Membuat Pilihan

perdana menteri malaysia ke 6Apa khabar sahabat blogger? Sedang minum apa malam ni? Teh 0 lagi? Calon YB mana yang belanja? :D

Apa juga pilihan kita lelaki atau wanita, yang pasti kita perlu bertanggung jawab akan akibatnya sama ada kesan baik yang menyenangkan atau kesan buruk yang menimbulkan kesukaran. Semuanya di tangan kita. Jangan sesekali cuba membuat cerita atau mahu menyalahkan orang lain dengan apa yang terjadi selepas kita membuat pilihan nanti.

Antara motosikal dengan kereta. Kamu pilih yang mana?
Aku pilih motosikal!
Kamu telah memilih apa yang sesuai dengan kamu.

Antara ilmu dunia dengan ilmu akhirat. Kamu pilih yang mana?
Dah pasti aku pilih kedua-duanya!
Kamu telah memilih apa yang terbaik untuk kehidupan kamu.

Antara pemerintah dengan pembangkang. Kamu pilih yang mana?
Aku tak mahu mengundi! Aku tak daftar pun!!
Kamu telah memilih untuk tidak menunaikan tanggung jawab kamu.

Begitulah kita. Dengan tidak memilih untuk melangkah kaki kanan atau kaki kiri, sebenarnya kita juga telah membuat pilihan. Kita memilih untuk berdiri tanpa bergerak ke mana-mana. Ingat ya sahabat! Pilihan kita menentukan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita.

Rasanya seperti dah dekat sangat kita ni dengan Pilihan Raya Umum [PRU] ke-13. Seperti dah sampai kat pintu pagar. :D

kalau nak bersih pakaian dan diri
carilah teluk, sungai atau perigi
kalau nak pilih wakil dalam negeri
pilih yang elok, pandai juga berani

TehrDemikian kisah 'Membuat Pilihan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. pilih yg boleh berjasa kpd agama, bangsa dan negara.
    shameel iskandar baru je tulis kisah Perdana Menteri Bangladesh Mendakwa Rakyatnya Boleh Mendapat Kerakyatan Malaysia Dengan Mudah.My Profile

    1. tehr says:

      semoleknya
      itulah tuntutan yang perlu kita buat, bro
      kita memilih yang berkhidmat
      bukan yang berhormat

      1. dnoBiz says:

        yang tu aku setuju..
        Pilih wakil rakyat bukan pilih ahli politik
        kerana wakil rakyat akan lebih banyak berhikmat pada rakyat dan kurang berpolitik, tapi ahli politik hanya pandai berpolitik sahaja… :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Lampu Solar – Bila dah Terdesak Bahan buangan pun bergunaMy Profile

    2. dnoBiz says:

      itu yang terbaik…
      Yang pasti jangan tengok mereka aja tapi apa sumbangan kita
      dnoBiz baru je tulis kisah Hukum Hudud – Hudud belum sesuai dilaksanakan ( Dr Asri )My Profile

  2. Antara Man Utd dan Chelsea, apa pilihanmu bro? he he.. :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah What You See Is What You GetMy Profile

    1. tehr says:

      saya pilih Man U
      itulah semoleknya untuk semua :D

      1. UPDATE: Man Utd 3 Chelsea 1 GGMU :wink:

      2. dnoBiz says:

        ya la tu tehr..
        padahal dalam hati ada RedWarrior kekekekek
        dnoBiz baru je tulis kisah Hukum Hudud – Hudud belum sesuai dilaksanakan ( Dr Asri )My Profile

  3. padin says:

    pilih dengan sebenar benar pilihan jangan menyesal kemudian hari :D
    padin baru je tulis kisah Tahniah XYZMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      bro padin dah daftar sebagai pemilih ke?
      jangan buat2 lupa pulak

      1. padin says:

        hehe aku cek aritu dah sah pendaftaran hee
        padin baru je tulis kisah Tahniah XYZMy Profile

        1. surihatiku says:

          camnilah guru yg harus d contohi heeee
          surihatiku baru je tulis kisah Setiap Entri Perlu Ada Gambar Ke?My Profile

  4. tips-kurus says:

    pilih yg rajin jemaah di masjid/surau time Subuh & Isya’. hehe!
    tips-kurus baru je tulis kisah Jus KentangMy Profile

    1. tehr says:

      cara terbaik pilih orang terbaik :D

  5. surihatiku says:

    hitam putih warna berseri
    ditambah dengan kombinasi warna
    hamba sudah daftarkan diri
    kelak akan pergi kesana
    surihatiku baru je tulis kisah Tips Memilih Rona Warna Yang SesuaiMy Profile

    1. tehr says:

      ada warna berbagai warna
      ada warna tidak berseri
      hamba juga telah bersedia
      kini hanya menunggu hari

      1. surihatiku says:

        mintak borang memohon cuti
        last minute punya kerja dia sukai
        maaf saya nak pergi mengundi
        untuk bangsa dan bumi pertiwi
        surihatiku baru je tulis kisah Adni Adakah Ini Suratan Atau KebetulanMy Profile

  6. LadyBird says:

    Lady xnak komen.. tp nakkan kepastian.. sebab terlupe akan sesuatu yg pernah dipelajari dulu dalam matapelajaran Sejarah SPM..

    Ape yg lady separa ingat separa lupa.. dalam proses pengundian.. andai separuh atau lebih rakyat yang boleh mengundi tidak keluar mengundi.. maka parlimen boleh dibubarkan dan pentadbiran akan diambil alih oleh pihak tentera sementara parti baru diwujudkan.. betulkan sedemikian?
    LadyBird baru je tulis kisah Daun Kecil ItuMy Profile

    1. tehr says:

      memang tentera berkuasa dengan arahan agong
      cuma mengenai separuh tak keluar mengundi tu, saya tak pasti

  7. maza says:

    ..maza sudah ready,
    daftar pun sudah,
    pen pun sudah tersedia,
    cuma tunggu tarikh aje..

    hehehehe
    maza baru je tulis kisah Rumah usang di kaki gunungMy Profile

    1. tehr says:

      bro maza dah berapa kali mengundi?

  8. Nuar Haruha says:

    Kiri jalan kanan jalan,
    Sama tengah batang keladi,
    Kirim jangan, pesan pun jangan,
    sama-samalah pergi mengundi

    Anak teruna pergi menebang,
    Pergi menebang pohon kepayang;
    Jangan kerana politik uwang,
    Pangkat terbang kerusi melayang.
    Nuar Haruha baru je tulis kisah Pantun Nasihat Sindiran – Bukit Lagi Bintang Berkarang karya Wan KhazimMy Profile

    1. tehr says:

      pergi menebang pohon kepayang
      gergaji pula belum diasah
      pangkat terbang kerusi melayang
      rakyat juga yang dapat susah

  9. Cik Siti says:

    jangan tersalah pilih, kita pula yang akan susah
    Cik Siti baru je tulis kisah Minggu yang BZMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      teropong baik2 yang mana terbaik

  10. Norgadis says:

    Nak pilih yang telus, adakah?
    Norgadis baru je tulis kisah Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan WP LabuanMy Profile

    1. tehr says:

      ada tu, nor
      cuma perlu tengok elok2 je

      1. surihatiku says:

        pilih kain lagi mudah berbanding pilih org cam tak berapa pasti jer heee
        surihatiku baru je tulis kisah Setiap Entri Perlu Ada Gambar Ke?My Profile

  11. Paling pentih kena pilih pemimpin yang mementingkan agama kerana insyaAllah pemimpin yang mementingkan agama akan lebih bertanggungjawab.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah 3 Cara Bagaimana Mengekalkan Kesihatan Buah Pinggang AndaMy Profile

    1. tehr says:

      semoleknya begitulah

  12. adele says:

    mengundi tu satu tanggungjawab. siapa tak daftar dan tak mengundi memang tak bertanggungjawab. saya tak suka jawapan orang yang mengatakan mereka di atas angin dan taknak jawab di akhirat kelak. mereka yang tak mengundi tu lah yg akan disoal di akhirat kelak..huu.wallahua’lam
    adele baru je tulis kisah Rawatan Bekam Lintah di Bangi yang Cekik DarahMy Profile

    1. tehr says:

      dah tanggungjawab kita
      lagi pun tak payah mana
      pilih je yang lebih baik di antara calon yang ada

  13. zulkbo says:

    salam..
    saya dah daftar..dah mengundi
    3 kali..bab parti, masih atas pagar
    saya pilih ikut calon dan faktor
    semasa..undi saya masih rahsia..
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Malaysia vs Jepun 21 September 2011 | Kelayakan Olimpik 2012 | Live Streaming OnlineMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      undi itu rahsia :D

      tapi kadang2 boleh juga diagak, kan?

  14. bEe says:

    Kalau bab politik ni cikgu…
    bEe no comment lah :-P

  15. Mus says:

    ada kala atas pagar adalah terbaik..

  16. yas says:

    aku pun kire atas pagar gak…calon islam adalah pilihan pertama aku…
    yas baru je tulis kisah Kerana nak kurusMy Profile

  17. dnoBiz says:

    Kalau diperhatikan pada simptom simtomnya memang dah terlalu hampir dengan PRU..
    tapi bila dilihatkan musim mungkin tahun depan sebab banjir dah semakin hampir dah ni.. :D
    Ps : Mangsa banjir tahun ni akan lebih terbela.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Hukum Hudud – Hudud belum sesuai dilaksanakan ( Dr Asri )My Profile

  18. akubiomed says:

    Saya pilih pemimpin yang kurang bercakap kosong tetapi kerja kuat untuk rakyat.

    1. akubiomed says:

      Bro TehR ada tip hendak di pilih ketika membuang undi?
      akubiomed baru je tulis kisah Tutorial pasang butang Twitter FollowerMy Profile

  19. Khidhir says:

    hehe.. ingatkan nak berpolitik td…
    Khidhir baru je tulis kisah Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama DomainMy Profile

  20. ohcikgu says:

    jadi, sila daftar mengundi secepat mungkin. :)
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video) Undilah – Malaysia ini negara kitaMy Profile

  21. musi says:

    Pilih yang bercirikan kepimpinan bersederhana bersih, ikhlas, yang benar-benar mahu membawa masyarakat setempat maju ke depan sama rata , jangan pilih pemimpin yang bertujuan kalo jadi YB “hah kaya raye lah aku banyak projek dan .. ….”
    musi baru je tulis kisah Ketaatan setiap MuslimMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      jangan dengar janji je
      tengok juga cara dan gaya hidup seseorang calon, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun