Mengapa Mr. Tehr Buat Blog

Hari terakhir tahun 2010 ini Mr. Tehr nak imbas cerita bagaimana dan mengapa Mr. Tehr boleh terlibat dengan blog. Hinggakan sekarang ini Mr. Tehr seperti kucing jatuh anak saja gayanya kalau tidak dapat berblog. :D

mulanya membina web sekolahsk geting
dua tahun sungguhlah meriah
tiba-tiba semua menjadi punah
kerana hosting punya masalah

Apabila laman web sekolah dah mati Mr. Tehr mula intai blogspot. Kalau dulu belajar bina laman web, kini belajar pula buat blog. Bermain dengan HTML, CSS, table dan blogwalking dalam blogspot. Hati Mr. Tehr selalu berbisik agar jangan berhenti untuk belajar.

buat entri tidaklah seberapasearch
hanya mabuk blogwalking saja
mendapat trafik hati jadi ceria
tak kisah datangnya dari mana

Suatu hari cikgudahlia memberi cabaran kepada Mr. Tehr untuk menyertai pertandingan yang dianjurnya dengan blog peribadi, bukannya blog sekolah. Dua tiga hari juga otak Mr. Tehr berpusing antara nak sahut atau tidak cabaran tu. Akhirnya muncul juga blog ‘tehramuan’ yang sebenarnya telah agak lama Mr. Tehr buat, hanya malu nak tunjuk muka je.

cabaran disahut dengan tenangcikgu dahlia
tak sangka pula jadi pemenang
bunga hati mulalah berkembang
untuk berblog malam dan siang

Bermula dari situlah blog ‘tehramuan’ berjalan dan berlari di pentas blogspot. Ketika itu Mr. Tehr hanya membuat entri dua tiga hari sekali. Mr. Tehr masih tak tahu dan tak juga pasti apa yang mahu ditulis.

buat blog meramaikan kawanfollower
dapat juga ditajamkan fikiran
tambah ilmu dan pendapatan
dapat panduan dan pedoman

Sekarang Mr. Tehr berblog bukan lagi kerana siapa-siapa, tapi kerana diri sendiri sudah rasa seronok dengan blog. Rasanya ramai yang dah tahu bahawa Mr. Tehr berpindah dari blogspot percuma kepada wordpress dengan domain dan hosting berbayar ini kerana sangilapi. Dengan wordpress ni nampaknya lebih banyak cabaran dan keseronokan boleh Mr. Tehr dapati dalam dunia blog.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Mr. Tehr Buat Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    selamat tahun Baru Mr Teh ….
    semuga impian 2010 sudah tercapai hendaknya..
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

    1. tehr says:

      selamat tahun baru kembali
      alhamdulillah syukur

        1. tehr says:

          belum ada niat nak berenti, dB
          dok tengah syok ni :D

  2. sud@is says:

    semoga tahun baru lebih cemerlang dalam dunia
    blog,blogger, blogging
    sud@is baru je tulis kisah Cuti-cuti Malaysia Mesra AlamMy Profile

    1. tehr says:

      moga2
      kita sama2 berusaha untuk lebih berjaya

  3. padin says:

    hehee oo begitu cerita mulanya..
    aku pun tak pasti, tapi dulu selalu juga nampak nama tehr di smix/cbox, bila singgah rasa seronok baca pantun2 yang di karang..
    isi yang bermakna, di sampaikan dalam pantun..

    sampai sekarang lekat di blog tehramuan, ekekee
    semoga terus sukses, bro..
    padin baru je tulis kisah AkhirnyaMy Profile

    1. tehr says:

      aku sedih sangat sebab tak sempat nak balas mesej kat smix/cbox sekarang
      dah dekat sebulan dah aku tak buat blogwalking

      thanks, bro padin antara pengomen/pengunjung utama tehramuan

      1. RedBoys says:

        agak2 kalau sibuk, buang dulu smix tu, then bila dh free baru pasang balik dan balas jejak. sebab nanti tak pasal blogger lain cop blogger ni sombong plak dll.

        padin memang pengomen tegar kan. huhu
        RedBoys baru je tulis kisah Kisah Orang PertamaMy Profile

  4. kakyong says:

    semakin hari semakin seronok berblog, lebih lagi bila dpt berjumpa ramai kenalan//
    kakyong baru je tulis kisah Menukar header lagiMy Profile

    1. tehr says:

      dah semakin menghampiri blogger tegar :D

  5. kakyon says:

    tak ingat bila prtamakali singgah sini. suka lepak dan ternanti new n3.
    kakyon baru je tulis kisah Sambungan Cuti-Cuti MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      thanks, kakyon
      sama2 kita meriahkan dunia maya

  6. kaizen says:

    gogogogogo! kita maju untuk negara!!! hehe
    kaizen baru je tulis kisah PaKai TuDuNG- PaKai LeGGiNG eRKMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      blogger juga membangunkan negara
      malaysia boleh

  7. puteri says:

    assalamualaikum..
    he.he
    lama tak jumpa
    siang tadi tengok fahmi (harimau malaya) di tv9
    he..
    ore kg demo la tu ke?
    hehe

    1. tehr says:

      waalaikumussalam
      gege riuh la kedai kopi serata negeri :D

  8. izanishak says:

    panjang kisah perjalanan belog tehr ni ye.
    tapi, betullah…makin berbelog, makin melekat sampai tak boleh tidak mesti nak bukak belog tiap hari…

    moga terus sukses berblog ye~
    izanishak baru je tulis kisah Happy 9th AnniversaryMy Profile

    1. tehr says:

      sarapan pagi bersama blog
      kan, izan? hahaha

    2. gayahspears says:

      amboi akak Izan pon makin semangat berblog ya… bagus2…. teruskan usaha akak berblog ya :D

      1. tehr says:

        kak izan ni memang best
        antara blogger tegar ni

  9. dnoBiz says:

    aku takan tanya kenapa kau berbelog…
    cuma aku akan cakap kau memang patut kena ada blog..

    Ps : aku memang tabik dengan cara kau berblog :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kaki Judi – Guna Duit Bantuan sekolah anak Untuk BerjudiMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      kadang2 aku tak tau nak tulis apa

  10. zik says:

    kelainan dan tersendiri….
    zik baru je tulis kisah Kedamaian yang ku pintaMy Profile

  11. Norgadis says:

    Tahniah! kerana terus belajar walaupun dah jadi pengajar…
    Berblog untuk diri sendiri itu lebih ikhlas rasanya dibanding berblog untuk orang lain…
    Norgadis baru je tulis kisah Kontest Ucapan Tahun Baru 2011 yang sempoi tapi best!!My Profile

    1. tehr says:

      belajar selamanya
      dari buaian hingga ke liang lahad

  12. gayahspears says:

    Salam bro Tehr.. maaf Gayah lambat terjah,kurang sehat…
    Alhamduliah suda masuk tahanu 2011, harap bro makin semangat berblog.. Gayah suka pantun bro… Gayah pon nk blajar dr kesilapan nie… Jum kita meriahkan suasana dunia blog~lalalala

    1. tehr says:

      salam kembali
      harap gayah juga lebih cemerlang di tahun baru ni

  13. mijie says:

    mantap bro, teruskan berblogging
    mijie baru je tulis kisah Tahun baru dengan suasana di kampungMy Profile

    1. tehr says:

      terus je selagi tak kering idea
      hehehe

  14. sangilapi says:

    nanti lepas ni boleh cuba berblogging dalam arena niche blog :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

  15. mie says:

    bagus la ada tujuan….
    teruskan berblogging
    mie baru je tulis kisah Bonus RM25 Dari Celcom Dan RoadblockMy Profile

  16. RedBoys says:

    blog ni unik kerana menulis pantun pada setiap entri.
    terbaik. teruskan dan jangan berhenti blogging.

    blog pakai wordpress lagi bestkan.
    RedBoys baru je tulis kisah Kisah Orang PertamaMy Profile

  17. zulkbo says:

    salam..
    semoga terus success
    dan berjaya dalam blogging
    saudara Tehr…
    zulkbo baru je tulis kisah No Archive Perlukah Tip BloggingMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      thanks, bro
      sama2 la kita :D

  18. suri says:

    indahnya berblog sebab dari situ kita mengenal persahabatn, maklumat, bantu-membantu antra satu sama lain..tanpa mengenal bangsa dan serakan komen kita tetap berjiwa satu walaupun matlamat utk mencurahkan ilmu itu dlm pelbagai veriasi yang tersendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun