Menanti Tibanya Ramadhan

Kalau pergi di Kota Bharu,
Singgah di Pasar Siti Khadijah;
Kelak nanti Ramadhan bertamu,
Lailatul Qadar datang menerjah.

Kalau pergi Kuala Terengganu,
Singgah melihat penyu di darat;
Pintu syurga luas untukmu,
Pintu neraka tertutup rapat.

Kalau pergi ke bandar Kuantan,
Singgah sarapan di Bukit Ubi;
Semua amalan pahala digandakan,
Menunggu ikhlas di dalam hati.

Kalau pergi ke bandar Segamat,
Singgah sekejap membeli kapur;
Syaitan dan iblis semua diikat,
Dosa pahala jangan dicampur.

Kalau pergi ke bandar Melaka,
Singgah mandi di Masjid Tanah;
Kelak tibanya waktu berbuka,
Seronok berbagi aneka juadah.

Kalau pergi ke Negeri Sembilan,
Singgah di Nilai mencuci kereta;
Banyakkan mengaji membaca Quran,
Kurang berborak membuang masa.

Kalau pergi ke Pelabuhan Kelang,
Singgah melihat kapal berlabuh;
Menahan lapar di waktu siang,
Malamnya makan sehingga subuh.

Kalau pergi ke Kuala Kangsar,
Singgah di tasik membasuh kaki;
Tetap matlamat jangan tersasar,
Untuk mencari keredhaan Illahi.

Kalau pergi ke negeri Kedah,
Singgah di Gurun menahan jerat;
Amalan baik banyak bersedekah,
Pahala berkurun hingga kiamat.

Kalau pergi ke Gua Kelam,
Singgah bermalam di Kaki Bukit;
Solat terawih di sebelah malam,
Pahalanya banyak bukan sedikit.

Kalau pergi ke Pulau Pinang,
Singgah melawat bukit bendera;
Ingat yang susah ketika senang,
Usah takbur apabila berbicara.

Kalau pergi ke Kota Kinabalu,
Singgah ziarah di Pantai Barat;
Pabila Ramadhan akan berlalu,
Jangan dilupa keluarkan zakat.

Kalau pergi ke Kota Semarahan,
Singgah di Sibu dan juga Miri;
Tamat berpuasa cukup sebulan,
Bermaafan menyambut aidilfitri.

“Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” Surah al‐Baqarah, ayat 183.

TehrDemikian kisah 'Menanti Tibanya Ramadhan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun