Melalui Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra

Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang merentangi Sungai Kelantan menghubungkan Pasir Pekan dan Kota Bharu telah dibuka sebahagiannya. Hari ini aku berpeluang melalui jambatan baru ini. Kami sekeluarga menuju ke rumah abang aku di Padang Tembak untuk menghadiri majlis kenduri kahwin.

laluan kiri jambatan sultan yahya petraLaluan di sebelah hilir sungai sahaja yang telah siap dan dibuka sempena Tahun Baru Cina ini. Perjalanan memang terasa lebih selesa dengan adanya laluan baru ini. Laluan di sebelah hulu sungai masih dalam pembinaan dan dijangka dapat digunakan pada bulan Julai nanti.

laluan bertingkat jambatan sultan yahya petraLaluan bertingkat menghala ke Langgar dan Kubang Kerian masih belum dibuka. Aku mengambil jalan Kubang Kerian untuk ke Padang Tembak kerana mahu mengelak dari kesesakan di pusat bandar Kota Bharu. Nampaknya jejambat di Pasir Hor juga telah siap dan dapat digunakan.

Laluan atas ke Kubang Kerian,
Belumlah siap untuk diguna;
Pilihan ramai laksa Kelantan,
Lemak manis enak rasanya.

Aku tak makan nasi di tempat kenduri petang tadi kerana aku dapat pilihan lain iaitu laksa Kelantan. Aku memang suka makan laksa Kelantan. :D

TehrDemikian kisah 'Melalui Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. bahrain says:

    kelantan pun ada laksa ea…hahaha
    bahrain baru je tulis kisah PADAH MELAWAN HUKUM ALLAHMy Profile

  2. Memang sedap kalau makan laksa..laksa yang saya suka laksa Sarawak..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Kembali Ke Dunia Maya : 1001 Al Kisahnya.My Profile

  3. kakyon says:

    lama sungguh tak ke Kelantan.rasanya lepas CNY ni nak kesana. boleh singgah rmh tehr..:)
    kakyon baru je tulis kisah hadiah CNYMy Profile

  4. akubiomed says:

    Harap pembinaan jambatan ini memberi keselesaan kepada pengguna.
    akubiomed baru je tulis kisah Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hatiMy Profile

  5. mie says:

    laksa kelantan?
    slalu makan laksam kelantan je..
    eehhehee
    mie baru je tulis kisah Masjid Sultan Dan Murtabak Zam Zam SingapuraMy Profile

  6. sensasi2020 says:

    Laksa Kelate sedap dimakan,
    Laksa Penang enak dirasa,
    Jabatan Baru selesa sakan,
    Bolehlah balik ke kampung kita.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Senarai Yang Menyertai 10 blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  7. sensasi2020 says:

    Jambatan dibina untuk keselesaan,
    Kesesakan juga dapat diatasi,
    Segala kesulitan dah mula berkurangan,
    Segala kesenangan mulai dinikmati.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Senarai Yang Menyertai 10 blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  8. Wan Fauzi™ says:

    dah siap dah… lepas nie tak sesak lagi naik jambatan..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum Menyambut Valentine`s DayMy Profile

  9. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tak pernah sampai lagi di sana..
    pasti kemudahan ini memberi
    menfaat banyak pada rakyat
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Apa Itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan? Pencegahan Dan Cara RawatanMy Profile

  10. de engineur says:

    Elok lah dah Ada jambatan baru.

    BTW, laksa Kelantan ni lebih pedas drp laksa Thai ke, bro? Tak pernah cuba lagi
    de engineur baru je tulis kisah India to have highest transmission voltage at 1,200 kVMy Profile

  11. titan says:

    wah, sibuk benar gayanya jambatan nih..
    titan baru je tulis kisah Titan Poker?My Profile

  12. effort lab says:

    Rasanya jambatan ni la yg keluar tv haritu kan?
    effort lab baru je tulis kisah Sandal Archport [4 gambar]My Profile

  13. hairulafiz says:

    okaylah skrg ni KB dah tak sesak lagi..
    hairulafiz baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru Cina 2013My Profile

  14. nazray says:

    terima kasih kepada jambatan,
    belum siap tapi selesa,
    sangat sedap laksa kelantan,
    hati teringin sama merasa.
    nazray baru je tulis kisah Bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan | Pendaftaran dibuka sekarang.My Profile

  15. azura says:

    laksa memang sedap
    azura baru je tulis kisah Penat Tapi Tak PayahMy Profile

  16. fiezaradzi says:

    macam mana rupa laksa kelantan tu ye? mungkin cikgu tehr leh kongsi..

    bila kelantan nak buat jambatan bertingkatan kat kawasan jeli? boleh lalu dgn senang bila time rayy.. hahaa…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun