Mengapa Aku Tak Tempah Inspira | Belanjawan 2011

Hari ini perlu pula menggariskan belanjawan untuk keluarga sendiri selaras dengan belanjawan negara bagi tahun 2011. Setelah beberapa perbincangan [?] dengan diri sendiri, keputusan telah dibuat untuk perbelanjaan berdasarkan punca pendapatan keluarga [gaji sebagai kakitangan awam] untuk tahun depan.  Yang pasti, Inspira keluaran terbaru dari proton tidak akan ditempah.

proton keluarkan model baru
pilihan namanya proton inspira
dalam belanjawan ada beritahu
pemberian bonus memang tiada

model inspira empat warna
putih hitam perak dan merah
duit gaji banyak nak diguna
belanja dapur belanja sekolah

proton inspira gantikan waja
nampak padan nampak cantik
gaji bulanan seperti sediakala
harga barangan semakin naik

inspira nampak amat bergaya
di dalam hujan di tengah panas
kereta lama masih sempurna
hutang lama masih tak jelas

Bukan nak berkira, tetapi hidup mesti banyak mengira. Walau pun sepanjang hidup tidak pernah mengira berapa kali suapan untuk sekali makan, kini perlu pula mengira berapa bilangan mulut yang perlu disuap ketika makan. Walau pun sepanjang hidup tidak pernah mengira berapa banyak wang ibu bapa telah dihabiskan, kini perlu juga dikira berapa jumlah yang boleh diberikan kepada mereka setiap bulan.

Paling tidak, perlu juga dikira bilangan rakaat dalam solat dan berapa kali solat sehari semalam.

TehrDemikian kisah 'Mengapa Aku Tak Tempah Inspira | Belanjawan 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. suri says:

    salam…
    kena tengok kemampuan diri sndri dulu klu nak beli sesuatu barang..jika banyak tanggungan semua cukup-cukup makan baiklah lupakan sahaja..

    dahulukan mana yang penting Insyallah kehidupan tu akan lebih berkat dari segalanya2.

    solat jangan lupa itulah bekalan yang bakal di persembahkan kepadaNYA kelak.

    1. tehr says:

      tu la pasal, suri
      ukur selipar di kaki sendiri

  2. suri says:

    rm500 pasti sudah ada khs untuk pendidikan anak2 yang bakal masuk ke sekolah kelak..semoga sumbangan yang diberikan akan mengurangkan bebanan kepada kedua ibu bapa kelak..

    1. tehr says:

      rm500 pun terima gak
      tapi kalau sebulan gaji lagi sukaaa

      1. suri says:

        ceh nak berlebih2 pulak eik..

        camner pulak kalu orang yang berkeluarga besar yer huhuhu..

        depan perumahan suri tu kakak tu ada 7 orang anak rasanya mesti budget mrka betul2 kans

        1. tehr says:

          tu la pasal, suri
          kalaulah kesemuanya masih bersekolah, memang perlu sangat berjimat

  3. kami says:

    setuju dgn pendapat bro..
    yang paling penting perbelanjaan keperluan hidup bukan kehendak hidup.
    jika terlalu berkehendak maka menambah beban didada..(melainkan kaya raya)..:)

    1. tehr says:

      tu la pasal
      kalau ikut kehendak, sampai bila2 pun tak habis

  4. etomyam says:

    bajet 2011 satu hal, bajet bulan 10 ni pun satu hal jugak tengah2 bulan neh hehehe :D
    etomyam baru je tulis kisah eTomyam As EzineArticlescom Expert AuthorMy Profile

    1. tehr says:

      kancil merah kawe dok tadah kaki tangan minta bayar road tax
      hu hu hu

  5. afiqbukhari says:

    huhu btul gak tu, kos sara diri makin hari makin meningkat.. jangan belanja sesuatu yang lebih dari kemampuan diri sendiri.. nnt merana xtentu pasal :)
    afiqbukhari baru je tulis kisah Kau Memang DerhakaMy Profile

    1. tehr says:

      dengan rm500 kerajaan bagi tu, tak lepas lagi nak cover kenaikan harga barang
      memang parah

  6. sangilapi says:

    sekarang ni kalau duduk bersembang dengan kawan-kawan,memang semua mengeluh pasal kos sara hidup dengan pendapatan bulanan – makin terhimpit ! :(
    sangilapi baru je tulis kisah entah kenapaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      kalau harap gaji, bayar hutang sampai pencen la
      rumah dan kereta la yang pasti

  7. DaHLia says:

    hmmm Inspira macam cun ..tapi hati berkenan dgn HONDA CITY jer..hukhuk
    DaHLia baru je tulis kisah SEO- Jom Semak Pencapaian dan Gred Blog kita!My Profile

    1. tehr says:

      honda city memang sesuai dengan wanita
      macam direka khas untuk mereka je
      kalau lelaki bawa honda city, nampak sungguh tak sesuai
      hehehe – bila nak ambil, cikgu?

  8. panadol says:

    aku pun br jer t’pikir nak rembat inspira tue satu kalo ada kenaikan gaji,
    skali tgk….uhuhu
    kuciwa den..
    panadol baru je tulis kisah Mr Nuffy Dan AkuMy Profile

    1. tehr says:

      sabar, jangan kuciwa sangat hehehe
      ada rezeki nanti…

  9. kakyong says:

    sama lah mcm kami.. sejak saya tak kerja ni.. memang byk perbelanjaan perlu di catu…

    la ni menten je naik wira yg dah senget2.. tak leh jalan jauh..
    sakit juga telinga bila ramai sedara mara yg suruh ganti kereta…
    kdg2 saya jd angin.. sambil terkuor ckp.. baju saya pun tak pernah berganti setiap tahun.. apatah lagi nak ganti kereta…
    kakyong baru je tulis kisah CUTEST BABY CONTESTMy Profile

    1. tehr says:

      kalau saya senang je kakyong
      mana2 yang suruh saya ganti kereta tu…
      ‘minta duit, nanti aku gi beli. kan ko nak tengok aku naik keta baru?’
      hahaha terus senyap

  10. wadud@duad says:

    a’ah betol aku setuju la bro.. hidup mesti berkira, ” hidup ” bukan ” kehidupan ritual ” tu lain.. hehehe.. dalam solat lau bekira memang bengong la..:p
    wadud@duad baru je tulis kisah Agama BuddhaMy Profile

    1. tehr says:

      minta2 le aku dijauhkan dari sifat bengong tu
      amin

  11. ann says:

    Auwww aku masih menganggur, lesen pun takdak. mimpilah nak tempah inspira tu. haha.

    1. tehr says:

      langkah slow2 ann
      ambil lesen tahun ni
      tahun depan beli inspira
      hehehe

  12. kaizen says:

    aq same ngan ann~ hahahaha

    well, Fenomena Ketara di Malaysia Barang akan semakin naik, gaji? takat tuh jeh~

    Kalau gaji naik ikut harga barang naik, tuh memang satu keajaiban dunia ke8!
    kaizen baru je tulis kisah One Piece 600 MangastreamcomMy Profile

    1. tehr says:

      kalau gaji naik lebih dari kenaikan harga barang, dah jadi keajaiban dunia ke-9
      hahaha

  13. cik bucken says:

    kene jdik golongan HARTANAH kot bru leh rs ‘manis’nye bajet 2011…owh MALAYSIAKUku….
    cik bucken baru je tulis kisah Roti canai sepuloh hengget!My Profile

    1. tehr says:

      hartanah ni banyak nak pakai duit
      orang kaya makin tambah kaya
      [hanya ada tanah tapak rumah je satu2nya]

  14. akubiomed says:

    Bukan setakat penjawat awam mengeluh barang naik yang kerja swasta gaji tak naik-naik. Dulu ya kerja swasta gaji memang tinggi la ni gaji technician electronic dah hampir sama gaji hospital attendant.
    akubiomed baru je tulis kisah Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan AppleMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal bro
      ramai yang dok mengeluh pasal gaji dengan harga barang keperluan
      tapi… bila dengar kat tv, ekonomi kita dah pulih
      was2 juga ni…

  15. zik says:

    kena ikut kemampuan.. jangan sebab nak menunjuk-nunjuk…tapi hujung bulan merana… tak sedihnya namanya..
    zik baru je tulis kisah Selawat syifaMy Profile

    1. tehr says:

      betul zik
      kalau masih bujang, tak terasa sangat
      kalau anak berderet macam anak itik, kena pikir panjang…

  16. mijie says:

    itulah tehr, 2 tahun lepas aku bagi duit kat orang rumah 1200 sebulan, then lepas tolak itu ini, masih ada balance dan boleh simpan, tp sekarang ni 1200 pun sudah dikurangkan tapi masih lagi tidak cukup..

    tenghari tadi berbincang juga tentang cash flow kemana setiap bulan….hohoho
    mijie baru je tulis kisah Cara nak betulkan commentluv errorMy Profile

    1. sangilapi says:

      mijie,lu kena beli rumah cepat-cepat,duduk menyewa ni teramatlah rugi.

      sekali lu sudah beli daaa :)
      sangilapi baru je tulis kisah entah kenapaMy Profile

      1. tehr says:

        memang bagus usahakan beli rumah
        kalau terpaksa jual pun, harganya makin tinggi
        tak macam kereta

    2. tehr says:

      harga barang naik terlalu cepat
      yang turun? jangan harap la nak jumpa

  17. zulkbo says:

    salam..
    begitulah gayanya bro tehr..
    makin lama makin mahal pulak
    rega proton nih..gaji tak naik2
    juga nih..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Lemak Manis Roslan Madun Lagu RakyatMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      aku pun heran, kenapa la kerajaan kenakan cukai banyak sangat kepada pengguna dalam negeri
      kat luar negara, dengar cerita murah pula harganya
      tak reti dengan ilmu ekonomi ni…

  18. zulkbo says:

    terbaikkk..
    kekalkan apa yang ada..
    belanjawan baru ni pada
    saya tidak nampak kebaikan
    buat orang seperti saya lagi
    yang nyata rega barang makin
    hari makin mahal..
    zulkbo baru je tulis kisah Hidup Tak Selalunya Indah HIDUP SEORANG BLOGGERMy Profile

    1. tehr says:

      dengarnya seluar dalam akan jadi murah
      betul ke?

  19. padin says:

    hehe pelan – pelan kayuh bro…
    tu semua aset yang tak kekal..

    keluarga yang utama.. hee bonus xde pun xpelah, nak bt camne kan,
    padin baru je tulis kisah Pesanan Buat Dr HafidzahMy Profile

    1. tehr says:

      betul bro
      keluarga perlu didahulukan
      aku lebih pentingkan rumah dari kereta
      [masa dalam rumah lebih banyak dari dalam kereta]

  20. jeman ukur baju di badan sendiri…
    jeman beragas baru je tulis kisah manisMy Profile

  21. kulanz says:

    Aku pun tak mampu lagi nak beli Inspira ni.. bajet pun lari dari sasaran :)
    kulanz baru je tulis kisah Bajet 2011- Kakitangan Awam Termasuk Kontrak Turut Mendapat ManfaatMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yg dah lari bajet, bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun