Menurut Kata Hati Kecewa

Putus hubungan keluarga. Kerana kecewa dengan sikap anak gadis yang mencintai seorang ahli muzik dan menolak pinangan seorang doktor, Nyonya Mansoor setuju kahwinkan Sabariah dengan Kasim Selamat. Langsung sahaja dia menghalau anak dan menantu keluar rumah.

Buta dan tidak bermaya. Kerana kecewa dengan berita [palsu] isteri yang disayangi meninggal dunia ketika bersalin, Kasim Selamat menangis tak berhenti selama beberapa hari. Akhirnya beliau kehilangan kerja, tempat tinggal dan penglihatan. Kasim Selamat buta dan tidak bermaya.

Kecewa merosakkan diri sendiri. Kerana kecewa kematian tunang, Chombi menjadi murung beberapa lama. Hidupnya menjadi tidak bersemangat dan hilang harapan. Ini menyebabkan hati ibunya sedih kerana Chombi sedang merosakkan dirinya sendiri.

kasim selamatKecewa dengan sikap suami. Sabariah meminta fasakh di pejabat agama dan berkahwin dengan Doktor Ismadi kerana kecewa dengan sikap suami yang tidak bertanggungjawab [Sabariah ditipu dan dihasut oleh ibunya].

Tidak pernah menceraikan isteri. Kerana kecewa dengan tipu helah ibu mertua, sikap isteri dan tingkah laku Doktor Ismadi, Kasim Selamat gagal berfikir dengan bijak untuk menuntut isterinya kembali. Beliau terlupa bahawa beliau tidak pernah menceraikan isterinya Sabariah.

Kasim Selamat tidaklah lawa,
Tetapi manisnya tetap ada;
Langkah cermat elak kecewa,
Ingat pada kasih sayangNya.

Kerana terlalu menurut kata hati kecewa, Kasim Selamat nekad mencucuk dua biji matanya dengan dua batang garfu. Dua kali Kasim Selamat kehilangan isteri, anak dan penglihatan.

Kasim Selamat! Ooo Kasim Selamat!!

TehrDemikian kisah 'Menurut Kata Hati Kecewa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. qasehdalia says:

    bila rasa kecewa ingat Allah ..insyaAllah terubat
    qasehdalia baru je tulis kisah HOTEL SUNGAI PETANI INN [TRAVEL SAHABAT MEDIA]My Profile

  2. ermm…

    term no.1 dan no.3; semuanya ada kena mengena-ngena dengan jalan hidup sebenar…

    aieh…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah cerita rambut (2)My Profile

  3. Mus says:

    kesian dengan kassim yang tak selamat
    Mus baru je tulis kisah Diskaun 50% Tiket Malindo Air Bagi Kanak-Kanak Sempena Cuti SekolahMy Profile

    1. suri says:

      dah selamattapi kecewa jadi tak selamat alahai
      suri baru je tulis kisah Doa Pengasih Paling MujarabMy Profile

  4. akubiomed says:

    Kalau ikutkan perasaan boleh binasa. Cepat-cepat ingat Allah SWT.
    akubiomed baru je tulis kisah Cuci mata di KL International Motor Show 2013My Profile

  5. sud@is says:

    sayang kasim tak brapa cerdik
    sud@is baru je tulis kisah Daisy kembang berbaloi-baloiMy Profile

  6. titan says:

    tak mau jadi macam kasim selamat..
    titan baru je tulis kisah Promosi Domain Murah dari Awn.myMy Profile

  7. Allah Ta’ala mencipta tiga Raja, Raja Binatang, Raja Jin, dan Manusia, Raja Binatang di lahirkan dengan hidup menggunakan gerak hati, Raja Jin dan seleuruh jin hidup dengan hanya nafsu semata-mata, dan Manusia diberikan akal, nurani dan hati. Kalau ikut hati hehehe maka sama dengan??? Kena tapis rasa hati kita dengan akal yang waras baru selamat.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Tips Ringkas SEO Cara Menduduki SERP Dengan CepatMy Profile

  8. azura says:

    usah ikut kata hati cikgu

  9. suri says:

    apa dalam cerita benar berlaku di dunia realiti
    suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  10. Ismail N says:

    ala kasimmmm…
    klasik oo.. sampai bila-bila pun best. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Volkswagen Recalls 2.6 Million Cars WorldwideMy Profile

  11. papa mifz says:

    tak boleh ikut kata hati sangat…
    papa mifz baru je tulis kisah Fridge Magnet Dari ShanghaiMy Profile

    1. suri says:

      kalau ikut merana badan solat istiharah itu lebih afdal heee
      suri baru je tulis kisah Cahayacinta “Luahan Cinta”My Profile

  12. mohdridzwan says:

    Kecewa merupakan satu perkara yg abstrak. Ambe sndri juga penah kecewa. Tapi kini ambe lebih bersedia kerana apa yg jadi sbelum ini menguatkan ambe.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Magnet Kekayaan dan KejayaanMy Profile

  13. Hafizul says:

    Emm banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah kasim selamat..
    Hafizul baru je tulis kisah Aku Jadi Hantu Villa NabilaMy Profile

  14. Mungkin Kasim Selamat merasakan maruah lagi penting dari matanya…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Cari Kelebihan Tingkatkan KemahiranMy Profile

  15. UmmiKami says:

    Kerana menghukum hati kecewa,
    Dicucuk matanya hingga berdarah;
    Tiada senyum mati ketawa,
    Tawadduk padaNYA doa dan pasrah..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Senyum Oh Senyuman….My Profile

  16. Jiwa dan akal kena seimbang untuk melawan kekecewaan ni. Kalau terlalu ikut kata hati, risau kelak akan memusnah diri. Syaitan memang seronok hasut bila akal kita ditutupi nafsu amarah ni.

    Ikut rasa binasa, ikut hati mati.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Nostalgia Nasi Ganja IpohMy Profile

  17. hafizmd says:

    cerita ni mmg klasik..tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas… =)

    kasim oh kasim
    hafizmd baru je tulis kisah Teka-Teki Malaysia vs Bahrain!My Profile

    1. suri says:

      cerita lama anak saya tetap minat cuba sebutan dia agak pelat sedikit
      suri baru je tulis kisah Doa Pengasih Paling MujarabMy Profile

  18. Lyn™ says:

    Kisah Kasim Selamat yang pelupa – yang dia sebenarnya belum menceraikan isterinya. Masih boleh dituntut. Apalah cepat mengalah sangat si Kasim Selamat. Producer tak ada yang nak gali semula ke filem ni dan buat versi baru Kasim Selamat.
    Lyn™ baru je tulis kisah Mini GA – Like Saya Dalam Contest 3BMy Profile

  19. malang sungguh nasib si kassim selamat tu
    blogger lelaki baru je tulis kisah Rahsia Duit One Dollar AmerikaMy Profile

    1. suri says:

      jangan jadi seperti akhir cerita sedih sahaja memanjang
      suri baru je tulis kisah Setia Pada Kekasih ItuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun