirnya disembelih jua.

    Tak mau la sambut merdeka ayam. Nanti kena sembelih..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Masuk Universiti Untuk Dapat Kerja Best- MitosMy Profile

  2. akubiomed says:

    Menarik penjelasan Merdeka Ayam. Bebas sebebasnya. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – KandidMy Profile

  3. Hafizul says:

    Hehe..betul tu bro..kasi sembelih aje buat gulai ayam..hehe..selamat hari merdeka bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

  4. Joe says:

    ADe jugak ke merdeka ayam? Tak pernah dengar lagi sebelum nie…
    Joe baru je tulis kisah Backlink PercumaMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Jangan kita org yg merdeka ni jadi ayam merdeka sudahhh…
    dja@sishaza baru je tulis kisah CARA SEMAK BOUNCE RATEMy Profile

  6. First time dengar merdeka ayam ni hahaha, terbaik punye penerang
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Wordless Wednesday 84 : I Love PhotoMy Profile

    1. typo lak penerangan bukan penerang huhu
      Khairul Zamri baru je tulis kisah Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon PackageMy Profile

  7. Haha.. Merdeka Ayam. Menarik jugak tu. Jangan di ayam kan dah la.

  8. onlajer says:

    i Say cikgu macam baru dengar lah Merdeka Ayam ini
    Yang aku tahu sardin cap ayam memang mahal harganya
    onlajer baru je tulis kisah MyKad Smart ShopperMy Profile

  9. dalam banyak2 ayam, ayam serama paling merdeka, sbb ayam perhiasan orang jarang sembelih atau bagi sabung sampai mati…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!My Profile

  10. AUC® says:

    baru tau adanya merdeka ayam, tapi akhirnya kena sembelih jg :)
    AUC® baru je tulis kisah Ultras Pahang Bakal diharamkanMy Profile

  11. hafizmd says:

    Baru tau ada istilah Merdeka Ayam…hihi

    lagi haru, kalau ayam cakap kereta kita…mau kena sembelih hari tu jugak… =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kenapa Perlu Tunggu Esok?My Profile

  12. Anuar says:

    Saya pun baru pertama kali mendengar istilah Medeka Ayam… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart ShopperMy Profile

  13. A ah, tapi geram juga tengok ayam yg bebas berak di tangga rumah.
    de engineur™ baru je tulis kisah Sarawak Energy awards RM1.2 billion 500kV backbone projectsMy Profile

  14. Lynn™ says:

    Merdeka cap ayam ? Hermm…dalam maksudnya tu cikgu :-)
    Lynn™ baru je tulis kisah Gemuruh bila petrol naik hargaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun