gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Mendaftar Sebagai Pemilih

Di mana mahu mendaftar sebagai pengundi? Mungkin ini antara soalan yang timbul di kalangan warga lelaki atau wanita yang belum mendaftar terutama golongan remaja yang berumur 21 tahun ke atas. Sekarang ini terdapat 3.7 juta belum mendaftar sebagai pengundi dan yang paling ramai adalah orang Melayu.

daftar sebagai pemilih

Untuk mendaftar sebagai pemilih, anda hanya perlu membawa kad pengenalan, isi borang, semak dan tandatangan. Begitu mudah dan ringkas. Buat masa sekarang pendaftaran secara online masih belum dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR]. Pendaftaran boleh dilakukan di:

  • pejabat-pejabat SPR
  • pejabat-pejabat pos berkomputer
  • wakil-wakil jabatan
  • wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
  • Pasukan Outreach SPR |Tiada aktiviti ketika ini

Sahabat yang pernah mendaftar, jangan lupa untuk membuat semakan daftar pemilih terkini anda yang boleh dibuat secara online sepanjang tahun. Mr Tehr dah semak tadi, tak sampai pun 2 minit. Semakan boleh juga dibuat melalui sms, taipkan SPR SEMAK 341129135451 dan hantarkan ke 15888 [no kad pengenalan tu contoh je].

marilah mari kita mengundi
bawa bersama kad pengenalan
pilihan hati bersih dan murni
siapakah dia pemimpin pilihan

Selamat mendaftar, selamat menyemak dan selamat mengundi untuk semua. Moga-moga kehidupan kita sentiasa gembira dan selamat.

TehrDemikian kisah 'Mendaftar Sebagai Pemilih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



37 Comments

  1. Mus says:

    marilah mari.. pergi mengundi..
    Mus baru je tulis kisah Jangan Kantoi!! Tekan Pisang Untuk Mula Mencuri.My Profile

    1. tehr says:

      dengan penuh semangat :D

      1. takkan tengok bola jer semangat kan? he he :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

  2. Chipcoklat says:

    Huhuhu… chip x daftar lg..hehehehe.. bila pikir balik.. bila sampai mengundi tak tau nak pilih yg mane..hemmm…
    Chipcoklat baru je tulis kisah Mari Berseronok!My Profile

    1. tehr says:

      daftar dulu, chip
      nanti bila tiba pru, pilih je yang mana berkenan di hati

      1. Mus says:

        memang betul tu…
        tapi jangan salah pangkah pulak..
        Mus baru je tulis kisah Jangan Kantoi!! Tekan Pisang Untuk Mula Mencuri.My Profile

        1. tehr says:

          da jangan pula buat2 undi rosak :D
          rugi je nanti

  3. zulkbo says:

    salam..
    selamat menyemak
    daftar undi anda..
    jangan lupa..tanggungjawab
    warganegara..
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan ( Video) Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      satu tanggungjawab yang mudah saja
      tapi sangat penting

  4. kulanz says:

    PRU13 nanti aku bakal mengundi untuk kali ke-3..
    kulanz baru je tulis kisah Surat Cinta Kepada SESBMy Profile

    1. tehr says:

      tengah semangat ni, bro
      rasa tak sabar pula nak memangkah :D

  5. Jai says:

    Jom beramai2 daftar undi.. Seingat aku, x pernah lagi aku balik ngundi…hu3

    1. tehr says:

      kalau macam tu, apa kata bro tukar je tempat ngundi
      tak perlu susah2 nak balik kampung time pru

      1. Jai says:

        Cadangnya nak tukar tapi x reti..he3

        1. Jai ni pengundi hantu.. he he… :D
          Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

  6. dengan bangganya dah daftar, kat kampus selalu je ada kempen suh mendaftar ni.tak payah wat apa2 bagi ic ja, diorang yang tuliskan suma:)

    dlm lecture class,lecturer siap panggil nama lagi sapa yang blom dftar ingatkan wat salah apa lah..hehhe
    izariahzainal baru je tulis kisah Wordless Wednesday #1- Home-made puding karamelMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, iza
      sebagai seorang warganegara yang bertanggung jawab
      laksanakan tugas kita nanti

  7. zik says:

    baru sekali mengundi….pilihanraya dah dekat nih…
    zik baru je tulis kisah Malaysia kalah bermaruah 3-6 bertemu liverpool (Asia tour 2011)My Profile

    1. tehr says:

      aku fkir bukan tahun ni la, bro
      mungkin tahun depan

  8. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip pasang audio sound sistem kereta

    uihhhhh tanggungjawab kita beb…. kena daftar mengundi…. pilihanraya dah nak dekat ni….. kita tentukan kerajaan ….

    Mendodoi anak di atas riba
    lepas menyusu bawalah mandi
    pilihan raya menjelang tiba
    marilah kita keluar mengundi

    Mendung berarak hujan tak jadi
    kemarau panjang masih dirasa
    berhati-hati bila mengundi
    undi kita menjadi rahsia.

    Tempat berkelah di Jeram Angsi
    Jadi tumpuan teruna dara
    pilih calun yang berpotensi
    membela agama, bangsa dan negara.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip Pasang Audio Sound Sistem KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      jadi tumpuan teruna dan dara
      bela agama bangsa dan negara
      kehidupan nanti lebih sempurna
      penuh rahmat yang maha esa

  9. yas says:

    taun ni aku kene ngundi kat tempat lain lak..
    setakat ni x penah miss lagi…
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday ~ Kebab TurkiMy Profile

    1. tehr says:

      sama sahaja kat mana2, yas
      asal saja dapat tunaikan tanggungjawab kita

  10. Kepada sesiapa yang belum lagi mendaftar,cepat-cepatlah mendaftar.Ianya satu tanggungjawab penting kerana berkaitan dengan halatuju negara kita.

    Dan pastikanlah pemimpin yang kita pilih tu benar-benar layak berdasarkan tuntutan agama.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah PinggangMy Profile

    1. tehr says:

      pemimpin yang taat kepada perintah agama
      pasti semuanya akan beres nanti

  11. akubiomed says:

    Apakah janji pilihanraya kali ini. Masa ini wajah wakil rakyat baru nampak batang hidung.

    Kesana sini mencari undi
    Ketika ini undi berharga
    Kepada rakyat menabur janji
    Habis pilihanraya hilang entah kemana

    1. tehr says:

      ketika ini undi berharga
      untuk kita menang lagi
      lepas ini entah ke mana
      usah ditanya usah dicari

  12. toyol says:

    tahun ni jd ke x PRU ye..
    toyol baru je tulis kisah REBAHMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya tak jadi la, TK
      tahun depan kot

  13. berkobar2 tehr .. :D

    dh daftar. belum ada kesempatan mengundi je

    1. tehr says:

      dengan penuh semangat :D
      pru nanti pasti ada peluang memangkah tu, rain

  14. suri says:

    ayuh kawan2 semua mendaftarkan diri hee..

    ic jgn lupa bwk yer heeee

    1. tehr says:

      yups, jom ramai2 kita
      meriah2

  15. ghost writer says:

    tahun nih macam malas nak mengundi kalau asyik nak guna undi pos..
    ghost writer baru je tulis kisah penikmat sepiMy Profile

    1. tehr says:

      kenapa pulak, ghost?
      sama je buang undi kat mana2 pun

  16. hafizmd says:

    marilah mendaftar dan mengundi :D

    p/s – suasana mengundi di pantai timur mmg lain macam, betul tak saudara tehr?

  17. maza says:

    entahnya… cakap politk berdegar2.. tup2 bila hari menggundi rupanya dia tak mendaftar pemilih pun.. hampeh!

    kan, kan, kan.. hahahhaa
    maza baru je tulis kisah Tak serupa jantina…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge