Mengubati Penyakit Hati

ayam percik membuka selera
terlampau enak sedap sekali
setiap penyakit ada ubatnya
begitulah juga penyakit hati

beli juadah di bazar ramadhan
puteri mandi dan kuih baulu
ringan lidah membaca Quran
cuba fahami amalkan selalu

ikan segar dimasaknya kari
ayam dilumur santan berlada
perut berlapar mendidik hati
malam sahur siang berpuasa

sambal berinti ketupat pulut
resepi lama pilihan sahabat
kuat diri mengangkat selimut
bangun malam berbuat ibadat

nampak dah sejuk si kuih talam
masihlah hangat kuih semperit
solat tahajjud sepertiga malam
juga mengubat hati yang sakit

makan tak habis tidaklah boleh
sifat hodoh syaitan durjana
hadir di majlis orang yang soleh
dapat contoh banyak perkara

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

TehrDemikian kisah 'Mengubati Penyakit Hati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun