tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Menara Tangki Air vs Tekanan Air Rendah

Apa lagi yang boleh dibuat apabila tekanan air rendah. Langsung tak upaya nak mendaki menara tangki air yang aku sediakan [masih belum siap sepenuhnya]. Tengah malam atau awal pagi pun air masih gagal mendaki menara yang tak berapa tinggi tu. Duit dah banyak habis.

menara tangki air

Tekanan air rendah yang sampai ke rumah kami ni bertambah perlahan apabila saluran paip tersumbat. Hanya rumah kami sahaja bermasalah sedangkan rumah sebelah elok je. Paip dalam tanah tu tak tahu kat mana yang tersumbat. Itulah sebabnya tak daya nak daki menara tangki air tu. Nampaknya aku bukan pekerja contoh dalam bab air. Hendak ditukar semuanya sepanjang lebih kurang 200 meter, banyak juga duit nak guna.

Lelaki kacak berani untuk gagal, aku beli sebuah tangki air lagi untuk letak kat bawah menara tangki air di bekalang rumah. Harapnya air boleh je masuk ke tangki [bawah] dengan senang. Untuk lebih senang lagi, separuh tangki aku tenggelamkan ke dalam tanah. Berpeluh juga la bulu dada aku main korek lubang. Selesai masalah tekanan air rendah.

tangki air

Untuk naikkan air ke menara tangki air aku gunakan pam air dengan suis automatik. Selamat. Barulah aku dapat makan cupcake dengan senang hati sambil layan blog. :D

TehrDemikian kisah 'Menara Tangki Air vs Tekanan Air Rendah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



50 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    bagus bro.
    asal ada usaha pasti masalah akan selesai. lagi best kita berjaya selesaikannya setelah bertungkus lumus menyelesaikannya.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Ulang Tahun Perkahwinan Satu DekadMy Profile

    1. tehramuan says:

      buat sendiri memang puas dan jimat
      yang tak tahan, penat je :D

  2. titan says:

    makan cendol lagi best sambil layan blog maa..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 2My Profile

    1. tehramuan says:

      kat mana aku nak cari cendol ni
      dapat setengah tangki pun dah cukup
      haha

  3. kimmie says:

    bijak …bijak :)

    1. tehramuan says:

      sambil mengeluarkan peluh

  4. hehe..mmg bernas jugak
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

    1. tehramuan says:

      idea lain tak keluar, bro
      yg ni je ada…

  5. sud@is says:

    bijak dan rajin jugak bro ya
    sud@is baru je tulis kisah Gantikan dengan maduMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      rajin dalam terpaksa :D

  6. nurmisnan says:

    ohhhh.. gitu pula kau buat..
    make sure air tangki biar recycle.. jadi
    air tangki tidak rosak dan still baik utk diguna
    nurmisnan baru je tulis kisah Bunga kemunting cina penawar barah darah dan LeukemiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang air tangki sentiasa digunakan
      bukan sebagai simpanan je

  7. mak lagenda says:

    Bijokkkk…bijokkkk!! Sudah okey ka air ke rumah tu bro?? rileks je mkn cupcake smbil jengah blog mak tuh??
    mak lagenda baru je tulis kisah LURUS CAM PEMBARIS BUT MAK IS LIKEMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya dah beres semua, mak
      memang best makan cupcake bila semua ok

  8. zulkbo says:

    salam..
    adehh..masalah semasa di Kelantan..
    masalah yang tak selesai-selesai..
    kesian cikgu kita nih..nasib baik ada
    ikhtiar..tapi nak kena keluar duit
    dan peluh sikit la Bro kan..?
    zulkbo baru je tulis kisah Senarai Pemilik Nombor Plat WWW 1, WWW 5, WWW 15My Profile

    1. tehramuan says:

      salam
      kawasan kami ni secara amnya ok je, bro
      cuma paip ke rumah kami je yang sedikit tersumbat
      tu yang jadi slow tu

  9. kulanz says:

    wah, tinggi juga menara yang bro buat tu..
    tapi yang tangki bawah tu dah jadi macam perigi pula.. siap tanam separuh dalam tanah..
    kulanz baru je tulis kisah Jumpa Rakan Blogger di Pesta BengkokaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      dah tak ada idea lain lagi, bro

      1. kulanz says:

        idea yang bagus tu bro.. memang sesuai sangat untuk kes bro tu :)
        kulanz baru je tulis kisah Adira AF, Ombak Rindu, Live & ExclusiveMy Profile

  10. Cik Siti says:

    dah laju le air tu…. nak buat kerja guna air pun seronok
    Cik Siti baru je tulis kisah Cuti Sekolah…My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      bila semua beres, nak makan cupcake dan layan blog pun senang hati :D

  11. ini betul-betul penangan lelaki kacak ni tehr. hensemnya! :D
    rainbowcloudy baru je tulis kisah inai dijari, wajah berseri, hari bahagiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      kacak dalam kampung sendiri je

  12. energy says:

    Dapat juga selesai masalah. Tahniah. Minat makan cupcake rupanya. Memang seksa lah kalau takde air
    energy baru je tulis kisah Perkara Yang Pengguna Patut Tahu Mengenai Tarif ElektrikMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la yang orang dok risau
      alhamdulillah masalah kami dah hampir selesai

  13. Sya Isya says:

    tinggi juga menara tu, usaha tangga kejayaan, bro.
    Sya Isya baru je tulis kisah AMEERA SLOT SAMARINDA TV3My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      sekadar untuk kegunaan sendiri je
      dah memang terpaksa buat :D

  14. dinar says:

    salam tehr. tu kerja paling kreatif…hehe apa2 pun tahniah!!
    dinar baru je tulis kisah Ke arah mana tren harga emas?My Profile

    1. tehramuan says:

      dah terpaksa
      idea tu je yang datang :D

  15. shraqs says:

    Nak tunggu orang buat,.. lambat! Buat sendiri jelah kan :)
    shraqs baru je tulis kisah Selamat Tinggal Samsung Galaxy SIIMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul sangat tu
      kalau suruh orang kena upah lagi
      haha

  16. akubiomed says:

    Baru hendak cadangkan kepada bro mengunakan pam air. Akhirnya masalah telah selesai.
    akubiomed baru je tulis kisah Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?My Profile

    1. tehramuan says:

      akhirnya selesai juga
      alhamdulillah

  17. eiela says:

    kalau takde air susah jadinya, serba tak kena.
    eiela baru je tulis kisah BismillahirrahmanirrahimMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul3x
      nak cuci mata pun tak dapat :D

  18. adamfaiz says:

    hebat jugak bro pasang tangki air sendiri .. kalau AF memang tak terbuat la
    adamfaiz baru je tulis kisah Apa Ada Dengan Nestle 100 Tahun Disisimu?My Profile

    1. suri says:

      klu di izin kesihanatn yg baik blh rasanya..klu tak sihat kenalah suruh org lain bantukan
      suri baru je tulis kisah Lagak Temuduga Ada Bermacam RagamMy Profile

    2. tehramuan says:

      aku ni boleh sikit2 je
      orang kata sekadar cukup makan :D

  19. suri says:

    ha..ha..aku mmbaca entri bro teh blh gelak sambil senyum lgi sah2 bulu ketiak lencuh..mujur ada isteri cekp d dapur leh hidangkan air bersama secawan tehr
    suri baru je tulis kisah Rosa Rossa Jadi BotakMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      sebenarnya berpeluh sikit je :D

  20. suri says:

    jika airnya berjaya naik ke ats mmg bro terbaiklah sb dpt selesaikan maslah dg cara cepat
    suri baru je tulis kisah Lagak Temuduga Ada Bermacam RagamMy Profile

    1. tehramuan says:

      semua dah ok dan air dah berjaya naik ke tangki atas
      syukur alhamdulillah

  21. kakyon says:

    bertambah kacak ler.. lelaki kacak kalau pandai bertukang..
    kakyon baru je tulis kisah tak nak marahlah..My Profile

  22. iza says:

    Assalam..
    Masalah juga kalau tak ada air.
    Nasib baik ada alternatif lain untuk di cuba..
    iza baru je tulis kisah Resipi Ayam BBQMy Profile

  23. fuuhh~ Buat sendiri~ Cayalah :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. DreMy Profile

  24. chii says:

    idea yg bernas..terbaik la :) pasni leh mkn cupcakes dgn suka hatinya kan
    chii baru je tulis kisah Mengenang JasaMy Profile

  25. Hafizul says:

    Haha…ideal datang mana untuk buat semua ni???bijak2..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Terima Kasih Owner Blog HatiputeraMy Profile

  26. jamisah says:

    salam, nak tanya..betulke plumber yang saya kenal kata, kalau pakai pam waktu air takdek..ianya akan cepat rosak

    1. tehramuan says:

      memang betul tu
      bila air tak ada, pam akan jadi panas dan pasti rosak
      kita boleh gunakan suis automatik agar pam tak hidup bila air tak ada
      secara automatik juga ia hidup bila air ada kembali

  27. Amirez says:

    tengah cari info nak lajukan tekanan air terjumpa lak blog cikgu ni :)

    ni kiranya pakai 2 tangki la ek?
    rumah sy pakai tangki kat atas menara.
    slow skang ni terutamanya kat bilik air dalam bilik tido.
    ingat nak pakai direct dari water pump…
    Amirez baru je tulis kisah Lelaki ini Jalan Kaki Sejauh 5,700Km untuk Tunaikan HajiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge