pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita

Mencari Teman Hidup

Mencari teman hidup bukannya susah dan bukan juga sangat mudah. Bijak memilih akan terasa bahagia di hati, silap-silap pilih merana badan dan meracun diri.

Mahu hidup senang tak sama dengan mahu hidup bahagia. Hidup penuh kemewahan langsung tak sama dengan hidup penuh keredaan. Tak juga akan bahagia kalau hanya sentiasa makan hati berulam jantung setiap hari. Lelaki atau wanita sama sahaja, mesti tahu memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup yang penuh keberkatan.

ada manusia ikhlas berkahwinMencari Teman Hidup
dibina ikatan bukan main-main
teguh janji persefahaman dijalin
bersama dirasa manis dan masin

bila manusia bertuankan harta
pangkat tinggi sanjungan mulia
teman dicari sedarjat sewarna
bukan pekerti iman dan taqwa

memilih teman yang cantik rupa
atau pun dia yang banyak harta
cantik molek keturunan keluarga
baguslah lagi yang teguh agama

Ada manusia yang memilih haiwan peliharaan sebagai teman hidup mereka. Malah mereka sanggup mewasiatkan segala harta yang ada kepada haiwan yang dipelihara kerana tidak percayakan janji dan kasih sayang sesama manusia. Mungkin tidak pelik bagi sebahagian orang, tetapi aku seorang merasa sangat pelik bila binatang pula yang bergelar jutawan sedangkan masih terdapat insan di seluruh dunia yang hidup merempat sehingga ada yang mati kelaparan.

Malah terlebih pelik bila ada orang yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja sedangkan ramai pula yang sanggup berkorban apa saja untuk mendapatkan anak angkat.

TehrDemikian kisah 'Mencari Teman Hidup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

43 Comments

  1. adele says:

    cikgu, nak tahu sesuatu yg lawak x? baru sy perasan kalo sy baca apa yg cikgu tulis smuanya sy baca ikut rentak pantun…sbb pantun byk sgt smpai terikut2 kt perenggan yg lain :D

    em..sama2lah berdoa utk sy agar sy dpt pasangan yg baik..ameeen…. :D
    adele baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Andalusia Travel & ToursMy Profile

    1. Melatiqistyna says:

      Ahahahaha…. Sama la Kita, dah terikut2… :D

      Mendalam maknanya… Byk org byk ragamnya….
      Melatiqistyna baru je tulis kisah After 125 years, secret Coke formula is out….My Profile

      1. mak lagenda says:

        Tu lah tehr..bila slalu dtg blog tehr ni, kan x lengkap kalo x de pantung. Tu pasal dgn mak2 ni sekali terikut. Baca tiap perkataan tu dgn nada intonasi pantun jugak

        huhuuhuuhu..
        mak lagenda baru je tulis kisah TAK ADA TEFAL PUN TAKPE LAH…My Profile

    2. akubiomed says:

      Tahu dah jodoh pilihan hati Adele mesti ada iras Lee Byung Hun sahaja. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Yang umur 21 liat daftar mengundiMy Profile

      1. adele says:

        muehehe…mujurlah ada yg masih ingat kriteria nya :D
        adele baru je tulis kisah Laptop Serba BolehMy Profile

    3. chii says:

      heheh..chii pun..cikgu tehr dan pantun..da sgt sinonim..
      chii baru je tulis kisah Kerja KerjaMy Profile

  2. Hairul says:

    pilihlah teman yg ada sifat kasih sayang dan bertangungjawab dari sudut Islam… :D
    Hairul baru je tulis kisah Cara menghilangkan rasa takut, risau dan bimbang dalam Islam Part 1My Profile

  3. yas says:

    manusia yg wasiatkan haiwan binatang peliharaan tu kebanyakannya mat salleh….depa dh x tau nk bg sapa dah…ni la bila kasih sayang sesama manusia semakin berkurangan
    yas baru je tulis kisah Skim SARA 1 Malaysia – Dari Rakyat Untuk RakyatMy Profile

  4. mie says:

    teman hidup….
    kalau terlalu banyak pilihan, susah juga..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6My Profile

  5. nurmisnan says:

    wasiat pd haiwan peliharaan.. hmmm..kalau haiwa tuh mati
    maka hangus ler kecuali haiwan tuh wasiatkan pula pada
    pewaris lain.. hik3.. ada begitu ka?
    nurmisnan baru je tulis kisah Bunga kemunting cina penawar barah darah dan LeukemiaMy Profile

    1. akubiomed says:

      Kena cari translator bahasa kucing pula nanti. :-)

  6. shraqs says:

    Nak cari teman hidup kenalah berusaha, tak bleh berserah 100%. Kalau dah jumpa tu, pilihla yg terbaik antar yang terbaik.
    shraqs baru je tulis kisah Selamat Tinggal FacebookMy Profile

  7. Norizwan says:

    tetapi ada juga manusia ini pelik betul…peristiwa dunia di dunia…kahwin dengan patung menjadi teman hidup….macam2 lagi ler…
    Norizwan baru je tulis kisah Jepun dijangka populasi akan mengecil tahun 2110My Profile

  8. lunaticg says:

    Rasanya bukan memilih haiwan peliharaan, mereka susah sikit nak percaya pada wanita/lelaki… tu yang jadi macam tu.
    lunaticg baru je tulis kisah SaPuloh Watermark agong UV lightMy Profile

  9. dinar says:

    berhati-hati memilih teman,
    bimbang terpesona dengan rupawan,
    tapi bonus lah jika dapat yang jelitawan,
    lagi bagus jika dapat hartawan yang budiman..
    dinar baru je tulis kisah Kenaikan harga emas dan perak semakin “hangat”My Profile

  10. fiezaradzi says:

    mmg de pun org bagi harta kt haiwan die.. dah tak de org lain kot.. tapi tul juga, ramai lagi yg berempat kan..

    minta pertolongan dariNya, insyaallah, jumpa yg sebaiknya..
    fiezaradzi baru je tulis kisah PenatMy Profile

  11. rahman says:

    tersalah pilih teman.. merana hidup :)
    rahman baru je tulis kisah Pemimpin melayu memberi angpau di pasar menjual babiMy Profile

  12. hatiputera says:

    carilah teman berdasarkan agamanya supaya dapat nasihat menasihati diantara satu sama lain,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Permohonan Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia telah dibuka | SARA 1MalaysiaMy Profile

  13. Juan says:

    betul tuh, ada yang beriya iya mahu kahwin akan tetapi ramai pula yg x kawin senang senang buang anak, ish ish ish
    Juan baru je tulis kisah GTmetrix Comparison ReportMy Profile

  14. Ad-Dien says:

    Masih belum ada teman hidup, insyaAllah akan menunggu takdir Ilahi, amin :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah [FIQH] Asal Ibadah Adalah Dilarang Melainkan Ada NasMy Profile

  15. titan says:

    emm..cam nak suruh aku kahwin cepat aje..
    titan baru je tulis kisah Safee kekal, Kelantan dibelasah..My Profile

    1. nizam says:

      jangan lupa jemput…aha
      nizam baru je tulis kisah Terbitnya Mentari 2My Profile

  16. chii says:

    karang kalau memilih sgt…sampai berumur..x jumpa2 la plak..
    tp kalau main sambar je..takut nnt makan hati plak kan..
    nak mencari teman hidup..mmg agak payah..

    tp chii suka dgr lagu kalau mencari teman – ziana zain..ehehe
    chii baru je tulis kisah Kerja KerjaMy Profile

  17. zulkbo says:

    salam..
    “Mahu hidup senang tak sama
    dengan mahu hidup bahagia”
    saya suka ayat ini membuatkan
    saya tersenyum puas :)
    zulkbo baru je tulis kisah Lautan Ikan Kembung Bila Lori TerbalikMy Profile

  18. kakyon says:

    tengah berkira2..nak ambik anak angkat..
    kakyon baru je tulis kisah gemersik kalbu dan ngaku..My Profile

  19. kakyong says:

    memang betul.. bukan mudah utk mencari teman hidup, tapi bila dah sampai jodoh, usah lah alpa dgn tanggungjawab..
    kakyong baru je tulis kisah Ajar anak supaya tidak panjang tanganMy Profile

  20. kulanz says:

    yang pilih haiwan peliharaan untuk terima wasiat tu mesti pernah mengalami pengalaman pahit dengan orang lain, pasal tu dia hilang kepercayaan..

    tapi yang buang anak tu satu hal lain lagi.. tahu buat, tahu malu.. tapi tak tahu dosa pahala..
    kulanz baru je tulis kisah Ini Bukan Bola Sepak, Ini Perang!My Profile

    1. nizam says:

      sekarang memang banyak sangat kes buang anak…kesian betul
      nizam baru je tulis kisah Terbitnya Mentari 2My Profile

  21. azura says:

    tidak sangka sejauh ini aku mampu
    disisimu teman hidup yang juga kekasihku
    sanggup ku tolak pinangan jejaka itu
    masih setia menunggu kamu yang satu

    ok tak cikgu
    azura baru je tulis kisah Cuba uji otak kanan dengan gambar iniMy Profile

  22. nizam says:

    kehidupan ini teramat pelik..kadang2 tak terpikir dek akal..
    nizam baru je tulis kisah Terbitnya Mentari 2My Profile

    1. suri says:

      org pelik mmg suka pelik..ker org tu mmg tak reti bergaul dg org hurM…

  23. b3njy says:

    Benjy dulu isteri yang mengurat Benjy dahulu … hehehehe
    b3njy baru je tulis kisah BLOGGER PILIHAN JANUARI 2012My Profile

  24. b3njy says:

    Apabila menyedari semua manusia berbeza maka Benjy tak hairanlah kalau seekor anjing menjadi jutawan :D
    b3njy baru je tulis kisah BLOGGER PILIHAN JANUARI 2012My Profile

  25. b3njy says:

    Tetapi kalau yang buang anak tu mungkin pelik di pandangan mata anjing yang tetap memelihara anaknya walaupun ia hanyalah binatang.
    b3njy baru je tulis kisah BLOGGER PILIHAN JANUARI 2012My Profile

  26. mancai says:

    itulah manusia ada yang lebih dan ada yang kureng… yang jahat jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan…

  27. padin says:

    pilih teman hidup biar betul2.. bukan nak bersama sehari dua, kalau boleh sepanjang hayat.. :D

  28. LadyBird says:

    pemilihan teman hidup pkr paling sukar sekali..
    perjudian kehidupan kite sendiri..
    menandakan kite perlu bersedia menerima semua pancaroba hdp dgn org tu..

    kesian~ :(
    LadyBird baru je tulis kisah Jangan Memberi, Kami PrihatinMy Profile

  29. suri says:

    ni yg buat eseh nk nnyi dondnag sayang nih hahakk..

  30. suri says:

    bg sy kwin satu perjudian..sb ada kwin dpt pasagan bahagia taat perintah agama segala molek belaka.ada pla kwin dpt seperti apa yg di lhat tak indah seperti sblum kwin paling sakit kena pukul dek pasangan..dan paling menikam jiwa bila ada pasagan jatuhkan talak..mmg pedih tapi kena terima

    kwin bukan blh buat main2 sb tu dlm islam kita sunatkan solat istiharah beberapa kli utk benar2 pastikan yg tulah pilihn yg terbaik bt kita.

    apapun smua ketentuan Allah…

  31. maza says:

    maza pilih teman hidup kamera dgn motor buruk yg itew volleh?

    huhuhu..
    maza baru je tulis kisah Cacat tak menghalang menunggang motor besar!My Profile

  32. ghost writer says:

    dan ada juga yang memilih barangan peribadi sebagai teman hidup,malah sampai dibuat ikrar perkahwinan.
    ghost writer baru je tulis kisah batu ketiga dari matahariMy Profile

  33. gula manis masamnya cuka
    gurau senda amat ceria
    Teman hidup suka duka
    bijak memilih senang bahagia

    ۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
    diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge