Mengapa Penonton Bertindak Liar

Keputusan perlawanan Liga Super malam ini yang melibatkan Terengganu, T-Team, Perak, ATM, Pahang dan PKNS belum lagi aku dapat tahu. Jadi aku ambil kesempatan kali ini untuk berkisah mengenai mengapa penonton bola sepak bertindak liar di dalam dan di luar stadium.

Bola sepak selamanya akan hangat dengan gelagat dan tindakan liar penonton. Di luar negara ada tindakan liar penonton. Di dalam negara juga ada tindakan liar penonton. Selamanya dari dahulu, sekarang dan masa akan datang. Akibatnya kelab bola sepak yang menerima padah didenda dengan hukuman berat.

pahang vs kelantanSepanjang aku berkecimpung dalam industri bola sepak [sebagai peminat dan penonton] :D aku dapati ada beberapa sebab penonton bertindak di luar kawalan. Kadang-kadang ada yang seperti orang hilang akal. Mereka merosakkan harta benda malah ada juga sehingga terkorban nyawa.

Ada penonton yang sememangnya datang dengan niat untuk berlaku kurang ajar. Sejak turun tangga rumah lagi dah pasang niat untuk buat kacau. Mereka ini parasit yang merosakkan orang lain. Mereka sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke stadium.

penalti pahang vs kelantan

Permainan pasukan yang teruk juga boleh menyebabkan penonton bertindak di luar kawalan. Mereka tak puas hati dengan pasukan yang mereka sokong. Rasa tak berbaloi menonton perlawanan dengan harga tiket yang mereka bayar. Mereka rasa tertipu.

Kesilapan keputusan pengadil juga salah satu sebab penonton bertindak liar. Jangan disangka penonton tak tahu peraturan perlawanan kerana ada antara mereka yang pernah mewakili pasukan negeri, negara malah ada juga yang pernah menjadi pengadil perlawanan. Rasa tak puas hati tentunya dibawa pulang ke rumah dan akan dibawa lagi ke stadium untuk perlawanan yang akan datang.

pahang dapat penaltiApa yang aku nak beritahu dan minta ialah, FAM usah segera menghukum persatuan negeri atau kelab kerana gelagat dan karenah sebahagian penonton yang tidak berdisiplin. Cuba-cubalah juga melihat kepada sebab penonton bertindak sedemikian. Apakah sebabnya pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih berkata demikian atau mengeluarkan kenyataan negatif.

Jadi hukuman kepada individu atau kelab juga tidaklah perlu terlalu berat. Moga-moga mereka menerima hukuman dengan hati rela. Sekian.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Penonton Bertindak Liar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. akubiomed says:

    Melihat secara langsung dan menonton di tv semangatnya lain. Kita perlu belajar dari masyarakat Jepun selepas menghadiri konsert sampah pun tidak ditinggalkan. Kalau semua bersikap matang tentu masalah penonton memberontak boleh ditangani. Guna saluran betul untuk menegur.

    1. TehR says:

      memang sepatutnya mereka guna saluran yang betul untuk menyatakan pendapat

      dan molek juga kalau FAM juga kena denda [bukan hanya persatuan negeri] bila pegawainya [pengadil] melakukan kesilapan

      sekadar pendapat aku :D

  2. beckhrooy says:

    kalau tidak puas hati pun jangan bertindak di luar batasan dan kalau pasukan anda menang, janganlah menghina atau mencaci peminat pasukan yang kalah secara berlebihan…bergurau tu mungkin msh boleh diterima
    beckhrooy baru je tulis kisah Senarai Orang Paling Kaya Di Malaysia Terbaru (Top 50 Malaysia’s Richest List)My Profile

  3. Norizwan says:

    perkara ini memang menunjukkan tiada sikap disiplin….tidak puas hati permainan mereka rasa yang tidak berbaloi dengan harga tiket yang mahal….

    kalo saya memang rasa tidak puas hati….tapi kalo di luar kawalan seperti merosakkkan harta benda, mencaci atau sebagainya…itu adalah sangat tidak matang….
    Norizwan baru je tulis kisah Permulaan 2013My Profile

  4. Cikgu Hairul says:

    Mereka mungkin hilang pedoman. Akal yang waras telah ditarik sewaktu masih hidup lagi. Nafsu dan syaitan menguasai diri. Mungkin juga mentaliti kita yang masih di tahap bawah tapak kaki, suka merosak harta orang.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Reason ke Listen?My Profile

  5. ghost writer says:

    bolasepak tanpa diwarnai dengan cetusan perang kecil antara penonton dengan penonton, pemain dengan pemain, pegawai dengan pegawai, pemain dengan pengadil, pegawai dengan pengadil tidak akan meriah. kadang orang berkata itulah fanatik, itulah kegilaan, itulah perangai hodoh, itulah perangai bodoh. tapi tanpa itu semua, bolasepak akan hambar. sekalipun di BPL yang penontonnya agak sedikit berdisiplin tetap tercetus situasi kurang menyenangkan.
    ghost writer baru je tulis kisah oh, demi tuhan, kita semua tidak sanggup meninggalkannya.My Profile

  6. Petua Puteri says:

    mungkin juga diapi-api oleh rakan dan keadaan menyebabkan mereka bertindak liar….
    Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Menurunkan Kolesterol & Tekanan Darah Tinggi Dgn Cuka KurmaMy Profile

  7. hafiz says:

    betul tu menang ke kalah ke, jgn sampai nak bergaduh, baling botollah…
    hafiz baru je tulis kisah Gelagat Anaqie membelek hadiahMy Profile

  8. yas says:

    Iskkkk…..klau bab2 ni mmg susah nk kontrol….kat memana2 pun situasi yg dihadapi lbhkurang sama jerr, bahkan ada yg lagi teruk….apapun hrp2 penonton mesia lbh berdisiplin
    yas baru je tulis kisah Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op DaulatMy Profile

  9. Kulanzsalleh says:

    Kalau setakat sorakan, pekikan, cemuhan atau makian penonton ke atas pemain kira masih boleh diterima.. tapi kalau sudah melibatkan kerosakan itu sangat tidak patut
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Kakitangan Awam Menunggu Berita Gembira dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga BelasMy Profile

  10. Bro Zulkbo says:

    salam..
    bila emosi mengatasi akal
    beginilah kesudahannya..
    ermm..payah gitu :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Teknik Mempertahankan Diri Dari Perogol Untuk WanitaMy Profile

  11. Hafizul says:

    Nafsu ni ibarat telur dihujung tanduk..tunggu masa untuk pecah..haha..kalau tak leh kawal emosi mcm ni lah jadinya..
    Hafizul baru je tulis kisah Spam Is Now Registration On Your SiteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun