Mencari Kad Merah

Kelantan [1] vs [0] Selangor

“Itu Memang Mencari Kad Merah!” Begitu kata Hj Hasbullah Awang setelah Mohd Nasriq Baharom dilayangkan kad merah oleh pengadil. Dan aku setuju sangat dengan kata-kata beliau. Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di gelanggang sendiri musim ini.

Pemain bola sepak adalah manusia biasa seperti juga kita. Dalam suasana perlawanan penuh tegang, dalam keadaan penat, dalam keadaan terdesak, apa saja boleh dilakukan oleh seorang pemain di padang. Di samping mengejar bola, mereka boleh juga mencari kad merah dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ruginya pasukan bila pemain menerima kad merah dan ditunjukkan jalan ke luar padang. Menyesal? Dah terlambat dan dah tak ada untungnya bagi perlawanan berkenaan. Memang sebaiknya untuk pemain bersabar dan bertenang dalam semua keadaan. Mereka sepatutnya menunjukkan kemahiran mengawal bola, mengawal permainan, bukan kemahiran mencederakan lawan!

bahayaBukan pemain Selangor sahaja yang dapat kad merah. Bahkan dalam Piala Dunia juga ada pemain yang terima kad merah ini. Sebagai menyokong Kelantan, aku lebih risau kalau-kalau pemain Kelantan yang hilang sabar dan dihambat keluar oleh pengadil. Pemain Kelantan juga ada yang panas baran. Korang biasa tengok, kan?

Sedangkan penonton hilang sabar dengan hanya bersorak, inikan pula pemain yang bersusah payah di tengah padang. Jadi, kita sebagai peminat dan penyokong [di rumah, di stadium atau di kedai kopi] mesti juga bersabar dan terus memberikan sokongan. Tak perlu marah-marah.

Sekuat bedil guruh mencelah,
Mendung tiba hujan tak jadi;
Bila pengadil beri kad merah,
Tiadalah guna menyesal lagi.

Kelantan kalahkan Selangor 1-0 jaringan Norfarhan. Itu sebenarnya belum cukup untuk Kelantan melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada hari Sabtu, 20 Oktober 2012 nanti.

TehrDemikian kisah 'Mencari Kad Merah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    langkah bergaya nampaknya
    Kelantan dengan 1 gol..tapi
    belum selesa lagi :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Dan Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2011 Tahun 2012My Profile

  2. donnyien says:

    tahniah kelantan! harap pergi final

  3. akubiomed says:

    Harap Selangor dapat melangkah ke final untuk mencapai ‘Misi 33′ tetapi bola itu bulat.
    akubiomed baru je tulis kisah Fenomena Sun Halo @ Halo MatahariMy Profile

  4. sedih la selangor kalah. sob sob

  5. padin says:

    hahahh patutnya Nor Azuan Roya pon dapat kad merah..
    orang belasah kaki je, dia belasah muka..

    walaupun fitri dan azuan (mangsa terjahan) masih boleh bermain
    tapi Nasriq dapat merah, Azuan dapat kuning..

    mungkin pengadil lebih tahu, :D
    padin baru je tulis kisah Sumber InspirasiMy Profile

  6. shraqs says:

    Bila dah emosi yang mengawal fikiran, inilah yang jadinya. BTW, tahniah MR. Tehr sebab Kelantan menang separuh akhir pertama, harapnya dapat dikekalkan ke perlawanan kedua nanti.
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Kies Menerima Update Dengan Design UI Yang BaharuMy Profile

  7. hatiputera says:

    Gomo kelate gomo.
    hatiputera baru je tulis kisah Baju M7 dah sampaiMy Profile

  8. amirulfaiz says:

    Hoho, betul tu, penyokong mudah hilang sabar, apatah lagi pemain yang berhempas pulas kat tengah padang tu.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Budak bermisai putihMy Profile

  9. Naziman says:

    Saya rasa, kelantan akan menang di peringkat akhir nanti. hehe
    Naziman baru je tulis kisah Tip blogging TerbaikMy Profile

  10. rahman says:

    kad merah hanya merugikan diri dan pasukan
    rahman baru je tulis kisah Menyinggah di Kedai Rakyat 1 Malaysia Bukit BeruntungMy Profile

  11. Kawe tak tgk game ni, so payah nak komen pasal kad merah tu. Mungkin boleh cari di YouTube kot :D Cuma 1 – 0 tu mcm tak cukup lah bekalan Kelantan sebab bagi kawe Selangor improve banyak sejak tukar coach dan Safiq Rahim diletakkan sebagai kapten. Kelebihan Kelantan pula ialah gol tidak bolos.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Nikon D600 – Taking Photography To The Next LevelMy Profile

  12. azura says:

    tahniah Kelantan, saya sebagai penyokomg Selangor tetap tumpang gembira sebab menang kalah adat bertanding kan cikgu
    azura baru je tulis kisah Sahabat baik sentiasa dihatiMy Profile

  13. nurmisnan says:

    tahniah Kelantan…
    aku sokong mana yang ke Final.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Lunch Olio + zucchini grillMy Profile

  14. zool says:

    biasalah bila dapat kad merah memang akan menganggu pasukan..
    zool baru je tulis kisah Cermin sisi retak seribuMy Profile

  15. Amirez says:

    sayang TRW tak manfaatkan kelebihan seorang pemain untuk dapatkan satu lagi gol. mungkin Selangor kuat bertahan. saya tak tengok pun sebenarnya :D
    Amirez baru je tulis kisah Rakyat Malaysia Hilang Semangat KesukananMy Profile

  16. yas says:

    Selangor vs Kelantan….mmg aku sure game ni akan jadi panas…panas sbb pemain sendiri gagal kawal perasaan…nti kt selangor lak tah ape lak citernya…..
    yas baru je tulis kisah Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan MautMy Profile

  17. floyd says:

    nanti perlawanan separuh akhir kedua, jgnlah pula buat strategi bertahan. Gempur seboleh mungkin. Org kata ‘the best defense is by attacking’

    Barulah best tengok perlawanan tu nanti
    floyd baru je tulis kisah Why do we see only one side of the moonMy Profile

  18. Hafizul says:

    adoiii apa boleh buat..mental mengatasi segalanya..hehe..tak pasal2 kena kad merah..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Terima Kasih Di Atas Kesetiaan Selama IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun