Mengapa Diberi Nama Kuih Tahi Itik

Ya. Mengapa diberi nama kuih tahi itik? Tak ada nama lain ke? Aku tak tahu la sama ada korang pernah makan atau tidak kuih yang enak ni. Kuih ni memang popular di Kelantan dan banyak dijual di bazar Ramadhan. Petang semalam aku ada membelinya, RM2 untuk empat ketul. Sedap!

Mengapa namanya tahi itik?

Rupanya seperti tahi itik. Sila jangan bayangkan ianya adalah ketul-ketul tahi itik kerana kuih ini memang TIDAK dibuat daripada tahi itik dari reban di belakang rumah! Kuih ini dibuat dari putih telur.

tahi itik kuih manisOleh kerana kuih jala mas dan bunga tanjung dibuat sepenuhnya dengan kuning telur, lebihan putih telur digunakan untuk membuat kuih tahi itik. Telur itik lebih digemari berbanding telur ayam untuk membuat kuih tahi itik ini.

Tak ada nama lain selain tahi itik?

Ada. Kuih tahi itik telah diberi nama kuih manis, tapi masyarakat di Kelantan dan Terengganu masih juga mahu menyebutnya kuih tahi itik. Mungkin kerana nama ini jugalah maka kuih yang sedap ini sukar untuk dipasarkan di tempat-tempat lain di Malaysia.

Nasib kamu la tahi itik!

TehrDemikian kisah 'Mengapa Diberi Nama Kuih Tahi Itik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Mohd Shubhi says:

    Kerana rupa nama binasa…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 10 terhebat sepanjang Julai’2013 #9My Profile

  2. mijie says:

    salam bro,

    bab kuih tahi itik ni aku jenuh nak menjawab dengan orang sbb selalu mereka tanya kuih ni mcm mana and so on haha

    sebenarnya aku pun ingat2 lupa juga
    mijie baru je tulis kisah Lagi 4 hari nak rayaMy Profile

  3. eiela says:

    saya tak pernah makan dan nih kali pertama tengok rupa kuihnya. selama nih dgr nama je tahi itik tapi tak plak dok google rupanya.
    eiela baru je tulis kisah Biskut Kacang – Misi Satu Hari Satu Kuih RayaMy Profile

  4. hafiz says:

    Tak pernah makan kuih ni, kat pantai timur je ada ke kuih ni…
    hafiz baru je tulis kisah Cek dari NuffnangMy Profile

  5. akubiomed says:

    Namanya yang unik. Pernah rasa memang sedap. :-)

  6. AUC says:

    sedap boh…

    ps: jom pekena colek kalau ada masa kawe kat kb ni :)
    AUC baru je tulis kisah Google Glass Dah Sampai…My Profile

  7. Zuan says:

    nape macam pelik je rupa kuih ni
    Zuan baru je tulis kisah Tips Mintak Duit Raya Dengan UncleMy Profile

  8. itu la pasal, confuse..kuih yg sedap boleh jadi jijik bila sebut namanya..huhu
    the malay male baru je tulis kisah di hujung ramadhanMy Profile

  9. Lynn says:

    Hehehe…namanya pun glamer mestilah ramai peminat kuih ni.
    Lynn baru je tulis kisah Sebelum BerAidul Fitri dengarkan khutbah yang menggoncang dunia ini .My Profile

  10. dja@sishaza says:

    Selalu tengok tapi sekali pun tak pernah makan …rupanya boleh guna telur ayam juga ye nak membuatnya !?
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI SIAKAP STIM APACERITAMy Profile

  11. tahi itik warna macam tu ke bro.. saya tak pernah tengok tahi itik. heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Biskut Raya Cornflake & Kurma Butter Cookies Paling SpecialMy Profile

  12. luthfi says:

    padahal nama bagus juga belum tentu rasanya sedap,…

  13. Hafizul says:

    Hehe..macam ni rupanya..pernah gak makan..tapi dah lama dah tak makan..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun