Mengapa Jadi Keliru

lautannya mati berkocak seribu
burung camar bertelur merpati
madahnya besi janjinya kekabu
mengapa terdengar senyap sunyi

batangnya padi daunnya lalang
pohon cempedak berbuah nangka
padamnya api panasnya bahang
mengapa ternampak gelap gelita

tidaklah sanggup jadi pak sanggup
panjang janggut daripada rambut
kelopak kuncup berkembang cukup
mengapa bersabut di dalam umbut

TehrDemikian kisah 'Mengapa Jadi Keliru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. ladfe amir says:

    Tgh dok keliru skrg ni..knplah blog aku senang sekali di hack.
    Pagi dah ok..petang kena hack balik.

    1. tehr says:

      Wah, satu kekeliruan yg teruk juga tu, bro

      1. suri says:

        bro hee mmg ada jer kena tu rasa nak mgs penuh syahdu

        1. suri says:

          tehr
          gitu klr masuk inbox dg support tiket ar jwbnya

  2. titan says:

    keliru pasal apa nih..
    titan baru je tulis kisah Komisen pertama dari MonavieMy Profile

    1. tehr says:

      Bukan mengenai aku, bro
      Sekadar satu luahan je

      1. suri says:

        keliru huhu berat2 nak pilih sesuatu..

  3. dinar says:

    tehr, kenapa camar bertelur merpati? cempedak pulak berbuahkan nangka? Agaknya ni di antara tanda2 akhir zaman..
    dinar baru je tulis kisah Tips Bijak Wang – Simpan emas…My Profile

    1. tehr says:

      Memang dah akhir zaman sekarang ni
      Manusia memang dah keliru apa dan siapa yang perlu diutamakan dalam hidup

  4. zik says:

    keliru… sebab bayak benda nak kena buat… arrgghh
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi dihentikan buat seketika 2012My Profile

    1. tehr says:

      Kerana banyak desakan dan keperluan
      Dah bercampu aduk dah…

      1. suri says:

        tak keliru tpi bosan nak 3 tahun keje sorg2 adeh,,,,

  5. azura says:

    kenapa camar bertelur merpati
    cempedak pila berbuah nangka
    mungkin cikgu sekadar bermimpi
    keliru hanya sebentar cuma
    azura baru je tulis kisah Erti Lirik Lagu Bawa Aku PergiMy Profile

    1. tehr says:

      Camar boleh bertelur merpati
      Cempedak pula berbuah nangka
      Kalau selalu diikutkan hati
      Fikiran rosak hati kecewa

      1. azura says:

        tuntutlah ilmu ke negeri China
        pesan nabi buat umatnya
        mungkin ilmu belum cukup di dada
        sentiasa memohon pada yang Esa
        azura baru je tulis kisah Cinta Pandang PertamaMy Profile

  6. ghost writer says:

    aku pun keliru kenapa aku mudah sangat jadi keliru.
    ghost writer baru je tulis kisah sepatu di atas para-para tinggiMy Profile

  7. iwan delaroc says:

    pantun sindir menyindir tu..huhu
    iwan delaroc baru je tulis kisah sinikal tapi relevan #3My Profile

    1. suri says:

      baca hayati akan maksudnya heee

  8. rahman says:

    pergi melaka naik kapal terbang
    mendarat pula di negeri pahang
    alamat rumah di meru kelang
    siapa keliru aku lempang :)
    rahman baru je tulis kisah Makan malam di Restoran Village View BangiMy Profile

  9. abu luqman says:

    yang aku tahu burung camar suka hinggap tepi laut kan
    abu luqman baru je tulis kisah Sampai Hati,Lelaki bunuh kekasih kerana mengandung kali kesepuluhMy Profile

  10. yas says:

    Pagi ni aku rase cam penin lalat sikit bro…mungkin satu dr sifat keliru juger kot…[sangappp]
    yas baru je tulis kisah [VIDEO] AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYAMy Profile

  11. Norizwan says:

    Saya ni mudah keliru huhu….
    Norizwan baru je tulis kisah UPDATED: Majlis sambutan peringatan hari polis ke 205 tahunMy Profile

  12. kimmie says:

    kadang-kadang memang kita akan keliru, tanpa mengetahui kenapa kita keliru.
    kimmie baru je tulis kisah Segmen: Bloglist April – Mei bersama JebatMy Profile

  13. shraqs says:

    Aku pun keliru ngan pantun kat atas. Apa crite ni ????
    shraqs baru je tulis kisah Menangani Auto Spambot Direct Message Di TwitterMy Profile

  14. mie says:

    pak sanggup?
    mungkin tidak..
    ehehehhee
    mie baru je tulis kisah Souvenir Jepun Seperti Yang DijanjikanMy Profile

  15. Khidhir says:

    memang keliru maksud sebenar pantun ni.. aduii.. bm dpat B je spm dulu
    Khidhir baru je tulis kisah Angry Birds Space PC, Android, iOS dan MacMy Profile

  16. kulanz says:

    memang keliru.. tak tau mengapa ada sabut di dalam umbut.. :D
    kulanz baru je tulis kisah Bila Lelaki Kacak MenulisMy Profile

  17. iza says:

    Assalam..
    Keliru juga bila ada sabut dalam umbut.
    Mungkin kuasa Allah jua..
    iza baru je tulis kisah Segmen Alexa: Review BlogMy Profile

  18. akubiomed says:

    Eh macamana pula pergi sesatnya sabut didalam umbut. Kelirulah bro. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjayaMy Profile

  19. chii says:

    jangan sampai keliru sangat..nnt payah jadinya..eheh
    chii baru je tulis kisah Aksi Budak Lelaki KacakMy Profile

  20. Cikgu Hairul says:

    kedidi hinggap di pohon ru
    terpijak pula si ranting patah
    hidup ini pasti keliru
    andai hati tak ingat Allah
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Apa Salah Kita?My Profile

  21. Jomtonton says:

    Pohon ru pingiran hutan,
    Cempedak berbunga dalam taman;
    Hidup keliru mainan syaitan,
    Tepuklah dada tanyalah iman.
    Jomtonton baru je tulis kisah Angry Birds Space Melastik ke BintangMy Profile

  22. nurmisnan says:

    kalau nyanyi lagu KELIRU by Nurul hik3sure terungkai segalanya..
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #38My Profile

    1. suri says:

      blh lah nnyi sikit nk degar lirik dia…

  23. bunyi nyaring suara mengilai
    bayang putih seimbas berterbangan
    pilihan banyak sukar dinilai
    keliru dimata dihati jangan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    masalah alternator kereta

  24. eiela says:

    saya pun still keliru,,mudah-mudahan apa yang dibuat itu yang terbaik.
    eiela baru je tulis kisah Liyana Jasmay Dah BertunangMy Profile

    1. suri says:

      mohon petunjuk drinya..mmg ada masa kita akan tempuh 1 saat keliru maka kita jgn sskli lupa setip perlu pilih tu ada baik dn buruknya

  25. zulkbo says:

    salam..
    panjang janggut dari rambut
    tu yang buat tak tahan nih..
    berjanggut itu sunnah Nabi.
    tapi bila berjanji mengalahkan
    YAHUDI :(
    zulkbo baru je tulis kisah “Kapal Hantu” Tsunami Jepun Ditemui Di KanadaMy Profile

  26. suri says:

    asal jgn aku keliru pada anak dan suami dh le

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun