Mengapa Jepun?

Tak pasti pula kenapa saya memilih gambar Hidetoshi Nakata, seorang warga Jepun untuk diletakkan dalam Cuba Teka 4 semalam. Mungkin kerana berita mengenai negara matahari terbit ini yang dilanda gempa bumi dan tsunami. Bencana kali ini adalah yang paling dahsyat dalam sejarah 140 tahun.

Menurut laporan Bernama, rakyat Malaysia yang berada di wilayah yang dilanda gempa semuanya selamat. Pejabat kedutaan Malaysia di daerah Shibuya pula hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Gempa bumi yang berlaku di timur laut Jepun ini berukuran 8.9 pada skala Richter dan telah mengakibatkan tsunami serta ombak besar setinggi 10 meter. Moga-moga tempias tsunami ini tidak akan sampai ke negara kita terutamanya negeri di bawah bayu, Sabah.

4jdilanda gempa atau tsunami
payah untuk selamatkan diri
hanya berserah kepada illahi
reda segala yang telah terjadi

bersyukur kita di dalam aman
bencana hanya kecil-kecilan
korban cuma sedikit bilangan
sempat kita minum dan makan

tetapi sahabat janganlah alpa
usahlah asyik seronok sahaja
kerana bencana bila menjelma
tidak dicanang ketika dan masa

Sedikit maklumat mengenai Hidetoshi Nakata. Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1977 di Yamanashi, Jepun. Kelab bolasepak pertama beliau dalam Liga J ialah Bellmare Hiratsuka. Pada 1998 Nakata mula bermain bersama kelab Siri A Itali bermula dengan kelab Perugia, A.S.Roma, Parma, Bologna dan Fiorentina. Kelab terakhir Nakata di eropah ialah Bolton Wanderes dalam Liga Perdana England.

Tahniah kepada sahabat kita saudara Ismail N dan zulkbo yang berjaya meneka dengan tepat. Kepada sahabat yang tidak berjaya, terima kasih juga saya ucapkan kerana masih sudi memeriahkannya. Saya juga mohon maaf kerana tidak membalas komen yang diberi walau pun sentiasa membacanya. Lebih kepada langkah keselamatan untuk tidak memberikan klu tambahan. :D Insya Allah untuk Cuba Teka 5 nanti saya akan cuba memberikan klu yang lebih baik.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Jepun?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


58 Comments

  1. ghost writer says:

    dah agak dah mesti mamat otai blue samurai nih…cis!
    ghost writer baru je tulis kisah tampak bagus atau benarMy Profile

    1. tehr says:

      mamat ni apa khabar la agaknya
      harap2 rumah dia jauh dari pantai

      1. Mus says:

        kesian diorang nikan..
        Mus baru je tulis kisah Mari Mencegah Wabak Kolera – TaunMy Profile

  2. Mus says:

    memang terasa kerisauan pada kami di sabah ni..
    Mus baru je tulis kisah Nama-Nama Profile Facebook Yang Luar BiasaMy Profile

    1. tehr says:

      banyak2 berdoa, mus
      insya allah tak akan sampai ke sabah

  3. zulkbo says:

    salam tehr..
    saya ikut Saudara Ismail N
    dan google Hidetoshi Nakata
    tu yang confident je jawab..
    rezeki lah nak duduk lagi banner
    tu di sana..terima kasih banyak
    zulkbo baru je tulis kisah Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak TABIKA-TASKA KEMAS tahun 2011-2012My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      macam nujum cyber pulak :D
      pandai betul bila cuba tanya pakcik google tu
      kalau saya, akan buat macam tu juga
      tahniah bro

    2. Norgadis says:

      Nanti saya nak berguru pula dgn nujum merenung mata ni hehehe…
      Norgadis baru je tulis kisah Karnival Suka Tadika Islam MAIWP Caw Labuan 2011My Profile

      1. tehr says:

        elok tu, nor
        jom kita sama2 cedok ilmu mereka ni :D

    3. Ismail N says:

      Kawe iminat betul Nakata ni. Mainannya ala Paul Scholes. Cuma nak google image tak sempat. Tembak aje.. he he.. Tak sangka mengena. Rezeki kita kali ni zulkbo. :D

      1. tehr says:

        hehe
        memang dah rezeki
        tahniah dan terima kasih sekali lagi

        kalau tiada yang kena, saya dah tak tahu nak letak banner siapa :D

  4. padin says:

    hahaha keliru dengan perdana menteri atau pemain bola adehh

    1. tehr says:

      tak apa, bro
      cuba lagi nanti
      tq kerana masih bersama memeriahkan majlis :D

  5. mie says:

    alamak!!
    tersalah teka la pula..
    eheheeee
    mie baru je tulis kisah Aku Terima NikahnyaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tq kerana turut serta meriahkan majlis

      1. mie says:

        pasti akan turut serta dlm semua majlis..
        hihihi
        mie baru je tulis kisah Perkahwinan Kak Long Memang MeriahMy Profile

        1. tehr says:

          silakan2
          jemput naik :D

  6. kaizen says:

    aku cari2 sape orang melayu punya mata… ropenye orang jepun daa… haha patut r aku tak jumpe…

    har har har
    kaizen baru je tulis kisah MY ReaL FaCeBooKMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya mata aku pun sepet gak, bro
      masa budak2 dulu, member2 gelar aku ni jepun
      hahaha

  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Sebuah persahabatan….
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    Firman Allah Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” surah Ar-Rum ayat 41;
    Namun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT.

    adalah bekas pemain bola sepak Jepun yang bermain sebagai gelandang dengan beberapa kelab Eropah, dan Bell Mare Hiratsuka di tanah airnya. persembahan-Nya telah membuatnya mendapatkan reputasi sebagai salah satu pemain terbaik di Jepun melalui masa.

    Hidetoshi Nakata satu-satunya orang Jepun, dipilih untuk itu, FIFA 100 sebuah grading dari 125 pemain terbaik dalam sejarah hidup, dan juga pada tahun 1997 dan 1998 terpilih sebagai Player of the Year di Asia.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      antara ahli skuad blue samurai yang paling banyak terima anugerah
      mamat ni memang best

  8. ahmadhaikal says:

    nakata nih. Haha..aku suka tengok dia main bola..
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Avoid driving when you are sleepyMy Profile

    1. tehr says:

      dia ni memang bagus :D

  9. Norgadis says:

    Tahniah kepada Ismail N dan zulkbo, dorang ni memang pakar merenung mata, teruskan usaha anda, mungkin satu hari nanti kita boleh berguru pula dengannya.

    cinta tersemat mula bersemi
    mengapa kasih simpan dihati
    kalau tsunami melanda bumi
    tiada kasihan tiada simpati.

    1. Ismail N says:

      Alahai thank you.. thank you. Kawe agak aje. Rasanya tuan punya blog takkan ler letak gambar celebrity yg tak popular dan memeningkan kita semua.
      The famous football player dari Jepun tentulah Nakata. Tapi mata dia mmg sama dgn Josiah Ng.. Mmg confuse betul!

      1. tehr says:

        bro memang bijak meneka
        tahniah

    2. tehr says:

      mengapa kasih simpan dihati
      kalau sekadar berbelah bagi
      tiada kasihan tiada simpati
      semua ranap sujud ke bumi

  10. SuManje says:

    salam bro tehr..
    sebenarnya sumanje malau singgah sini coz su blogger baru…
    maaf bro tehr…
    Oh ye..
    kalau ada kelapanagan dan sudi untuk singgah tempat sumanje…
    blog Sumanje Disini
    Thanks …
    Happy blogging….from sumanje a new Blogger

    1. tehr says:

      malau? malu?
      apa nak malu, su
      tiada siapa yang bijak dan benar boleh mendabik dada
      saya sendiri masih tak tentu arah juga
      semua guna teknik hentam je apa yang patut :D

  11. wadud says:

    wadud teka hampir2 kene.. hahahah… tapi xtau lak nama sebenar beliau..
    moga Allah sentiasa melindungi hamba2nya.. =)
    wadud baru je tulis kisah Kucing Jilat Lantai My Profile

    1. tehr says:

      sipi je!
      macam kata seniman bujang lapok :D

      amin. allah maha pengasih dan penyayang

  12. IM nak jawap macam tu ari tu.. lupa pulak!
    insan marhaen baru je tulis kisah PasrahMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 lain kali tak terlupa
      haha

  13. akubiomed says:

    Kal ini tidak dapat nak join contest kerana line Clecom pada kelajuaan EDGE memang mengecewakqn tapi yang lebih membimbangkan kebocoran loji nuklear kerana ia sudah tentu mengimbau bencana di Chernobyl

    via iPhone

    1. tehr says:

      via iPhone?
      maknanya blog ni boleh dilayari dengan iphone
      hehehe sukanyaaa :D

      berdoa saja yang kita mampu sekarang
      moga2 bencana tidak menjadi lebih besar

  14. Hadi Rofiee says:

    Eh, ada peraduan cuba teka.. Alamak, dah banyak terlepas.

    i’Allah, akan cuba untuk sertai. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Dia tidak salah- kita yang salahMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah setiap minggu tehramuan buat peraduan
      selang seli antara ‘cuba teka’ dan ‘pantun dari sahabat’
      jemput singgah nanti, bro

      1. Hadi Rofiee says:

        Kalau cuba teka pemain bola sepak seronok juga. Hehe. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Dia tidak salah- kita yang salahMy Profile

        1. tehr says:

          tujuan aku sebenarnya mahu letak 2 banner kawan2
          tak tahu nak pilih blog mana, jadi buat teka je la
          senang cerita :D

  15. dah lama tak blogwalking sini.. :)

    semoga semua selamatlah kan.. tpi kadang2 bencana ni adalah petunjuk dan amaran sbenarnyakan..

    1. tehr says:

      betul tu, jo
      manusia memang dah diberi petunjuk
      cuma ada yang tak ambil peduli je

  16. decrewz says:

    Aaaa… Kan betul Jai teka org jepun, nama je x tau..ha3
    decrewz baru je tulis kisah Gambar Gempa Bumi Di JepunMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      jepun memang terkenal dalam minggu ni

  17. toyol says:

    pemain bola ke?
    hehe..
    ingatkan pelakon td..
    ntah la, orang jepun ni sepesen je wajah ia..

    sedih dngr ttg tsunami ni..
    anak jiran TK ada yg blaja d sana, tp x terlibat dngn kwsn tu..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      kalau pelakon jepun
      sorang pun saya tak kenal :D

  18. puteri says:

    ehh
    mukanya macam Khairul Fahmi
    pemain bola Msia kannn

    1. tehr says:

      eh, ya ke, puteri? :D

  19. suri says:

    alahai tak sempat nak ambil tempat..huuu

    1. tehr says:

      tak apa, suri
      nanti ada lagi
      insya allah

  20. kakyong says:

    bukan peminat bola.. agak2 jer pemain bola sepaj jepun.. tp sapa.. ,ntah… hahhaha… tahniah buat ygberjaya
    kakyong baru je tulis kisah 2nd batch – Peserta aksi si cilik berbasikalMy Profile

    1. tehr says:

      lain kali rasanya nak letak gambar bukan pemain bola la
      sedang cari2 juga ni, mungkin gambar wanita :D

  21. kulanz says:

    tekaan pemain bola tu dah betul.. cuma salah orang plk.. hehe
    maklumlah.. susah nak bezakan mata orang jepun ni.. semua lebih kurang sama juga :D
    kulanz baru je tulis kisah Kesan Gempa Bumi & Tsunami di Jepun GambarMy Profile

    1. tehr says:

      kecuali orang2 tertentu yang kita biasa tengok je

  22. Tahniah kepada mereka.., susah juga nak jawab dengan tepat kalau tengok mata jer ni…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Current news and eventsMy Profile

    1. tehr says:

      mereka berdua memang hebat :D

  23. Cik Siti says:

    ha…ha…ha… Cik Siti salah… dah memang Cik Siti lemah bab teka mata ni….
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Bersiri Masa Kecik-KecikMy Profile

    1. tehr says:

      nanti cuba lagi, cik siti :D

  24. IvaLong says:

    Some time before, I needed to buy a building for my organization but I didn’t have enough cash and could not buy anything. Thank heaven my friend suggested to get the personal loans at reliable creditors. Hence, I acted that and used to be satisfied with my student loan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun