Menuntut Ilmu | Aziz Satar

“Jom kita tengok, siapa yang kena!” Hehe, macam aksi Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok pula. Entri Cuba Teka 2 berakhir semalam dan saya sudah pun mendapat pemenangnya. Jawapan yang tepat ialah Aziz Satar atau nama sebenarnya Datuk Abdol Azez Satta. Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1925, di Surabaya, Indonesia. Saya ada berikan klu [Surabaya] dalam pantun.

Aziz Satar, 85, menerima anugerah darjah Panglima Jasa Negara (PJN) daripada DYMM Yang Di-pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agung pada 2 Jun 2007 yang membawa gelaran Datuk.

Salah satu dialog yang popular dan penuh pengertian dari filem Seniman Bujang Lapok lakonan Aziz Satar, S.Samsuddin dan P.Ramlee;
“Nama saja orang Melayu, sikit adab pun tak tau. Orang ada ke panggil hoi, hoi, hoi. Saya ni apa? Batu ke, kayu ke?”
“Alamak, Benggali tu bahasakan kita da…”
“Memang betul dia cakap, engkau tu mana ada bahasa, panggil orang hoi, hoi, hoi. Bahasa menunjukkan bangsa tau!”

bujang lapok pendekar baruaziz satar
menulis membaca tidaklah tahu
kuatnya semangat untuk berguru
menyahut cabaran menuntut ilmu

ilmu dituntut sepenuh hati
ilmu dikongsi tidaklah rugi
salah ditegur benar dipuji
sekadar mencari reda illahi

ilmu dunia mencari nikmat
ilmu akhirat mencari berkat
selagi berdaya selagi sempat
cari dan kejar sehingga dapat

Tahniah kepada Mie dan Cikgu Faezah kerana berjaya meneka dengan cepat dan tepat. Banner mereka berdua telah diletakkan sebagai hadiah seperti yang dijanjikan dan akan berada di blog ini untuk sekurang-kurangnya 2 minggu.

Kepada sahabat yang lain, ucapan ribuan terima kasih kerana sudi turut serta. Kita jumpa dua minggu lagi dalam Teka Mata 3 pula. Kita tengok nanti siapa yang kena. :D

Google+

Post Berkaitan:

  1. Batuk Datuk
  2. Rukun Islam
  3. Cerita Mengenai Datuk
  4. Cuba Teka 2

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


38 Comments

  1. izars says:

    tahniah..mcm mana boleh tak tahu ni..hu

    1. tehr says:

      lepas ni kena selalu singgah :D
      insya allah 2 minggu nanti kita nak tukar banner tu

  2. mie says:

    wow!!
    menang lagi..
    heheeeee
    mie recently posted..Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, mie
      memang cepat dan tepat
      tq kerana sudi ambil bahagian

  3. Tahniah buat yang menang….
    Kalau peminat filem melayu lama mesti kenal mata tu….. ;)
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Understand SEO easily with this videoMy Profile

    1. tehr says:

      hampir setiap minggu tengok mata tu kat tv
      hehe

  4. adah says:

    huhu..xmenang gamaknya..
    adah recently posted..Aku- dia dan vintageMy Profile

    1. tehr says:

      hanya dua pemenang je, adah
      sebenarnya ramai yang jawab dengan betul
      siapa cepat dia dapat :D

  5. akubiomed says:

    Tanniah kepada semua pemenang yang menjawab dengan betul.
    akubiomed recently posted..Kenapa tiba-tiba MacaronMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2
      dan terima kasih juga

  6. padin says:

    eh ni masa bila plak soalannya? wakakaa.. terlepas sudah,

    1. tehr says:

      tak apa la, bro
      2 minggu lagi, insya allah

  7. luth textile says:

    baguslah dapat gelaran datuk. orang macam ni baru berbaloi bagi gelaran daripada artis mlm :D
    luth textile recently posted..Penang maju kehadapan lagi! Now running PKA!My Profile

    1. tehr says:

      tak lekang dek panas ni
      hehe

  8. kaizen says:

    alaa…. tak menang la plak… hehe
    kaizen recently posted..TeMPaT MeNaNGis DaN MeNGaDuMy Profile

    1. tehr says:

      lain kali mungkin menang :D
      kira siapa cepat je, bro

  9. toyol says:

    tahniah pd yg menang..
    gelaran dan anugerah untuk seniman lama harus dirasai dan dinikmati tika masih hidup.. kalau dpt lepas nyawa terpisah dari badan, tiada ertinya.. cm p.ramlee..
    toyol recently posted..MOTIVASI DIRI EDISI 2My Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      setuju sangat2
      mereka juga sempat nak ucap terima kasih nanti

  10. sud@is says:

    aziz satar pelakon berkaliber
    x alpuk dek hujan..

    minat sungguh ni….
    sud@is recently posted..Perjanjian Dalam HidupMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita
      memang tak jemu nengok bujang lapok :D

  11. zulkbo says:

    salam..
    tahniah pada
    pemenang..memang
    hebat boleh meneka
    zulkbo recently posted..Tip Menjadi Wanita CantikMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2
      sekadar berhibur sambil tukar banner rakan2 :D

  12. ghost writer says:

    aku teka sembarangan jer..hahaha

    bahasa nilai budaya kita.
    ghost writer recently posted..kalah itu bagusMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun hentam je letak mata siapa
      main2 je sambil tukar banner

  13. alif says:

    org ni aku kenal ni…huruf M hehehehehehe
    alif recently posted..dun kerdau – kekosongan akan dimaklumkan kepada SPRMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      part mereka masuk kelas ni
      memang lucu sangat2

  14. fikryn says:

    Tahniah buat semua pemenang.. memang mata diorang tu hebat betul mengagak.. tahniah!!!
    fikryn recently posted..Khas- Tawaran Premium Theme PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      mata nujum pak belalang tu :D

  15. wah menarik segmen cam gini:)

    datuk aziz satar sgt kelakar,tak kering gusi tgk cite mereka dolu2..n ade pngajaran gak terselit..

    btw,knp ckp kalo anak cikgu pergi msti demam?huhu tak dpt tangkap..:D

    1. tehr says:

      yups, mereka memang serius menyampaikan mesej
      sindiran mereka memang mengena

  16. Cik Siti says:

    tahniah kepada pemenang…. aziz sattar lawaknya kekal hingga hari ini…
    Cik Siti recently posted..Cik Siti KembaliMy Profile

  17. Ismail N says:

    Kalau Aziz Sattar, S.Shamsuddin dan P.Ramlee dah bergabung dalam Bujang Lapok..siaplah.. tak kering gusi dibuatnya he.. he..
    Lagenda!
    Yup, bab dialog dengan abang sing dalam cite seniman bujang lapok tu.. he he ramai yang KENA!

    1. tehr says:

      ya la
      saya memang tabik dengan dialog tu
      satu sindiran yang amat tajam dan tepat

  18. decrewz says:

    Tahniah2.. Jai lambat teka… Tengok mata pun dah tau..hu3
    decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-4My Profile

  19. mekar says:

    Salam. mm..terlepas peluang saya. Lain kali anjurkan lagi! Lagipun sya baru mengenali blog teh harini
    mekar recently posted..Ekspedisi ke Gunung Jerai part 1My Profile

    1. tehr says:

      cadangnya memang nak buat 2 minggu sekali
      hanya sebagai cara nak tukar2 banner tu :D
      terima kasih kerana singgah dan jangan lupa datang jawab teka nanti

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge