Mengapa Beraya Di Rantau Orang

Sejuk. Itu je yang sesuai dikatakan sekarang ini. Hujan yang turun dengan agak lebat petang tadi memenuhkan bendang di belakang rumah. Kalau ada tayar buruk atau tin kosong yang terbiar, pasti sekali nanti akan menjadi tempat yang sangat sesuai bagi nyamuk bertelur.

katak sawah bersahut-sahutan
cengkerik berbunyi riang sekali
jalan meriah dengan deruman
mengapa sunyi di taman hati

hujan turun membawa rahmat
menetaslah nanti anak berudu
itik berembun ikan melompat
mengapakah hati disapa rindu

burung tukang membawa cerita
pungguk bersedih di pohon gelam
tangan bersilang maaf dipinta
mengapa masih disimpan dendam

sunyi malam dipecah keriuhan
ayam pak tua dikejar musang
meriah alam penuh kesyukuran
mengapa beraya di rantau orang

Malam ini tiada juga kedengaran bunyi dentuman mercun seperti kebiasaannya menjelang raya. Apakah mereka sudah kehabisan mercun atau sememangnya sudah kehabisan wang membeli mercun. Atau ada yang telah putus jari kerana mercun, tidaklah diketahui. Moga-moga tidak berlaku demikian.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Beraya Di Rantau Orang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. Nik Thoha says:

    Kat tempat saya pun hujan turun beberapa hari ni. memang sejuk suasana ni. suasana dikampung memang nyaman. suasana hari raya pun makin terasa. tapi jangan sampai kita terlupa bulan puasa yang masih berbaki beberapa hari saja lagi.

    1. tehr says:

      masih berpeluang untuk mendapat ganjaran malam lailatul-qadar
      insya-allah

  2. padin says:

    huhuu aku masih teringin main mercun lagi tahun ni bro.. beli yang 25 das tu.. ekekee pasang malam raya,
    padin baru je tulis kisah Cinta PertamaMy Profile

    1. tehr says:

      tak payah main la, bro
      anak jiran sebelah nak tidoo tu :D

  3. adele says:

    padang basah sbb tu mereka tak ada mood main mercun :D
    adele baru je tulis kisah Si Laknat dan Tips Menambat Hati Teman LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      jangan2 mercun dah basah jatuh dalam lopak air
      balik rumah dah nangis terus tertidur
      huhu

  4. Nak beraya di Rantau Abang.. jauh sangat ehhh… :D
    Dulu LainSekarang Lain baru je tulis kisah Cara Terbaru Buat Duit Dari NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      lepas raya elok la tu, bro
      tambah cuti barang seminggu lagi :D

  5. bEe says:

    Hehehehe~
    Sentiasa berada di negeri sendiri :-D
    bEe baru je tulis kisah Nota Seorang AKUMy Profile

    1. tehr says:

      ada untungnya dan ada ruginya tu, bEe :D

  6. akubiomed says:

    Sudah tentu merindui suasana kampung. Bermandikan air yang dingin dan rasa dada lebih lapang tidak sesak dengan asap kenderaan :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Bing secara rasminya mengantikan Yahoo! Site ExplorerMy Profile

    1. tehr says:

      kalau mandi air perigi, lagi best, bro
      sejuk dan segar :D

  7. MR.Z says:

    ramadhan kali ni selalu hujan. sejuk je persekitaran..dah rasa macam berada di oversea. hehe mercun pun dah macam tak nampak dah tahun ni..
    MR.Z baru je tulis kisah Mudah.my Pelbagai Ragam PengiklananMy Profile

    1. tehr says:

      bagus la kalau mereka dah tk main mercun lagi
      membazir je tu

  8. Hadi Rofiee says:

    Semoga tabah beraya di rantau orang. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Maaf di atas sebarang ketidakselesaanMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 mereka tabah, hadi

  9. maza says:

    Selamat hari raya..

    dia org dah tak main mercun, sbb berkesannya kawalan keselamatan disamping ekonomi merundum di Amerika… (eh ada kaitan ke?) ahaks..
    maza baru je tulis kisah Kini tibalah masanya, Lebaran sudah bermulaMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga tu kaitannya, bro

  10. Cik Siti says:

    hujan rahmat…. biasanya di sini hujan masa orang tengah sibuk membeli di bazar ramadhan
    Cik Siti baru je tulis kisah #1wordless wenesdayMy Profile

    1. tehr says:

      kalau hujan
      memang tak selesa tu nak pilih juadah, cik siti

  11. zulkbo says:

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
    Mohon kemaafan untuk segala-galanya
    & Selamat Hari Raya Aidilfitri
    zulkbo baru je tulis kisah Kad Raya Pilihan Ku Tahun 1432 HMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      mohon maaf juga, bro
      kalau2 ada silap salah

  12. kelantan…
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu…
    Makang ubi jamang jepong
    Makang kepok cicah cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang…
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor…
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite cerie
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka…
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan…
    Masak lomak cili api
    Campo dongan daun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri
    org kolumpo jgn kocik ati!!)

    Selangor/K.Lumpur…
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak…
    Gulei tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupei
    Pandu hemat ingat kampong
    Ase(Asal) teman selamat sampei

    Kedah…
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang…
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepaih raya jgn dok triak
    Kalu ceti mai kot dapoq

    Perlis…
    Padangbesaq kecik aja
    Tempat siamlalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    —-==–Salam Aidilfitri—==—-
    –=== Maaf Zahir & Batin ===–
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    masalah ignition motorsikal tak hidup
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      fuh, macam2 gaya pantun ada :D

  13. Mus says:

    aku belum lagi merasa beraya di rantau orang..
    mesti akan balik ke kampung dalam pelbagai cara..
    Mus baru je tulis kisah Sayur Lemak Durian MudaMy Profile

  14. Khidhir says:

    ini macam pantun rindukan seseorang di rantau org je..
    Khidhir baru je tulis kisah Domain CO.CC Hilang Daripada Google Search EngineMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun