Mengapa Nuffnang Beri Buffered Earnings

Dalam entri Jauh Perjalanan semalam, saya ada memberitahu bahawa blog ini menerima Buffered Earnings kembali setelah sekian lama tidak menerimanya. Milo Redemption adalah Buffered Earnings ke 10 yang diperolehi oleh blog tehramuan ini dan yang pertama sejak menggunakan domain dan hosting sendiri. Yang sebelumnya sewaktu menggunakan platform blogspot.


Bagaimana cara mendapatkan buffered earnings ini, saya sendiri tidak pandai untuk menceritakannya. Ada yang kata perlu update survey, hantar tiket, bodek Nuffnang dan bermacam-macam cara lagi.

buffered earnings nuffnang beri
hendak cerita pun aku tak reti
apa sebabnya demikian terjadi
mungkin hanya demikian rezeki

Milo Redemption ini memang untuk penggemar minuman bertenaga MILO. Ada enam [6] pilihan Koleksi Van MILO Mini kesemuanya dan anda boleh mendapatkannya semua sekali. Klik sahaja iklan berwarna hijau itu [sekiranya kelihatan] untuk mengetahuinya secara lebih jelas.

hidangan milo pagi dan senja
tambahkan susu atau pun gula
boleh diminum di mana sahaja
di rumah atau di tempat kerja

PENGANJUR, KELAYAKAN & TEMPOH
  • PROGRAM PENEBUSAN VAN MILO MINI ["Program"] ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] ["pihak Penganjur"].
  • Program ganjaran kesetiaan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia lebih 18 tahun pada 01/06/2011.
  • Program ini akan dianjurkan dari 01/06/2011 hingga 31/08/2011 ["Tempoh Program"] atau selagi stok Van MILO Mini masih ada. Penganjur berhak untuk meminda atau menamatkan Tempoh Program pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Teringat pula iklan yang digemari kanak-kanak suatu ketika dahulu; ‘Minum Milo® Anda Jadi Sihat Dan Kuat.’ Terima kasih kepada Nuffnang dan MILO yang memberikan BE kepada blog ini. Jangan nanti tehramuan bertukar kepada miloramuan! :D

terima kasih bunga keladi
di lain ketika berikanlah lagi
kuterima dengan senang hati
walau pun nanti beberapa kali

Sesiapa yang mahukan van mini MILO, silalah klik pada iklan berkenaan. Ada borang disediakan di sana.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Nuffnang Beri Buffered Earnings' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. Gayahspears says:

    Xpernah dapat BE dr nuffnang.. ok.bai >_<

    1. tehr says:

      belum masanya tu, gayah

      1. Mus says:

        pasti akan dapat juga tu nanti..
        kena bersabar..
        Mus baru je tulis kisah Teknik Menarik Minat Anak-Anak Untuk BelajarMy Profile

        1. suri says:

          saya nak rasa sekli ..klau dapat sure tersenyum sampi ke malm..dari malam smpi ke pagi dari pagi smpi ke ptg..heeee

  2. Tahniah kepada Tehr dapat BE. kena usaha bodek yang lebih lagi ni. hehehehehe….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Activate your Blogger mobile templatesMy Profile

    1. tehr says:

      ok
      bodek jangan tak bodek :D

      1. bEe says:

        tehr rajin
        SBC pun rajin…

        Dptlah award… hehehe

      2. suri says:

        rezeki sebenarnya tu heee… sabar.sabar tu kan separuh dri iman heee

  3. wadud says:

    wah best la bro.. :)
    wadud baru je tulis kisah Balqis Enkau lah Ratu!My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      sikit pun syukur

      1. Mus says:

        mmg betul tu.. ia tetap rezeki yang diberikan kepada kita..
        Mus baru je tulis kisah Gelagat Anak-Anak Shopping BukuMy Profile

  4. maza says:

    wah tahniah cikgu..

    dapat gak duit tepi nie.. heheh

    maza pun ada terima.. tapi tak buat lagi..
    kekadang rasa malas lah fulaks gitew..
    maza baru je tulis kisah Hanya Kau Yang TahuMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah juga untuk bro maza
      sekadar suka2 je

      1. bEe says:

        Tahniah yer cikgu :-D

      2. Mus says:

        suka-suka yang menguntungkan..
        Mus baru je tulis kisah Cerita Kanak-Kanak Dulu-Dulu Yang Makin DilupakanMy Profile

  5. sud@is says:

    ntah x pernah buat n3 fasal nuffnang
    sbb tu la ciput kot…
    sud@is baru je tulis kisah Musim KenduriMy Profile

    1. tehr says:

      sambil berblog
      kalau dapat be ni boleh tambah seronok :D

      1. Mus says:

        semangat pun meningkat untuk berblog
        Mus baru je tulis kisah Bila Si Bapa Dah Mula Main GameMy Profile

        1. suri says:

          yaho..pasni kasi up le enti mau sehari dua entri bro tehr buat hrni heee

  6. bEe says:

    En Nuff ni ada juga bagi emel psl akaun bEe tak aktif. hehehehe, mcm mana nak aktif sbb wordpress.com mana leh link dgn en Nuff…

    1. tehr says:

      eh, tak boleh?
      bEe dah tanya nuffnang ke?

      1. Mus says:

        rasanya wordpress.com tak support javascript
        Mus baru je tulis kisah Bila Si Bapa Dah Mula Main GameMy Profile

        1. tehr says:

          ooo macam tu rupanya
          aku memang tak tahu tu, mus

  7. SBC takde Nuffnang lagi bEe…. :)
    tehr ni orang kuat Nuffnang ni. nanti nak mintak dia tips. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah 9 best photo editor software for bloggerMy Profile

    1. tehr says:

      orang kuat nuffnang?
      hahaha

      sekadar kuat berangan je, sis :D

      1. suri says:

        SBC
        oh mana satu ni sis or bro?

        kuat bodek melalui entri tak salah rasanya heeee

  8. Ismail N says:

    tak ler kawe dapat apa2 dari Nuffnang nie :D
    tapi suka letak di blog sbb nampak cantek iklan dia …
    Ismail N baru je tulis kisah Transformers Dark Of The MoonMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa nanti dapat juga tu, bro
      insya allah

  9. Mus says:

    bestnya bila dapat BE…
    dulu pernah merasa juga..
    Mus baru je tulis kisah Bila Si Bapa Dah Mula Main GameMy Profile

    1. tehr says:

      sebagai perencah menambah keseronokan berblog
      kan? :D

  10. suri says:

    sy klu minum milo mudah rasa mengantuk heee…mak sllu pesan adik klu sush nak tdo bt milo heee…sure sng lena heeeee

    1. tehr says:

      anak bungsu saya juga selalu dengan milo ais je sekarang ni
      dulu, selalu pesan teh

      macam2

      1. padin says:

        err kebetulan ke hapa ni, dulu aku selalu pesan milo ais
        tapi sekarang aku lebih gemar pesan teh ‘o’,

  11. suri says:

    blh bagi sama rata tak bro? heeee..
    sambil menyepak2 sampah ke dalam longkang…

    1. tehr says:

      sapa la pulak yang buang sampah merata tu :D

  12. zulkbo says:

    SALAM..
    ermmm…bab bodek tu yang
    tak tahan saya nak gelak..
    he he..layan..alhamdulillah
    rezeki bertambah saudara
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Super 8 Terbaru Dari Steven Spielberg 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali

      bodek?
      hahaha

      bodek jangan tak bodek :D

  13. akubiomed says:

    Nuff malu-malu hendak bagi BE kepada saya. Tanniah kepad bro Tehr
    akubiomed baru je tulis kisah Apple bakal melancarkan iOS5My Profile

    1. tehr says:

      aku pulak, malu2 nak minta BE dari nuff :D

      bodek aku tak malu pulak
      haha

  14. padin says:

    haha nak tergelak aku baca ‘jangan sampai jadi miloramuan’ keh3,
    tehramuan memang dah sebati dah kalau tukar nanti rasa macam tak sedap plak keh3,,

    bercakap pasal nuff ni, memang xde teori jelas untuk cara kita dapat BE, bergantung pada pihak pengiklan dan nuff jugak..

  15. kakyong says:

    blog kakyong pun baru jer ade 1 BE digi wow… sebelum ni hampir 4 bulan, x dak BE.. frust…
    kakyong baru je tulis kisah Di langit ada cintaMy Profile

  16. dnoBiz says:

    Nuff yang penuh misteri untuk orang orang tertentu (macam aku)
    Tapi Lubuk duit untuk kebanyakan blogger lain :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kod Rahsia Pekida – Syamsul Nafi dedah Kod Rahsia PekidaMy Profile

  17. yas says:

    Sejujurnya aku x pasti samaada aku pernah dpt BE ataupun tidak…aku keliru broo…:)
    yas baru je tulis kisah Contest Gempak DLSL 2011My Profile

    1. tehr says:

      boleh disemak kat akaun nuffnang, yas

  18. Cik Siti says:

    dah lama tak jejak cni…. Nuffnang… dah lama betul Cik Siti tak semak Nuff ni… dah berapa pun tak tahu… he…he…he….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

    1. tehr says:

      semak je, cik siti
      agak2 dah penuh tu :)

  19. bukan mudah juga nak dapat model van tu, yg besar kena 40 mata, kat rumah ni baru ada peket milo fuze..baru 9 mata tu huhu

    dulu masa piala dunia milo buat edisi bola..pun terlepas juga
    tengkorak emas baru je tulis kisah CONTEST Gempak DLSL 2011My Profile

  20. zik says:

    wah tengah berkelip2 tuh… bestnya.. huhu
    zik baru je tulis kisah Gambar-gambar gerhana bulan 16 Jun 2011-My Profile

  21. Juan says:

    salam tehr, kalau dapat buffered earning dari nuffnang contohnya pasal iklan milo, so kita kena buat entry pasal milo tu ker, saya kurang jelas lah
    Juan baru je tulis kisah Nuffnang Buffered EarningsMy Profile

    1. tehr says:

      tak perlu, juan
      saya buat ni saja2 tambah entri je

      tapi ada yang kata molek juga kalau selalu cerita mengenai nuffnang
      hehe kira bodek2 juga la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun