Memburu Selamat

Ini bukan kisah dari filem Kasim Selamat. Bukan. Ini juga bukan kisah anak harimau muda yang gagal diselamatkan dari perangkap pemburu Myanmar tempoh hari. Juga bukan tips blogging cara selamat untuk menang Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Semuanya bukan.

Kisah merapu selamat ini aku tulis hanya untuk mencari jalan selamat membuat entri blog kacak ini sahaja. Dah ada blog, kena la ada entri. Dah berjaya memburu cinta anak Pak Selamat, perlulah dijaga, dibelai dan disediakan keperluan secukupnya. Kan? Selamat membaca!

memburu selamat berikhtiar agar selamat; Kamus Dewan Edisi Empat

Dia memburu seberang sana,
Pasang jerat tetapi tak kena;
Senjata baru besi yang lama,
Biar berkarat masih berguna.

Atur langkah memburu cinta,
Panjang akal mamburu harta;
Ke kiri kanan mencari bahagia,
Di mana syukur di mana redha.

Aku memburu seberang sini,
Pasang jerat tetapi tak jadi;
Mencari ilmu mengatur budi,
Moga selamat kemudian hari.

Selamat mengikuti kursus membina iman dan taqwa kepada sahabat. Setelah setahun sabar menanti tibanya ramadhan, insya-Allah beberapa hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Tarikh mula puasa tahun 2012 ini dijangkakan pada hari Sabtu [21.7.2012]. Selamat memburu Lailatul Qadar.

TehrDemikian kisah 'Memburu Selamat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. cikgu naman says:

    selamat menyambut bulan Ramadhan cikgu Tehr..nanti masa berrblog pun kurang lah sikit..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Dapat cek berganda dari NuffnangMy Profile

    1. onlajer says:

      ya betul selamat memburu Lailatul Qadar pada anda semua
      onlajer baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati Kaki BuliMy Profile

  2. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    selamat juga..
    tengah mula praktis dengan
    berpuasa sunat nih :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Lubang Misteri Yang Terus Misteri Dan Terbaru Di Lebuhraya ChinaMy Profile

  3. Yang penting selamat komen di sini.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tinjauan Penceraian IslamMy Profile

  4. misi kita bersama..memburu lailatul qadar.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Samsung Galaxy S3 Meletup Ketika DicasMy Profile

  5. Ladfe Amir says:

    ada banyak sebab utk kita rindukan ramadan. tetapi jangan pada mulanya hangat pada awal bulan, akhir bulan sudah hilang penangan semangatnya.

    semoga ramadan tahun ini merupakan ramadan yg cemerlang utk kita semua
    insyaAllah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Kalimah Allah Pada AwanMy Profile

  6. daddydee says:

    bersama kita mmeburu…moga hasilnya akan lumayan
    daddydee baru je tulis kisah Antara Ilmu atau HartaMy Profile

  7. ghost writer says:

    selamat juga aku membacanya sampai habis.
    ghost writer baru je tulis kisah impian melucukanMy Profile

  8. sensasi2020 says:

    Hajat di hati memburu rindu,
    Rindu di jiwa masih sendu,
    Kecewa tidak malahan terharu,
    Dengan buruan yg telah dibeku.

    Ramadhan datang disambut selalu,
    Berkat bulan yg penuh berliku,
    Hanya insan mulia boleh diseru,
    sensasi2020 baru je tulis kisah Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  9. rahman says:

    mudah mudahan kita mendapat keberkatan dari ramadhan nanti

  10. ProfHariz says:

    InsyaAllah. Semoga kita dapat bertemu ramadhan lagi pada tahun ini.
    ProfHariz baru je tulis kisah Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar GhazaliMy Profile

  11. chii says:

    menhitung hari utk menyambut ramadhan yg dirindui…sama2 kita buru mlm lailatur qadar
    chii baru je tulis kisah Status Diri SendiriMy Profile

  12. akubiomed says:

    Dapat jumpa kembali bulan Ramadhan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhirMy Profile

  13. eiela says:

    saya pun memburu selamat jugak, mudah-mudahan puasa kita mendapat berkat dariNya.
    eiela baru je tulis kisah Cerita Eyriqazz Vs DenaihatiMy Profile

  14. ikhlas menerima nasihat disemat
    ikut langkah para ambia
    Ramadan datang ucapan selamat
    memburu barakah bulan mulia

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun