Mengawal Bahaya Facebook

Apa khabar semua? Dah buka Facebook hari ini? Atau ada yang masih melayan rakan-rakan di facebook sejak malam tadi? Jangan sampai ketagih Facebook macam orang ketagih dadah pulak.

Kata pakar, Gangguan Ketagihan Facebook atau dalam Bahasa Inggeris, Facebook Addiction Disorder (FAD) ini memang berbahaya. Sekiranya aktiviti harian yang lain atau perbualan secara normal seseorang tergendala hanya kerana mahu sentiasa berinteraksi dengan rakan-rakan di Facebook, maknanya dah ketagih tu.

layan-facebookbuka facebook seawal pagi
belum pun sempat cuci gigi
belum pula bersarapan pagi
dah tentu juga belum mandi

ketagih facebook cari rakan
sambil komen sambil makan
seenak rasa keyboard ditekan
terlupa semua nilai peraturan

facebook itu banyak faedah
kalau bijak bermadah berhelah
hindar semua perkara ditegah
surat saman jangan ditempah

Sehingga hari ini, rasanya Mr Tehr sendiri belum lagi ketagih facebook. Mr Tehr memang ada akaun Facebook tapi hanya sesekali sahaja dijenguk atau update status. Cinta muka buku pun tak ada. Komen pada status rakan facebook pun jarang-jarang sekali. Hehehe…

TehrDemikian kisah 'Mengawal Bahaya Facebook' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. Ad-Dien says:

    Saya pun sudah lama tiada fb…alhamdulillah bagus juga..banyak perkara boleh fokuskan.. :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah Bid’ah : Pembahagian dan Permulaan BabMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga selebriti yang menutup akaun facebook
      dah tak larat nak layan

  2. Mus says:

    kalau dah ketagih FB tu.. memang sukarlah hidup..
    beli smartphone semata-mata nak main FB
    Mus baru je tulis kisah Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah masuk kumpulan penagih tu, mus

  3. padin says:

    boleh je ber”FB” tp jgn sampai tak kena gaya,
    hehee..
    padin baru je tulis kisah 20 Tahun LagiMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, padin
      jangan guna facebook untuk ugut nak bom helikopter pm
      atau saja mencarut tak tentu pasal

  4. shraqs says:

    Kalau FB ni kadang2 je, Twitter memang slalu. Kadang2 tu ada yg sms dulu inform ada update kat FB. Malas nak login laaa…
    shraqs baru je tulis kisah Download Latest Sygic GPS Navigator v11.2.5My Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan aku
      rasa berat je nak login fb :D

  5. kakyon says:

    kekadang aje berbalas komen di fb
    update status pun sekali sekala
    kalau mak bapak duk gila berfb
    makan minum anak sape yg jaga
    kakyon baru je tulis kisah hari khamis yang manis..My Profile

    1. tehr says:

      makan minum mamak yang jaga
      pakaian yang kotor bibik dok ada

    1. tehr says:

      salam kembali
      tq singgah lagi

  6. hatiputera says:

    Sekarang ramai yang subcribe facebook for mobile,,,,bermakna online 24 jam,,,daripada yang belum kahwin sampai yang dah kahwin….
    hatiputera baru je tulis kisah Alexa ranking hatiputera.com selepas 2 minggu berdomain sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      … terus je hingga yang dah beranak cucu
      huhu

  7. Floyd says:

    Check status setiap hari tapi jarang update. Just to get in touch with friends.
    Floyd baru je tulis kisah Hong Kong to Create 25 Man-made Islands?My Profile

    1. tehr says:

      yups
      asal saja bukan peringkat ketagih

  8. eiela says:

    saya dah 3 hari tak buka facebook. jarang bersosial di sana.
    eiela baru je tulis kisah Takziah Kepada Keluarga Izwan PilusMy Profile

    1. tehr says:

      saya baru kejap buka
      untuk 1 minit je :D

  9. adele says:

    khabar baik cikgu..sy dah hbs pekse! hehe

    sy ni ada jgk fb..tp takdelah smpai tahap ketagih..

    housemate sy sorg ada ketagih, time org study nak exam, dia mgadap fb je memjg..mmg ada lah tanda2 ketagihan kt dia..padahal dulu msa xde fb, dia ckp dia xnk buat fb lah..bila dh ada..lain pulak jdnya..huhu
    adele baru je tulis kisah Makanlah Banyak Makanan Segera Kalau Nak Buang OvariMy Profile

    1. tehr says:

      wah, dah habis ujian
      boleh la layan fb ngan blog sampai lebam :D

      1. adele says:

        tak boleh lg..sbb kena kemas rumah pulak! huhu
        adele baru je tulis kisah Laughter Is The Best MedicineMy Profile

  10. ohcikgu says:

    salah kacau..buruk padahnya. itulah penangan muka buku.
    ohcikgu baru je tulis kisah Raja Lawak 6 – Minggu Kedua atau Kedah vs Kelantan?My Profile

    1. tehr says:

      yups
      orang kata
      cakap jangan sebarang cakap
      tulis jangan sebarang tulis
      hehe

  11. zulkbo says:

    salam..
    kalau FB tu tak pandang sangat saya
    ketagihan blog mungkin ada nih..haru
    zulkbo baru je tulis kisah Dah Besar Connor Anak Angkat Tom Cruise Dan Nicole KidmanMy Profile

    1. b3njy says:

      Kalau ketagih blog dikira sebagai ‘Blog Addiction Disorder’ (BAD = Jahat) aduh lagi teruk dari ‘FAD’ :D
      b3njy baru je tulis kisah KIPAS BOS CARA PROFESSIONALMy Profile

      1. tehr says:

        wah, lagi teruk ni, bro
        dah jam 2 pagi ni

        adakah aku dah ketagih?

  12. shameel says:

    Ada baik dan buruknya FB. ia boleh dtgkan pahala dan juga dosa. dan kita penentunya

    1. tehr says:

      ya betul tu
      kita yang menentukan buruk atau baiknya fb
      atau apa saja

  13. Melatiqistyna says:

    Kami… Akaun mukabuku pon xdop… :P
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Pay Attention While Walking….My Profile

    1. tehr says:

      boleh la buat satu, melati

  14. lunaticg says:

    Facebook pada ketika ini menjadi source readers kedua terbanyak selepas google.com untuk blog saya. Social media perlu juga jika ingin berblog. Tapi jangan sampai ketagih….
    lunaticg baru je tulis kisah Anyone received new Malaysia coins?My Profile

    1. b3njy says:

      Ketagih FB ni kadang2 menyebabkan pergaduhan suami isteri OOOooo
      b3njy baru je tulis kisah KIPAS BOS CARA PROFESSIONALMy Profile

      1. tehr says:

        jangan lupa ada yang bertemu jodoh, bro
        asal saja tahu mengawal diri

  15. b3njy says:

    Wow ! dah ada nama penyak Facebook rupanya FAD di dunia ni … itulah manusia berbeza-beza … :D
    b3njy baru je tulis kisah KIPAS BOS CARA PROFESSIONALMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      manusia memang bermacam ragam

  16. b3njy says:

    Mungkin tidak keterlaluan menyatakan FAD adalah penyakit kronik merbahaya di Malaysia :D
    b3njy baru je tulis kisah KIPAS BOS CARA PROFESSIONALMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 tak berjangkit kat aku

  17. b3njy says:

    Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati …. tetapi macam mana nak cegah FAD ni … ?
    b3njy baru je tulis kisah KIPAS BOS CARA PROFESSIONALMy Profile

    1. tehr says:

      nak cegah?
      buang komputer ke laut :D

  18. yas says:

    Nasib baik eden pun bukan addict sgt ngan f/b…setakat up date info kengkawan dan keluarga jerr…klau x parah jugak ehh….mane nak layan blog lagi…hehehee
    yas baru je tulis kisah Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] – Khamis 26 Jan 2012My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, yas
      dalam sehari banyak yang nak dilayan
      kerja lagi, blog lagi, anak bini lagi…
      rasa tak cukup je 24 jam

  19. pantun ni menjerat batang hidung rain, eh?
    rainbowcloudy baru je tulis kisah liburkan hati. jangan biarkan sedihMy Profile

  20. akubiomed says:

    Saya tidak ada akaun Facebook sehingga hari ini. Jangan salahkan Facebook semata-mata banyak lagi laman sosial yang boleh melalaikan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pulau Pinang mengamit kenangan lamaMy Profile

  21. kulanz says:

    Aku buka facebook setakat jenguk fan page blog.. kalau update status peribadi memang jarang.. kalau ada post di wall pun kebanyakannya yang buat secara automatik je..
    kulanz baru je tulis kisah World Bloggers & Social Media Awards 2012My Profile

  22. makan nasi dalam talam
    bersulam pisang masak setandan
    Ketagih facebook siang malam
    harus ada batas sempadan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Diy neon Ledd Strip pada kereta

  23. chii says:

    alhamdulillah,,xde ketagih sgt ngn fb..sekadar buka tgk..abih citer..eheh
    chii baru je tulis kisah Kacang Lupakan KulitMy Profile

  24. saya gunakan facebook untuk tempek artikel/entry blog sahaja.. itu pun guna rss grafiti apps
    sabree hussin baru je tulis kisah Asas-asas Islam – Modul Pembangunan InsanMy Profile

Leave a Reply to b3njy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun