Melayu Rosak

Melayu Boleh. Orang Melayu percaya Melayu memang boleh dalam banyak perkara. Cuma apa yang tak enak didengar dilihat sekarang ini ialah kebolehan orang Melayu dalam banyak perkara negatif berbanding perkara positif.

Semangat Melayu Boleh sudah diresapi oleh unsur-unsur negatif dari luar yang bertentangan dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu itu sendiri.

cerita seks gadis melayu
belum kembang sudah layu
kisah penari gelek melayu
bangsa lain tumpang malu

tak akan melayu hilang di dunia
raja-raja melayu di atas takhta
sejarah melayu kenangan bangsa
orang melayu dah tak malu muka

melayu mudah lupa
memang benarlah bagai dikata
baju melayu bukan lagi kegemaran warga
keretapi tanah melayu bukan pilihan untuk ke mana-mana
bahasa melayu bukan lagi jadi hubungan dalam bicara

Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah. Kamus Dewan Edisi Empat

Selamat berpuasa untuk semua. Berbanggalah sebagai seorang Islam bukan terus meninggi diri sebagai seorang Melayu. Islam itu lebih indah dari segalanya. Islam juga yang akan memeriahkan Ramadhan kita nanti bukan orang Melayu Islam yang tak berpuasa.

TehrDemikian kisah 'Melayu Rosak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. hatiputera says:

    Pantun yang begitu bermakna. Semoga kita menjadi bangsa yang berdaya saing.
    hatiputera baru je tulis kisah Statistik June 2012My Profile

  2. cikgu naman says:

    sangat mendalam maknanya…tabik cikgu!!
    cikgu naman baru je tulis kisah RFC Setiawangsa Kuala Lumpur pulaMy Profile

  3. Norgadis says:

    Org melayu sekarang dah mcm bukan melayu. Moga kita akan terus menjaga agama kita…
    Norgadis baru je tulis kisah Ada Norgadis Di Utusan BorneoMy Profile

    1. suri says:

      ada gak org melayu dah jaid cam org cina..bila pi syrkt cina org melayu ada situ tegur kita..senyum kita pun idak…
      suri baru je tulis kisah Ngam HoMy Profile

  4. eiela says:

    setuju dengan cikgu naman, mendalam maknanya, moga kita tak mudah lupa diri
    eiela baru je tulis kisah Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit PerutMy Profile

  5. dinar says:

    moga islam tertegak dalam budaya melayu…agar melayu tidak terus menerus LAYU… LAYU MENTAL, LAYU EKONOMI lagi berat LAYU IMAN..
    dinar baru je tulis kisah Emas dijangka cecah USD$1,800/oz sebelum akhir 2012My Profile

  6. suri says:

    dah melayu itu mudah sgt lupanya..
    suri baru je tulis kisah Tipu Kiri Tipu KananMy Profile

  7. daddydee says:

    bersama kita bersatu hati,
    berjasa terus menabur budi,
    mengekalkan semangat jati diri,
    sebagai Melayu Islam Sejati.
    daddydee baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Putera Lindungan BulanMy Profile

  8. LadyBird says:

    msh ramai lagi kaum melayu yg bagus.. huhuhuhu.. melayu Islam..
    LadyBird baru je tulis kisah Dunia PhotographyMy Profile

  9. suri says:

    ya sb indah bila kita berpuasa mash ada gak2 kaum2 bukan isalm hormat kita masa puasa..depa nk mkn pun cam ada serba salah bila mkn dpn kita.tpi ada sesetenghnya tak hormat langsung
    suri baru je tulis kisah Membenam Riak vs Menongkah SabarMy Profile

  10. maza says:

    ..dan Islam itu bukan Melayu.. kan kan kan..
    hehehe
    maza baru je tulis kisah Rumah Berjirankan KuburMy Profile

  11. shraqs says:

    Bangsa kita perlu ubah paradigma, Melayu tidak semestinya Islam.
    shraqs baru je tulis kisah Tawaran Menarik Dari Samsung AppsMy Profile

  12. saya melayu islam yg akan berpuasa.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah PROTON : Apa kata anda?My Profile

  13. Zida says:

    Melayu makin me-layu. Huhu :(
    Zida baru je tulis kisah Wordless Wednesday #11 – Menara Sushi King’s 34 TingkatMy Profile

  14. Norizwan says:

    Selamat berpuasa cikgu…:)
    Norizwan baru je tulis kisah Empat jutawan Malaysia dan perniagaannyaMy Profile

  15. Cikgu Hairul says:

    Apa nak dibangga dengan Melayu kalau perangai tak semengah. Apa guna jadi Islam kalau cuma status dalam IC. Ayuh amalkan carahidup Melayu Islam. Semoga tak diketawakan dek orang lain.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah GigihMy Profile

  16. hafidz says:

    “selepas mudah lupa akhirmya mudah kena”
    fuh~
    hafidz baru je tulis kisah Album Review : MOJOMy Profile

  17. yas says:

    Terbaik cikgu….selamat menyambut ramadhan semua…..
    yas baru je tulis kisah Duit Online – TOP TEN REFERRAL LINK DENAIHATI MEI 2012My Profile

  18. akubiomed says:

    Kalau taip keyword “Melayu” banyak cadangan yang kurang enak kita boleh baca dari hasil carian Google. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Oh MalaysianMy Profile

  19. Under Perlembagaan.. islam=melayu=islam=melayu…. :D
    Dr M: “melayu mudah lup”… that’s why jadi rosak kot?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah New Banknotes – Distinctively MalaysiaMy Profile

  20. mak lagenda says:

    Selamat berpuasa tehr..esok jgn lupa bgn sahur!
    mak lagenda baru je tulis kisah CONSCIOUSMy Profile

  21. farahaznil says:

    bila baca tadi tiba2 mm nak rappula..ho ho ho….
    farahaznil baru je tulis kisah Harapan Ramadhan – Tahun demi tahun.My Profile

  22. Faizul says:

    Memang ada puak yang tidak memandang kaum sendiri iaitu melayu sebagai topik yang penting. Tapi kerana mementingkan kaum melayu inilah bangsa kita dapat bertahan dibumi sendiri.

    Tahap malas?. Maksimum.
    Faizul baru je tulis kisah Patutkah aku ada domain sendiri?My Profile

  23. Media dan pesekitaran byk mempengaruhi akhlak generasi muda…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Kuih Raya Paling Popular Di Rumah SayaMy Profile

  24. Bro Zulkbo says:

    salam..
    gerun bila membacanya
    risau juga bila melayu
    dah nak jadi omputeh bagai
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Berpuasa Bukan Alasan Islam Itu LemahMy Profile

  25. Nazri says:

    semoga genarasi melayu akan datang hasil dari genarasi gen-Quran, bukan K-POP yang sekse
    Nazri baru je tulis kisah Takaful SaverMy Profile

  26. Kulanzsalleh says:

    Dalam sesetengah keadaan Melayu hanya tinggal pada nama..
    Selamat menyambut Ramadan… selamat berpuasa
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sabah Tahun 2012 | 1433HMy Profile

  27. adele says:

    sy tak bangga jadi Melayu. ada apa pada bangsa? tetapi sy beruntung kerana terpilih menjadi ummat Muhammad.

    Salam Ramadhan Mubarak cikgu!
    adele baru je tulis kisah Ramadhan Kareem – Live Dari Masjidil Haram dan Masjid NabawiMy Profile

  28. chii says:

    hurm..bila bangsa melayu semakin layu…walaupun tidk semua..semakin kurang dan hilang nilai2 kemelayuan..

    apa pun..selamat menyambut bulan ramadhan buat cikgu dan family
    chii baru je tulis kisah Internet tanpa sempadan – UnifiMy Profile

  29. fiezaradzi says:

    semangat jati diri tu tak pe, tapi jgn lebih2 sampai lupa Islam yg sebenar..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  30. titan says:

    em..masih ada melayu yang kacak-kacak maa..
    titan baru je tulis kisah Berpuasa dengan Alpha Lipid Slimdiet IIMy Profile

  31. Melayu it bukan semestinya Islam. Melayu Bukan Islam dan Islam Bukan Melayu. Masalah utama orang Melayu ketika ini, atas kesan pencucian otak dan bermacam lagi dakyah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun