Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham

Mengapa kamu masih juga tidak faham. Perkara mudah macam ni pun nak juga kena beritahu banyak kali. Dulu sekolah bertingkat-tingkat tingginya, tapi kenapa pula tak fahamnya berlapis-lapis sampai sekarang.

Begitu lebih kurang apa yang menjadi masalah kepada suami. Begitu juga apa yang menjadi masalah kepada isteri.

Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham

Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham Wahai Isteri

Salah korang juga sebagai suami. Memang salah korang. Korang cakap apa-apa pun ikut kepala korang. Cakap dengan anak perempuan, ikut kepala korang. Cakap dengan isteri, juga ikut kepala korang. Ingat kepala korang je yang betul?

Suami dan isteri adalah dua jantina yang berbeza. Kalau korang cakap dengan isteri ikut kepala korang, payah la isteri nak faham.

“Sayang, lepas selekoh mesti pandu lagi 2.5 km arah matahari naik. Ambil selekoh kiri 2 km lagi. Kedai jual kek kat situ la.”

Payah. Payah la kalau korang cakap macam ni. Cara ni cara lelaki. Ikut kepala lelaki korang. Isteri korang pula payah nak faham arahan macam ni. Bukan cara orang perempuan ni.

Cara cakap dengan isteri macam ni :

“Sayang, bila lepas selekoh masjid, sampai bagunan hijau kedai kain, sayang belok kiri. Kat depan ada bangunan warna merah. Kedai kek laa tu.”

Seronok isteri korang dengar. Cinta dan rindunya bertambah-tambah sampai ke petang!

Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham

Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham Wahai Suami

Salah korang juga sebagai isteri. Memang salah korang. Korang cakap apa-apa pun ikut kepala korang. Cakap dengan anak lelaki, ikut kepala korang. Cakap dengan suami, juga ikut kepala korang. Ingat kepala korang je yang betul?

Lelaki dan wanita adalah dua jantina yang berbeza. Kalau korang cakap dengan suami ikut kepala korang, payah la suami nak ingat.

“Gula pun dah dekat nak habis. Abang pulang kerja nanti beli kopi, tau. Kopi yang kita beli masa pergi kenduri kat rumah Makcik Limah kawin anak perempuan dia minggu lepas dah tinggal sikit je lagi. Ni buku sapa pulak kat tangga ni. Suka hati je letak buku. Kopi boleh buat secawan je. Tak cukup nanti abang juga yang marah kita tak bancuh kopi. Hari tu marah lupa jerang air. Jangan lupa beli. Barang lain juga banyak yang dah habis. Beras garam bawang macam-macam. Tak apa la kita beli kemudian. Jangan lupa beli kopi tu balik kerja nanti. Gula tak payah beli.”

Payah. Payah la kalau korang cakap macam ni. Cara ni cara perempuan. Ikut kepala perempuan korang. Suami korang pula payah nak faham arahan macam ni. Bukan cara orang lelaki ni.

Cara cakap dengan suami macam ni :

“Abang balik kerja nanti beli kopi. Nak minum masa tengok bola.”

Seronok suami korang dengar. Salah satu keseronokan yang mahu dirasai oleh suami. Kasih dan sayangnya bertambah-tambah sampai ke malam!

Mengapa kamu masih juga tidak faham?

TehrDemikian kisah 'Mengapa Kamu Masih Juga Tidak Faham' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Lelaki macam kita ni normal la susah nak faham ‘bahasa’ orang pompuan ni. Berjela-jela dia punya explaination. Nak pesan beli gula pun melalut-lalut peginya. Last-last terbeli benda lain, marah pulak kang, kata tak faham hati nurani pompuan.

    Wahai perempuan, mengapa kalian sukar untuk melafazkan kata-kata yang straight to the point? Hmmmm…
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Jemuran di Musim HujanMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      jangan ambil hati sangat dengan orang perempuan

  2. suri says:

    ha macam dah biasa jer bro.selalu saya gak ingatkan beli kopi time tengok bola.cuba kata abang beli kopi blh..saya yakin dia lupa.kala kata bola dan kopi dia tak akan lupa
    suri baru je tulis kisah Blogger Paling Banyak Cakap 11 /2013My Profile

    1. TehR says:

      memang sangat dah biasa
      lama jadi biasa2 je

  3. suri says:

    jangan banyak soal sapu minyak cap kapak atas kepala pi tidur
    suri baru je tulis kisah Kemaruk Pada Maplestory season 2- Hayato And KannaMy Profile

    1. TehR says:

      yups, gi tidur
      besok citer hal pulak

  4. LadyBird says:

    hehehehe.. betul2.. dkh perempuan lmbt pikap ek?
    huhuhuhu
    LadyBird baru je tulis kisah Nabi Muhammad SAW. Pernah Sakit?My Profile

    1. TehR says:

      perempuan ni…
      payah nak cerita

      macam2 warna ada

  5. Mohd Shubhi says:

    Memang bagus kalau suami isteri bercakap ikut bahasa yang mudah difahami dan disukai…bagus entri ni
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Diet dan cara kurus badan hebat dengan teknik kurus ATKINSMy Profile

    1. TehR says:

      kita memang perlu belajar memahami
      sampai bila2 pun tak habis nak dipelajari
      nak difahami

  6. akubiomed says:

    Bergurau senda dan bermesra dengan suami isteri perlu. Baru harmoni rumahtangga.
    akubiomed baru je tulis kisah Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya OneMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Hihihi…memang menjentik hati. Betul apa yang cikgu cakap tu. Perempuan memang percakapannya panjang begitu walaupun hal yang nak disampaikan tu satu je. Bior le begitu, sekurang-kurangnya tak sepi rumah tu. Haa,betul tak cikgu ?!
    dja@sishaza baru je tulis kisah CONTEST SEO ERIDY TINGKATKAN SEO BLOGMy Profile

  8. ajumohit says:

    hahahhaha boleh selalu jenguk sini, byk info ttg rumahtangga ;), ok noted pasni akan praktikkan
    ajumohit baru je tulis kisah Al Ansar Health Pusat Rawatan AlternatifMy Profile

  9. suri says:

    sakit kepala bang otu tak mudah nak faham hik..hik.. :P
    suri baru je tulis kisah Cara Mudah Periuk Manual Berdendang SayangMy Profile

  10. suri says:

    masa sekolah benda memag cukup popular hee..ada kawan pi mana mesti bawa ni produk dalam kocek baju kurungnya..yang budak lelaki lebih kurang sama jer
    suri baru je tulis kisah Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber JerMy Profile

  11. Bahrain says:

    yang penting suami isteri kena saling memahami dan menggunakan bahasa yang elok ketika bercinta masa dahulu..
    Bahrain baru je tulis kisah Banjir Besar Di Kuantan, PahangMy Profile

  12. azura says:

    susah perempuan nak faham lelaki..lelaki pun susah faham perempuan kan

  13. Lelaki/suami dan perempuan/isteri perlu kebijaksanaan berkomunikasi dan perlu saling memahami utk kebahagiaan. mungkin buku tulisan John Gray bertjauk Men Are From Mars, Women Are From Venus perlu dihayati oleh setiap suami n isteri.
    shameel iskandar baru je tulis kisah HUKUM KONGSI HADITH PALSU DALAM FACEBOOK.My Profile

  14. Anuar says:

    Pada minggu lepas saya baru sahaja selesai mengikuti kursus Coaching dan mentorring… Selepas mengikuti kursus tersebut, baru saya faham cara nak menyoal dan cara berkomunikasi dengan betul… Terima kasih di atas perkongsian ini…
    Anuar baru je tulis kisah Penangan Facebook AdsMy Profile

  15. sud@is says:

    masa berkawan tentu cepat faham. dh bkawen bxk pula ragam
    sud@is baru je tulis kisah Kangkung pembuka hasilMy Profile

  16. Indra says:

    Memang seharusnya antara suami dan istri bisa saling mengerti dan memahami…
    Indra baru je tulis kisah 5 Tempat Wisata Kuliner di Jogja yang Harus DicobaMy Profile

  17. hafiz says:

    Banyaknya kalau perempuan punya statement…
    hafiz baru je tulis kisah Contest SEO EridyMy Profile

  18. papa mifz says:

    yang penting kedua-duanya perlu buang ego masing2 , jangan asyik nak menang jer…
    papa mifz baru je tulis kisah Aksi Jurugambar CilikMy Profile

  19. Rina says:

    Yang jelas wanita suka diperlakukan lembut baik dari perkataan dan perbuatan, laki2 perlu belajar nie agar hubungan tetap tetep terjaga harmonis ya..
    Rina baru je tulis kisah Create A Fullscreen Image Background Slideshow Using jQuery And HTML For WebsiteMy Profile

  20. Ini entry terbaik tuan…untuk laki bini
    Mohd Azrin bin Abu Bakar baru je tulis kisah Wordless Wednesday 004My Profile

  21. titan says:

    betul..dengan orang puan nih…kena cakap jelas dan terang. kalau tak..memang tak faham la.
    titan baru je tulis kisah Cuti Sekolah, facebook dan dunia blog yang huru-hara.My Profile

  22. Hafizul says:

    Hahahaha…betul2..setuju dengan apa yang dikatakan ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #77 – Result Pregnancy TestMy Profile

  23. hee…
    sayang.. lepas lalu kedai emai, tepi kedai intan belian, sebelum kedai permata, jgn lupa singah beli topup .. heee
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dgn Bisnes Makanan. Kisah Kejayaan Abang Azhar.My Profile

  24. Lyn™ says:

    Aww, terasa i youuu…

  25. filthyemails says:

    Bergurau senda dan bermesra dengan suami isteri perlu.

  26. Qashmere says:

    Minyak cap kapak ni best ni time selesema…….mata kayu kalau sapu di kepala
    Qashmere baru je tulis kisah Juicing Untuk SihatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun