Menjadi Penternak Yang Berjaya

Selamat sejahtera semua. Kali ini saya mahu berkongsi cerita mengenai aktiviti penternakan yang terdapat di negara kita. Perempuan juga ada yang sudah berjaya dan menjadi kaya raya sebagai penternak, bukan hanya bijak menguruskan rumah sahaja. Tetapi bukan seperti si Syawal bapa si Ahmad Albab tu. Dia hanya menggembala kambing orang.

asyik berblog terlupalah segala
labah-labah pula di mana-mana
di atas siling di penjuru jendela
membuat sarang di bawah meja

menjadi penternak yang berjayadi tepi pagar banyaknya sampah
sang lalat pula datang menerjah
berbagai rupa warna pun indah
saiznya pula mengalahkan gajah

banyaknya lipas di bawah dapur
malamnya keluar siangnya tidur
mencari sisa makanan bertabur
kadang hinggap di tempat tidur

apabila sesekali jenguk ke tanah
anai-anai juga datang berpindah
membuat laluan ke atas rumah
makin dibiarkan semakin punah

berjalan-jalan melihat kampung
banyaklah tempat air bertakung
nyamuk diternak tiadanya untung
walau pun banyak tidak terhitung

Semuanya bermula dari rumah. Apabila setiap isi rumah mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar, sudah pasti tiada lagi sampah sarap di merata tempat. Hidup menjadi lebih aman dan kampung juga nampak cantik. Tak gitu? :D

Jadi tak payahlah menternak segala labah-labah, lalat, lipas, anai-anai dan nyamuk. Memang tak ada untungnya. Bukankah menjaga kebersihan tanggung jawab bersama?

Google+

Post Berkaitan:

  1. Anai-anai, Semut, Lalat, Nyamuk Dan Tikus
  2. Sampah Angkasa Lepas
  3. Wordless Wednesday #9: Jaga Kebersihan
  4. Bolehkah Lelaki Menjadi Pohon Kayu?
  5. Makhluk Penghisap Darah

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


56 Comments

  1. padin says:

    sememangnya aku setuju.. menjaga persekitaraan supaya sentiasa bersih menjadikan hidup kita lebih sihat dan dinamik,

    1. tehr says:

      lagi best kalau pakat tanam bunga kenanga
      harum dan wangi alam sekitar kita :D

      1. padin says:

        alamak, bunga kenanga yang mana satu ni tehr? huhuu

  2. Zik says:

    binatang yang tak suka, binatang itulah yangsenang nak membiak.. tanpa perlu diusahakan … ia akan membiak secara sendiri…
    Zik recently posted..Keputusan terkini Malaysia VS Pakistan 2011- kempen sukan olimpik 2012!!My Profile

    1. tehr says:

      kadang pikir macam PATI
      lagi kita tak suka, lagi ramai pulak mereka
      hehe

  3. Mana tau satu hari nanti binatang tu bleh jual, sebab tu nak ternak kot? :D :D :D
    Ingat tadi cerita pasal ternak lembu.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..WW- You comment we followMy Profile

    1. Norgadis says:

      Hahaha… Kita samalah, ingatkan kisah menternak lembu, kambing atau ayam, tapi menternak lain rupanya…

      1. tehr says:

        lembu kambing ayam itik
        semuanya dah ada pemilik
        hehe

  4. decrewz says:

    Tapi budaya masyarakat di Malaysia ni jaga kebersihan tengok kasawan.. Kalau kawasan shopping mall, tengoklah toilet, apa pandangan org luar kalau tengok toilet2 yang xde rupa toilet..
    decrewz recently posted..Jemputan Ke Majlis Perkahwinan owner deCrewzMy Profile

    1. tehr says:

      kalau pengalam sendiri
      hanya tandas kat airport je yang bersih
      yang lain2, teruk

    2. Saya pergi Thailand dulu, kedai tepi jalan pun toilet dia lebih bersih daripada toilet kat Mall di Malaysia ni. :(
      Sabahan Bloggers Club recently posted..Malaysia Prime Minister TwitterMy Profile

  5. yas says:

    penternak nyamuk yang paling bahaye nihh…mendatangkan maudarat yg melampau
    gua paling sedih kat area umah2 flet sekitar bandar kat sini…banyak yg kotor dan sampah berleluasa. prob bila penduduk tak bekerjasama ngan pemaju….
    yas recently posted..Rod dan guaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, yas
      sepatutnya tiada siapa yang perlu tunjuk pandai/kuasa
      kerjasama yang lebih penting

  6. Norgadis says:

    Pagi-pagi keluar berkerja
    Mengemas rumah tiada masa
    Banyaklah jin bersuka ria
    Melihat hidangan masih tersisa.

    Andainya mata dapat melihat
    Mahluk halus menjadi raja
    Membawa penyakit tak pernah rehat
    Jangan biarkan begitu saja.
    Norgadis recently posted..Kumpulan Nasyid Dari SMK Mutiara Labuan Membuat Persembahan Sempena MaulidurrasulMy Profile

    1. tehr says:

      banyaklah jin bersuka ria
      makhluk halus menjadi raja
      jikalau tiada iman di dada
      semuanya porak peranda

  7. kakyong says:

    bab anai2 tu yg jd masalah kat rumah kakyong skrg ni… masih mencari solusi…
    kakyong recently posted..Komuniti blogger – The FaceblogMy Profile

    1. tehr says:

      kami kat kawasan pantai ni guna ikan yu bodoh sebagai petua halau anai2
      ikan ini ditanam di bawah rumah
      insya allah anai2 akan lari

  8. Cik Siti says:

    memang betul tu… kalau menternak nyamuk, lipas dapat penyakit kita juga yang susah. ada lebih baik kalau menternak lembu, kambing sampai masa boleh bawa untung.
    Cik Siti recently posted..pahit manis sebagai CSRMy Profile

    1. tehr says:

      ternak nyamuk, doktor je yang dapat untung
      hehe

  9. Ismail N says:

    jangan ternak nyamuk udah le..:D Skrg ni musim denggi..

    1. tehr says:

      dah ternak pun, bro
      hanya belum ada yang kena denggi je lagi

  10. mappiau says:

    penah jugak ade banyak lipas kat umah, mane datang dah, padahal dah abis dah gerak gempur bersihkan satu rumah (sikit lagi nak menyampai ke rumah jiran :P ) tapi geng2 lipas degil tuh tatap ade jugak tau grrrrrr.

    Balik ni kang akan ku jadi pembunuh kijam nanti nih tengok la, siapppp lipas2 tu nanti okey hahahaha :P
    mappiau recently posted..Dari Gambang Membawa Ke Genting Pulok -DMy Profile

    1. padin says:

      haha jangan sampai lipas macam dalam rumah
      macam dalam cerita CJ7 tu keh3

      1. tehr says:

        cj7?
        belum pernah tengok lagi la, bro :(

    2. tehr says:

      semuanya perlu kerjasama
      lipas ni jenis boleh terbang
      kejap je ‘berziarah’ dari rumah ke rumah

      lipas suka tempat gelap
      awasi tempat2 seperti ini

  11. mie says:

    free je..
    xperlu susah2 nak membesarkannya,…
    ternak jangan x ternak..
    eheheee
    mie recently posted..Krisis Libya &amp Penentangan Terhadap GaddafiMy Profile

    1. tehr says:

      malaysia meriah ni, bro
      ternak, jangan tak ternak
      haha

      1. mie says:

        meriah memang meriah..
        jangan tersalah ternak sudah la..
        eheehh
        mie recently posted..Cara Membuat Telur Berbentuk LoveMy Profile

        1. tehr says:

          aku pula, ternak tak banyak, mie
          tapi kebun segala rumput dan lalang memang banyak
          hahaha

  12. zulkbo says:

    salam..
    berpadalah dalam blogging..
    yang penting jangan tinggal solat
    he he..
    zulkbo recently posted..Pakaian Istiadat Negeri PahangMy Profile

    1. suri says:

      tul tu..
      kata org biar seimbang hee,,

      klu tak mmg telangkup jwbnya huuu

      1. tehr says:

        nauzubillah

    2. tehr says:

      salam
      betul tu, mesti tau membezakan antara yang waib dengan yang harus

  13. akubiomed says:

    Kusyuk blog sampai menternak serangga dan penyakit. Bahaya boleh mengundang penyakit. Kawasan saya sudah mula ada semburan nyamuk Aedes.

    Perasan tak nyamuk sekarang makin kebal spray nyamuk pun tidak berkesan sekarang ini :-)

    1. tehr says:

      betul tu
      makin lama makin tak berkesan
      sistem badan mereka makin kuat

    2. Norgadis says:

      Nyamuk sekarang dah p sekolah, dorg mungkin dah buat kajian utk kuatkan antibodi, itu yg spray pun tak berkesan hahaha…

  14. toyol says:

    smakin kita x suka ia..
    makin mnjadi2 pulak ia dlm hidup kita..
    mana2 pun ada..
    cmne nk buat ia pupus ye..
    toyol recently posted..CONTEST BESDAY KAD UNTUK SAFIYYAMy Profile

    1. tehr says:

      selamanya takkan pupus, tk
      dah takdirnya begitu
      yang penting kita mesti sama2 jaga kebersihan

  15. suri says:

    salam

    pkbar bro sihat ker?

    baik ternak binatang sb akan dpt untungnya..

    baik berbudi pd tanah kita akn mendapat hasilnya

    tapi jgn menternak nyamuk kelak kita yang akan dpt penyakitnya..

    1. tehr says:

      berbudi pada nyamuk dapat penyakit
      hahaha

  16. ghost writer says:

    mari lah kita membersihkan segala pusat pembiakan yang tidak diperlukan oleh kita…

    mencegah itu lebih baik dari memulihkan.
    ghost writer recently posted..stephanie IIMy Profile

    1. tehr says:

      sokong sangat2
      mencegah lebih baik dari mengubat

      1. ghost writer says:

        nak rawat lagi banyak duit kan….

        sakit juga lar poket…
        ghost writer recently posted..stephanie IIMy Profile

  17. MamaYatie says:

    tikus-belum ada, umah tinggi benor hehe
    lipas – ada juga, spray ngan ridsect kasi ko
    nyamuk – kami pakai ubat nyamuk letrik, spray & asap..risau sbb anak dah kena penah denggi

    masalahnya, ada tetangga (peniaga)yg penting diri sendiri..ikut sedap dia basuh periuk belanga luar rumah menyebabkan longkang kotor sungguh
    MamaYatie recently posted..Milidi- Pernah MakanMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, mama
      semuanya tak kan jadi kalau sebahagian je yang ambil bahagian
      sebahagian lagi buat tak endah je

      harap2 la dia akan sedar dan akan menjaga kebersihan bersama

  18. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama – sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan..Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak – anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik.
    azli.afzainizam recently posted..Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      semuanya bermula dari mak bapak juga, kan?

  19. adah says:

    jangan lah ade yang ternak kutu…haiyya..
    adah recently posted..Mak Dara 1st Giveaway GAMy Profile

    1. tehr says:

      yang tak ada rambut tak termasuk ni, adah :D

  20. sud@is says:

    kalau ada gotong royong membersih taman lagi baik rasanya
    selain dapat kenal ahli khariyah kawasan juga bersih dan indah
    sud@is recently posted..Menghitung RahmatMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin ada yang akan bertemu jodoh nanti
      hehe

  21. zool says:

    Ye la ramai yang menternak nyamuk berbanding ternakan lain.. eh nak kena tengok belakang rumah lepas ni..hehehe

    1. tehr says:

      betul tu, zool
      dapat juga keluarkan peluh

  22. titan says:

    jadilah penternak nyamuk yang berjaya..haha..hari-hari bunuh nyamuk..
    titan recently posted..Komisen ke 11 dari Paid-to-PromotenetMy Profile

  23. mekar says:

    Salam.
    Saya pun ingat ternak lembu,kerbau, ayam( 3x kena baca blk artikel baru paham hehe).

    Alhamdulilah sya tinggal di sebuah kondo area Damnsara dimana kebersihan di sini amat dititik beratkan oleh pihak pengurusan. Semuanya terjaga dgn baik & teratur. Bila buat aduan, cepat aje tindakan dilakukan.
    mekar recently posted..Kenapa memandu di lorong kananMy Profile

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge