Menang, Seri Dan Kalah

lcwDatuk Lee Chong Wei menang dengan 21-12 dan 21-9 sebentar tadi ke atas Hu Yun dalam perlawanan Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2013. Perlawanan yang agak mudah bagi Datuk Lee Chong Wei yang mengambil masa selama 24 minit sahaja untuk menewaskan pemain dari Hong Kong ini.

Kelantan seri 0-0 dengan Felda United di gelanggang lawan, di Stadium Petaling jaya. Kelantan dan Felda masing-masing berkongsi 5 mata hasil dari 1 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah.

T-Team pula kalah kepada PKNS 0-3 di gelanggang sendiri, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Setakat ini T-Team hanya mengumpul 3 mata selepas 4 perlawanan manakala PKNS agak selesa dengan 6 mata dari 4 perlawanan.

liga superMasih ada 1 perlawanan yang akan berlangsung malam ini iaitu Darul Takzim FC lwn ATM di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos jam 8.45 malam. Besok Sabtu 19 Januari ada 3 perlawanan Liga Super 2013 iaitu Lions XII lwn Terengganu, Selangor lwn Pahang dan Negeri Sembilan lwn Perak.

Bolehkah Darul Takzim FC menang, Terengganu seri dengan Lions XII atau mungkinkah Pahang akan kalah kepada Selangor?

TehrDemikian kisah 'Menang, Seri Dan Kalah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. Memang adat pertandingan.Ada yang menang dan ada yang kalah.

  2. hafizmd says:

    Nampaknya jentera serangan kelantan masih belum jumpa sentuhan berbisa

    t-team pulak ambe tgk…entahlah….sedih ambe

    harap terengganu bangkit melawan malam esok….kalau tak…double sedih….
    hafizmd baru je tulis kisah 10 Responsive Themes Percuma!My Profile

    1. suri says:

      tunggu masa yg sesuai kot baru mengaum lebih ! heee
      suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  3. hafizmd says:

    Dato LCW menempah laluan mudah tanpa adanya bintang china….

    tak kisahlah…janji dato kekalkan kecergasannya menjadi pemain terbaik dunia
    hafizmd baru je tulis kisah 10 Responsive Themes Percuma!My Profile

  4. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum..

    Pinang dibelah parangnya lading,
    Hangat badan sampai sebulan;
    Menang kalah bahasanya bertanding,
    Semangat permainan ramai kenalan. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

  5. UmmiKami says:

    Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

  6. Amirez says:

    sayang betul tak dapat tengok badminton live. ayah mertua dah ganti sports dengan ABO pulak
    Amirez baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. suri says:

      kena bwa tv dr rumah heeee
      suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  7. sharafie says:

    malam tadi tak dapat tengok bola..hahaha..MLM plak mak aku layan..terbaik..
    sharafie baru je tulis kisah Keputusan Final Maharaja Lawak Mega 2012My Profile

  8. donnyien says:

    Tahniah LCW, harap MU juga menang lawan Tottenham mlm esok =D
    donnyien baru je tulis kisah Pentingnya tindakan dalam segala perancanganMy Profile

  9. muktasim says:

    badminton Malaysia tanpa pelapis.. huhu
    muktasim baru je tulis kisah Bible melayu di edar di sekolah Pulau Pinang?My Profile

  10. padin says:

    heheh harap2 la Selangor boleh amik kesempatan JDT dgn Kelantan masih belum temui rentak..

    tapi Pahang juga seakan mencabar musim ni, aduhaii bola sepak kita… penuh teka teki
    padin baru je tulis kisah Belum Jatuh CintaMy Profile

  11. de engineur says:

    Takpa, musim masih panjang lagi.

    Malam ni ada perlawanan tapi, kena pergi Manchester lah tengok Man. City kalah dengan Fulham. Hehehehe
    de engineur baru je tulis kisah Dual-screen YotaPhone: Would you use it?My Profile

  12. Harap Datuk Lee dan Man Utd MENANG malam ni :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Giveaway: Win Michael Carrick’s Signed Shirt From The Liverpool GameMy Profile

  13. cik tom says:

    ciktom tetap sokong team ganu kiter…hee
    cik tom baru je tulis kisah Bayaran Keenam dari SaysMy Profile

  14. akubiomed says:

    Selangor sudah menang ke atas Pahang. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  15. suri says:

    jgn sedih lain hari boleh cuba
    suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  16. suri says:

    sy tk dpt tgok tv malam tadi sb pi sepital huhu…
    suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  17. aimannajmy says:

    JDT nampaknya belum menampakkan taring yang sebenarnya.. pasukan termahal huhu.. machester city malaysia
    aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

  18. fiezaradzi says:

    3 dalam 1ni.. semua ada.. hehee.. org kat rumah saya pun tgh sedih agaknya, team dia kalah
    fiezaradzi baru je tulis kisah Layak ke Blog Ini Tercalon??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun