Mencegah Jenayah Mencuri

Bagaimana mencegah jenayah mencuri? Satu soalan yang sulit untuk dijawab. Masalah besar dalam masyarakat yang sukar untuk diselesaikan dan diatasi sampai bila-bila.

curi telurPerbuatan mencuri secara khasnya adalah merupakan perbuatan zalim dan jenayah besar dilakukan terhadap hak manusia yang terpelihara. Mencuri harta milik orang daripada tempat simpanannya adalah haram dan berdosa besar.

Gelap malam hampir dinihari,
Lembu kerbau mengeluh saja;
Habislah kabel dah kena curi,
Aku nak online macam mana? 

Lambat lagi hari nak siang,
Mengigau tidur ayam jantan;
Buat sakit hati memanjang,
Elok sahaja dipotong tangan.

Mengikut laporan Telekom Malaysia cawangan negeri Kelantan, sepanjang tahun 2012 kejadian mencuri kabel masih menjadi cabaran dan ancaman, di mana dalam tempoh tersebut Telekom Malaysia Kelantan terpaksa membelanjakan hampir RM6 juta bagi memasang kabel-kabel yang dicuri yang melibatkan 1600 kes. Seramai hampir 63 ribu pelanggan telah terlibat, sementara jumlah panjang kabel yang telah dicuri melebihi 230 km. Kejadian ini telah meningkat sebanyak 27.8% berbanding dengan tahun 2011.

Musang jantan langkah kaki,
Keliling saja di luar kandang;
Berdosa besar kalau mencuri,
Harta benda hak milik orang.

Gelap malam di reban buruk,
Ayam jantan gelisah sahaja;
Harta haram sangatlah buruk,
Kesal kemudian tidak berguna.

Bawah bangsal pasang pukat,
Pukat berlubang di sini sana;
Harta halal harta yang berkat,
Dimakbul doa Yang Maha Esa.

Kecurian adalah satu jenayah yang membawa huru-hara dalam masyarakat. Hari ini kecurian telah menjadi satu gejala yang berlaku secara berleluasa dalam masyarakat dan sukar dihapuskan. Pencuri-pencuri hari ini tidak mengenal lagi apa jenis harta yang dicuri, siapa pemiliknya dan berapa nilainya.

Rujukan : Khutbah Jumaat MAIK.

TehrDemikian kisah 'Mencegah Jenayah Mencuri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. pernha berlaku dkt kampung aku dulu…hampir 2 minggu tak boleh on9 sebab kabel telekom kena curi..hampeh betul
    blogger lelaki baru je tulis kisah Cara Mengatasi Stress Cara IslamMy Profile

  2. suri says:

    adakah itu salah satu sebab kita sering katakan line tak dapat sahaja padahal “barang” telah di curi oleh orang yang tidak bertanggugjawab…
    suri baru je tulis kisah Gigit Lemak Dengan Pantas!My Profile

  3. dja@sishaza says:

    Memang rasa “sakit hati &sakit jiwa” bila jadi begitu, sebab orang lain terima akibatnya. Blogger lagi lah tak senang duduk kan :|
    dja@sishaza baru je tulis kisah BERPADA-PADALAH MENAKUT-NAKUTKAN ANAKMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Orang zaman sekarang dah tak kira sumber dari mana, halal ke haram untuk mengisi perut sebab tu lahir zuriat yang buruk akhlaknya
    dja@sishaza baru je tulis kisah BERPADA-PADALAH MENAKUT-NAKUTKAN ANAKMy Profile

  5. onlajer® says:

    pelik nya kalau dulu mesjid ke surau orang mesti takut nak rembat , tabung pun boleh letek gitu je tanpa rantai, sekarang huh
    onlajer® baru je tulis kisah Komisyen Pertama Bakar LemakMy Profile

  6. hafizmd says:

    curi kabel…mmg byk sangat berlaku…benda ada harga..
    hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs Johor DTMy Profile

  7. mie says:

    masalah kecurian kabel..
    memang xpernh habis….
    hehehe
    mie baru je tulis kisah Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80My Profile

  8. ahmadyani says:

    As Salam…

    Kerana salah didikan dari kecil atau kerana desakan hidup yang membuatkan orang suka mencuri?
    ahmadyani baru je tulis kisah Tidak Mahu PahalaMy Profile

  9. AUC says:

    janji boleh duit semua dia bahan, Ya Allah berilah hidayah pada mereka…
    AUC baru je tulis kisah Kali Kedua Ke Ekspo Buku Islam Pahang 2013My Profile

  10. Mohd Shubhi says:

    Mungkin ramai orang kaya yang tidak menunaikan hak orang miskin juga menjadi punca…?
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Pengucapan awam – Pengalaman sayaMy Profile

    1. pahan says:

      aku setuju part ni.hehe. hak orang miskin pun perlu dijaga.huhu

  11. akubiomed says:

    Teringat semasa bertugas di Sarawak. Selamba badak tinggal motor dengan enjin masih hidup. Tak ada masalah.
    akubiomed baru je tulis kisah Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minumMy Profile

  12. Internet ni memang dah jadi keperluan blogger. Kalau kabel dah kena curi, alamatnya memang sakit hati jugak la.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Biggest Loser Contest UnitMy Profile

  13. papa mifz says:

    kepada pencuri , awas ada yang memerhati..!!
    papa mifz baru je tulis kisah Tempat Menarik di JohorMy Profile

  14. kakiblog says:

    lakukan hukuman potong tangan..sangat zalim secara lahirah namun cukup berkesan untuk mendidik jiwa supaya takutkan hukuman Allah..
    kakiblog baru je tulis kisah Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan BloggingMy Profile

  15. Bukan kabel telefon sahaja yang jadi target pencuri, mana-mana besi dan alumminium milik TM dan TNB memang sentiasa jadi sasaran. Masaalahnya bila ada yang mahu beli barang curi ini. Bila ada pembeli, maka adalah pencurinya. Hmm…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Money Can’t Buy Success?My Profile

  16. maza says:

    cikgu Ther, itu curi terang-terangan…

    Ini, curi dalam gelap lagi bersuluh… mengikut Laporan Ketua Audit 2012, banyak berlaku pembaziran, selingkuh wang negara sana-sini, macam mana tu pulak ek?

    hahaha
    maza baru je tulis kisah SEPUTIH RASA, SEJERNIH HATIMy Profile

  17. Joe says:

    Potong je tangan mereka nie, menyusahkan orang je.
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-36 dan 37 Dari JobdirumahMy Profile

  18. undang-undang yang lemah buat orang tak takut nak mencuri…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Indahnya Hidup!My Profile

  19. azura says:

    besi harga mahal tapi mungkin mereka kurang pengetahuan agama agaknya

  20. Baru tengah hari tadi berlaku kat kedai runcit depan taska, pekerja tengah kejar pencuri. Siap kejar dengan motor, tapi tak sempat. Risau & takut pulak. Yg curi kabel tu lagilah, sampai terbengkalai kerja-kerja kita sebab kerja tak bertanggungjawab.
    Miss Puan Yati baru je tulis kisah Di mulakan dengan BismillahMy Profile

  21. hafiz says:

    Curi mesin atm ni skrg menjadi2…
    hafiz baru je tulis kisah Karenah heroku AzeeqMy Profile

  22. bahaya jugak nie kes kecurian sekarang, kos hidup semakin tinggi kan
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Cara Pantas Menurunkan Berat BadanMy Profile

  23. zool says:

    susah nak cegah ni

  24. shahfir says:

    wayar telekom depan rumah aku pun selalu menjadi mangsa kerakusan…

    tanam tebu tepi batas..
    ditanam sama buah nenas…
    mana hati tidak panas…
    kalau wayar selalu dikebas…

    betul ke kg aku tue..
    shahfir baru je tulis kisah SNOOPYBABE KUCING TERCOMEL DARI CHINAMy Profile

  25. suri says:

    hai cantiknya bnga itu kasi campak sinilah
    suri baru je tulis kisah Gigit Lemak Dengan Pantas!My Profile

  26. Mak lagenda says:

    Selagi ada pembeli, maka selama itulah juga pencuri2 ni mencari stok utk jualan.

    Haih…yg senang mereka, yg menanggung beban masalah adalah kita as pengguna!
    Mak lagenda baru je tulis kisah COFFEE BAR IMPIANMy Profile

  27. titan says:

    apa salah kucing tu ehh..
    titan baru je tulis kisah Indera Putra kena ugut bunuh?My Profile

  28. Hafizul says:

    Kalau ikut kan hati ni nak lenyet2 jer mereka yang mencuri tu..emm namun itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik..
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun