Memandu Kereta Balik Beraya

rebus jagung bersama petola
duduk keliling buat ketupat
balik kampung untuk beraya
pandu cermat jiwa selamat

di ruang depan menjamu selera
duduk bersimpuh di atas tikar
barang keperluan siap sedia
perjalanan jauh tambah lancar

silakan tuan makan ketupat
usahlah malu janganlah segan
jadikan jalan tempat selamat
bukannya kubur arah tujuan

makan ketupat minumlah kopi
sudah tersedia dalam dulang
rehat sekejap tidaklah rugi
ingat semua orang tersayang

hidangan semua sedia dijamu
kawan sejati jiran tetangga
selepas beraya kita bertemu
sabar kunanti segala cerita

Kemalangan maut di jalan raya berlaku setiap hari dengan kadar 3 orang sehari. Perangkaan ini bertambah dengan mendadak di musim perayaan terutama pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Pada tahun 2008 terdapat 6527 kemalangan maut, manakala 2009 jumlahnya meningkat kepada 6745 kematian. Pada tahun ini bilangan cerita kemalangan maut seperti ini dijangka meningkat lagi.
Perangkaan tahun 2008 menunjukkan kemalangan melibatkan golongan Melayu Islam adalah sebanyak 6,703 diikuti bangsa Cina sebanyak 2,190 manakala bangsa India dan lain-lain sebanyak 1,137 kes. Mengapa Melayu Islam dari golongan remaja serta belia yang mendahului carta kemalangan maut ini? Sama-sama kita fikirkan.

TehrDemikian kisah 'Memandu Kereta Balik Beraya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun