Menunggu Buah Gugur

Hari ini Sabtu, hari minggu dan hari cuti di Kelantan. Sementara menunggu perlawanan Piala Sumbangsih 2013 malam nanti [Kelantan vs Angkatan Tentera], sambil berehat atau sambil mengemas rumah, apa kata korang sama-sama menyanyi dengan aku. Lirik lagu aku dah sediakan cuma melodinya masing-masing korang buat sendiri. :D

sekali air melimpah
berkali pasir berubah
ditunggu harapan indah
yang datang hanya gelisah
yang datang hanya gelisah

***

sejengkal masa berjalan
sedepa dah ketinggalan
bahagia hanyalah angan
harapan tinggal harapan

sedetik masa berlari
berderet gagal berbunyi
bernafas seperti mati
sepanjang hidup merugi

sejenak cuba berfikir
usaha tak pernah hadir
miskinlah batin dan zahir
janji yang tak pernah mungkir

setapak cuba melangkah
berkorban rela berhijrah
disemai benih bercambah
berputik terus berbuah

***

sekali air melimpah
berkali pasir berubah
menyusun harapan indah
pada-NYA kita berserah
pada-NYA kita berserah

Ok. Sudah. Tak boleh menyanyi lama-lama atau kuat-kuat. Terkejut jiran sebelah nanti. :D Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 akan diadakan di Stadium Shah Alam pada jam 8:45 malam. Korang agak siapa yang akan berjaya buat jaringan pertama? Keita Mandjou, Norfarhan, Marlon Alex James atau Hairuddin Omar?

TehrDemikian kisah 'Menunggu Buah Gugur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. papa mifz says:

    pasti menjanjikan perlawanan yang sengit…
    papa mifz baru je tulis kisah Sebelum dan SelepasMy Profile

  2. mie says:

    kalau dilihat pada prestasi yang lepas…
    memang kelantan mempiunyai harapan untuk menang…
    tapi ATM juga bukanlah pasukan yang lemah..
    ehehehhee
    mie baru je tulis kisah Tempat Menarik Di Melaka Bandaraya BersejarahMy Profile

  3. faris says:

    saya blogger dari kelantan..sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan kelantan…..gomo kelate gomo….
    faris baru je tulis kisah Jersi baru pasukan liga super musim 2013My Profile

  4. Hairul Azni says:

    Saya sokong The Red Warrior!.. Gomo Kelate!
    Hairul Azni baru je tulis kisah Tiket Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City Belum Terusik.My Profile

  5. sedetik masa berlari
    berderet gagal berbunyi
    kawe tido dulu ni
    MU main jam 1 yg kawe nanti :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Please Give Me A Job!My Profile

  6. hafizmd says:

    Indra dan Irwan…dua “I”….hehhe

    Nampak mmg kelantan byk peluang, mungkin takde tuah malam ni…

    tahniah ATM
    hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs ATM 2013 Piala SumbangsihMy Profile

  7. saya maseh menyokong ATM. hehehe
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah kejadian tahun baruMy Profile

  8. titan says:

    hemm..ATM menang. :)
    kelantan kalah la plakk..
    titan baru je tulis kisah Contest: Top Referer Get RM100 Topup!My Profile

    1. muktasim says:

      kira misi balas denda terlunas la.. ATM dah kalah di final piala malaysia..
      muktasim baru je tulis kisah Penerbangan Percuma AirAsia – Program Integrasi 1MalaysiaMy Profile

  9. yas says:

    Tak sempat tgk mlm tadi….anak beranak gi makang kat luar lak…..balik2 je tgk2 ATM dh menang…
    yas baru je tulis kisah Wajah Ahli Politik India Yang Kaki RogolMy Profile

  10. Cik Siti says:

    Kelantan kalah le en tehr
    Cik Siti baru je tulis kisah Kerja: Gaji atau BerkatMy Profile

  11. cik tom says:

    xtengok tp kwn bgth atm yg menang..tahniah!
    cik tom baru je tulis kisah Usahasama Tidak BerjayaMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Tumpang lalu naa..

    Salam hurmat, sokong negeri sendiri ja….. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ada Lagu Dalam Pantun..My Profile

  13. Takde rezeki Kelantan kot atau player semua dah lari johor punya pasal…. ;)
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Duit syiling Yasin: misteri, mitos & mistikMy Profile

  14. Hafizul says:

    Hehe..nanti ada yang datang minta autograf..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tingkap Terbuka, Cobaan Pencuri Masuk Ke RumahMy Profile

  15. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tak apa lah kalah kali ni..
    ada lagi banyak piala
    menanti di 2013 buat
    Red Warrior :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia – Budget 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun