Menduduki Peperiksaan Di Hospital

menduduki peperiksaan di hospitalCerita pagi tadi. Setelah semua calon Peperiksaan UPSR masuk ke dewan, Mr Tehr ke kantin untuk lengkapkan rutin kehidupan seperti biasa. :D Elok je lepas makan dan minum, sahabat Mr Tehr, PK1 minta ke hospital hantar Borang Perakuan Calon kerana seorang calon kami telah ditahan di wad. Nak soal banyak pun dah tak ada apa-apa soalan, Mr Tehr terus je ke hospital selepas isi borang kebenaran keluar.

sakit pun boleh ambil ujian
itu memang dalam jaminan
asalkan diri ada kemahuan
penjaga pula beri perhatian

di dalam wad menduduki ujian
pengawas datang bawa soalan
walau tiada seorang pun rakan
usah kecewa, itu dah ketentuan

Ada dua orang calon yang terpaksa menjawab kertas peperiksaan di hospital hari ini, seorang lelaki dan seorang perempuan. Calon lelaki tu dari sekolah kami. Tak pula Mr Tehr tanya calon perempuan tu dari sekolah mana.

Bagus juga ibu bapa mereka kerana segera memberitahu guru bahawa anak mereka sakit dan di tahan di wad. Kalau tak ada apa-apa berita dari keluarga mereka atau rakan sekelas, biasanya kami akan anggap calon ini ponteng dan tak mahu ambil ujian. Tambah lagi kalau tiada nombor telefon untuk dihubungi.

TehrDemikian kisah 'Menduduki Peperiksaan Di Hospital' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. iwan delaroc says:

    masa hampir nak spm dulu kena tahan wad sebab apendiks.. mujur keadaan tak teruk.. dapat keluar wad sebelum spm start.. rasa tak selesa rasanya amik exam kat wad.
    iwan delaroc baru je tulis kisah ideologi songsangMy Profile

    1. tehr says:

      memang nampak tak selesa sangat, bro
      budak dua orang tu bersila atas katil hospital jawab ujian

      1. Jangan nak ambil exam bro.. Tido kat katil hospital pon tak selesa ehhh :wink:
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Teknik Asas Bermain Bowling – Bahagian 2My Profile

  2. eiela says:

    bagus mak bapak yang prihatin nih, diorang takmo anak-anak tercicir.
    eiela baru je tulis kisah Selamat Berjuang SayangMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      ibu bapa mereka ni memang bagus
      pernah dulu, ada pelajar yang tak datang ujian tanpa diketahui apa sebabnya

  3. zulkbo says:

    salam..
    kira kes terpencil nih
    satu calon satu guru..
    mahal kos nih..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Tektik Terbaru Penyamun : Sembur Tayar Keluar AsapMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang kes terpencil, bro
      dah bertahun saya urus upsr sekolah saya ni
      ini kali pertama ada kes macam ni

  4. LiFe KaMi says:

    kalau da sakit bukan senang nak jawab exam..teringat dulu masa sekolah jenuh nak memikir sambil tahan sakit tapi apa bole buat exam yg penting..semoga anak murid bro dapat jawab dgn baik..
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Jom Makan RambutanMy Profile

    1. surihatiku says:

      deman pksea sudha melanda guru2 hnya menduga sahaja mungkin tahu sapa yg bakal dpt resukt bagus or tdk heeee
      surihatiku baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part IMy Profile

      1. tehr says:

        kita memang ada murid target, suri
        tapi kalau ada yang sakit, keputusannya payah nak agak la

  5. wadud says:

    wow kesian la..
    alhamdulillah kite sumer sihat
    wadud baru je tulis kisah Raya Ada Lagi!!My Profile

    1. surihatiku says:

      syukur..
      klu demam tu mesti ujian..klu kena campak mmg perit nak laluinya masa ujian.bukan apa bro tak senag duduk dgn tumbuh campak sana sini huhu..
      surihatiku baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part IIMy Profile

      1. tehr says:

        syukur kita masih sihat
        pelajar kami tu kena ‘chicken pox’
        kesian dia

        1. bEe says:

          Alahai kesiannya

  6. surihatiku says:

    dulu nak amik pekse malm susuh mata nak lena sb pkir soalan apakah yg akan klr esoknya heeee

    1. tehr says:

      kalau soalan yang diramal tak keluar
      kita je yang keluar dewan, sebab tak boleh menjawab :D

  7. adele says:

    tetap bersemangat walaupun ambil di hospital..semoga berjaya :)

    1. tehr says:

      amin.
      moga2 mereka berjaya

  8. Norgadis says:

    Kasihannya budak tu, moga mereka berdua tu lulus.
    Norgadis baru je tulis kisah Buku AturcaraMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 begitulah, nor

  9. Cik Siti says:

    ianya kepentingan untuk masa depan… sesungguhnya mereka yang berada dihospital sememangnya cekal
    Cik Siti baru je tulis kisah #5 wordless wenesday: Rindunya saat ini….My Profile

  10. Amirez says:

    ujian berganda nampaknya buat 2 orang pelajar tu. harapnya diorang dapat jawab dengan baik walaupun di atas katil hospital

  11. Ok lah kalu boleh ambik di hospital.. jangan dalam sekolah budak2 nakal udah ler.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Teknik Asas Bermain Bowling – Bahagian 2My Profile

  12. bEe says:

    Semangat nak amik exam!
    Itulah namanya pelajar cemerlang cikgu ;)

  13. akubiomed says:

    Ketabahan sahaja mereka dua ini kerana didalam keadaan kurang sehat tetap jawab soalan UPSR
    akubiomed baru je tulis kisah Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaranMy Profile

  14. zik says:

    susah sikit nak fokus dan tak tahu macam mana nak dapatkan yang terbaik… sebab kalau demam pun dah tak boleh nak berfikir dengan baik…. bersyukurlah yang sihat time exam tuh

  15. titan says:

    dulu masa kat universiti..aku kena tahan kat wad. Bila mintak buat exam kat hospital..diorang tak bagi. Hampeh tol. Nak tak nak..dengan sakit-sakit macam tu..terpaksa aku ulang alik dari meja exam ke hospital. huhu..
    titan baru je tulis kisah Cek ke 4 dari ChurpchurpMy Profile

  16. Mus says:

    pasti ia menjadi pengalaman berharga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun