Mega

Bagi kegunaan biasa, kata mega membawa maksud besar atau sangat besar. Pun begitu, kata ini boleh juga digunakan sebagai gantinama bagi awan. Perkataan yang biasa kita sebut dan dengar seperti mega mall, mega sale, megapixel, projek mega atau mungkin juga jam Omega. Manakala suri rumah pula biasa dengan telur Omega-3 yang dikatakan mengandungi kandungan kolesterol yang rendah.

Kata Takrif
mega- (méga) awalan asing 1. sangat besar, mis megalit; 2. sejuta, mis megawatt dan megavolt.
mega (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan.
mega I /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan.
mega II (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~.

megakalaulah ribut datang menyakat
nasib helikopter jatuh terhempas
kelam kabut harga meningkat
projek mega mungkin terkandas

rendah kolestrol telur omega
bahan yang sihat bergizi tinggi
kepala benjol hidung terluka
kerana jahat memungkiri janji

mega mendung berarak petang
bayu dingin datang menyambar
perut kembung tidur terlentang
mengapa angin tak mahu keluar

Demikian tiga rangkap pantun empat kerat yang sempat saya buat dengan menggunakan perkataan mega dan omega. Jangan lupa entri Pantun Pilihan Dari Sahabat yang mungkin dapat saya siapkan petang Khamis nanti. Kata kunci belum tahu lagi ni… Nak pilih perkataan apa ya?

TehrDemikian kisah 'Mega' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


68 Comments

  1. akubiomed says:

    Ini adalah maksud Omega 3 – Minyak yang diperoleh daripada hepar ikan kod yang kaya dengan vitamin A dan vitamin D. Minyak ini digunakan sebagai sumber asid lemak perlu seperti lenoleik dan lenolenik. Minyak ini digunakan sebagai bahan penambah dalam makanan haiwan yang kekurangan asid lemak perlu atau asid lemak omega 3 dan 6. (rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

    Kalau Mega baru betul apa yang tertulis diatas :-)

    1. tehr says:

      terima kasih, bro
      kerana memberikan maksud omega 3 yang sepenuhnya

      saya hanya fokus kepada jenama telur je

  2. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..tetiba teringat
    kumpulan Mega yang popular
    zaman sekolah saya dulu..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Tiruan Rupanya Tulen – Pengesahan DNAMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      popular juga masa tu kan, bro
      nak kena cari balik ni kat mana ada lagu2 mereka

      1. benjy says:

        apa kata kita nyanyi lagu GUGURNYA BUNGA CINTA ramai2 … kira unplug lah katakan … (aku jadi pemain tamboring pun jadilah)
        benjy baru je tulis kisah MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

        1. tehr says:

          aku suka kalau boleh ketuk drum
          dah lama tunggu nak lepas geram :D

          1. hafizmd says:

            ok cantik..drummer ngn tamboring dah ade…kita kena cari vokalist pulak…sapa nak jadi? angkat tgn cepat!
            hafizmd baru je tulis kisah Bukti 11 tak selalunya 2…My Profile

      2. taaak pernah ku alamiii..
        taaak mungkin ku hindariii…
        diiihimpit perasaan bayangan gurauann…

        ehem..sekian

        1. Ismail N says:

          wah sebjik macam suara Rahmat la TE… :D
          Errr betul ke vokalis Mega dulu nama Rahmat.. dah lupa lak kawe?
          Ismail N baru je tulis kisah Rossa – Ku MenungguMy Profile

        2. dnoBiz says:

          Wah Bro… boleh buat piring hitam ni :D
          dnoBiz baru je tulis kisah Ceroboh FaceBook – Teknik Cabul FaceBook orang lainMy Profile

          1. suri says:

            haa.. kulu pakai piring cd blh tak keeeeeee :) suri clh tolog siapkan civer muka depan TE hiii ;)

    2. Cik Siti says:

      apa kata kita suruh tuan rumah jadi vokalisnya…. he..he…he…
      Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

      1. padin says:

        dia nak main drum je tu keh3..

      2. tehr says:

        tuan rumah hanya boleh nyanyi lagu ‘senyap dan sunyi’ je
        huhu

        1. suri says:

          alah takan jdi bisu bro ho..

          alah katakan jer bro blh nnyi lagu selamat mlm nnyi faizal tahir tu utk d degar anak dn juga si dia hee…

          romantik lagi tu :)

  3. padin says:

    WAH bila baca tajuk tengok macam bro nak
    review pasal Kumpulan Mega tu, keh3
    rupanya maksud lain plak..

    teringat bait lagu,
    “mega mendung di angkasa..”
    rupanya nak bagitau awan.. kih3

    1. tehr says:

      kusangka panas sampai ke petang
      rupanya hujan di tengah hari
      kusangka dapat be nuffnang
      rupanya hampa berkunjung lagi

      haha

      1. padin says:

        wah ini lagu kumpulan akar
        hehe dulu dok menunggu peluang
        teka perkataan pertama di Sinar, keh3

        1. tehr says:

          ada pernah menang ke, bro?

          1. padin says:

            tak pernah dapat tembus talian keh3

      2. bEe says:

        MEGASELL!!!! plg mantop & best. hehehehe :-P

  4. telor omega bergizi tinggi,
    jam omega bahan bukti…

    he..he..
    insan marhaen baru je tulis kisah Songkok TinggiMy Profile

    1. tehr says:

      pantun dua kerat ni, bro :D

    2. hafizmd says:

      aku sambung aku sambung…

      ramai juga pakat dok cari
      habis bising seluruh negeri

      he he dan he he… :D
      hafizmd baru je tulis kisah Bukti 11 tak selalunya 2…My Profile

      1. tehr says:

        wah, makin best ni
        macam acara bergu pulak :D

  5. benjy says:

    Antara banyak2 mega tu … mega sale lah paling seronok sekali … ada banyak diskaun sehingga harga barang RM 500.00+++ pun boleh jatuh sehingga RM 100.00+++ … masa tu berbelanja habis-habisan last-last poket aku pula terdiskaun secara tak sengaja … mula2 RM 600.00 last2 tinggal RM 10.00 …
    benjy baru je tulis kisah MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

    1. tehr says:

      cukup la tu buat isi petrol balik rumah
      hehe

      1. hafizmd says:

        isi pulak minyak petronas xtra…dapatlah lebih kilometer sikit…betul ke?hehe
        hafizmd baru je tulis kisah Bukti 11 tak selalunya 2…My Profile

  6. sud@is says:

    haha…tunggu jualan mega

    omega3 pula jangan dilupa
    untuk sihat jantung dan limpa
    sud@is baru je tulis kisah HItam Putih KehidupanMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tunggu mega bonus boleh ke, sud@is?
      ada ke? :D

      1. sud@is says:

        jgn menaruh harapan ….cikgu..
        sud@is baru je tulis kisah Tak Suka Check-up- Takut p SpitalMy Profile

        1. tehr says:

          ni lagu zaiton sameon pulak ni, sud@is, kan?

  7. 1 perkataan banyak maksudnya…
    Itulah seninya Bahasa Melayu :D
    aktechpage.com baru je tulis kisah AdamFazicom- Blog Pelakon Jahat TaikoMy Profile

    1. tehr says:

      kali ni kita pakat2 main dengan perkataan, mal

  8. singgah sebentar di rumah nyonya,
    sekadar niat bertegur sapa,
    telur omega banyak khasiatnya,
    susu omega jangan dilupa

    1. Ismail N says:

      Errr.. ada ke susu omega? cam tak pernah dengo aje :D
      Ismail N baru je tulis kisah Rossa – Ku MenungguMy Profile

      1. er ada je hehe susu anlene omega rasanya
        tengkorak emas baru je tulis kisah Sorry- your dream crushedMy Profile

        1. tehr says:

          mungkin juga ada
          aku sendiri tak pasti

  9. titan says:

    megaman. game yang tengah main sejak bulan lepas. Tak lepas-lepas lagi level 1 nih..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari PanduanDplicomMy Profile

    1. tehr says:

      game apa pulak ni, titan?
      aku memang ketinggalan kalau bab game ni

  10. kaizen says:

    ini komen yang terpaling mega…. ataupun, megamen or komega… ngeh3

    tehr, letak r komentator yang paling mega… ngeh3
    kaizen baru je tulis kisah TeNSioN GaMBaR aNDa DiKuTuK JaNGaN uPLoaD!!!My Profile

    1. tehr says:

      akronim baru ke ni, bro? :D

  11. shameel says:

    salam Tehr.
    Secara umum, 3 mega yg saya tahu. Mega yg membawa maksud awn, mega yg membawa maksud besar dan kumpulan rock mega yg pernah popular dgn lagu sekuntum bunga sakuta di gurun sahara
    shameel baru je tulis kisah UMAT ISLAM DI VIETNAMMy Profile

    1. tehr says:

      kumpulan rock mega je yang dah menghilang

  12. nasslimdiet2 says:

    pandai betul tuan berpantun, respek la.
    nasslimdiet2 baru je tulis kisah Pelancaran produk Sleep Time di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      sekadarnya je, bro
      sambil berhibur hati

  13. mie says:

    telur omega mahal la pula…
    heheheeee
    mie baru je tulis kisah Malaysia Grand Prix Concert RAIN LiveMy Profile

    1. tehr says:

      telur orang kaya ni, mie

      [telur orang kaya?]
      pelik je bunyi…

      1. mie says:

        itu la…..
        adkah telur tiruan untuk orang miskin?
        ehehee
        mie baru je tulis kisah Malaysia Grand Prix Concert RAIN LiveMy Profile

  14. Cik Siti says:

    suka tengok mega structure(betul ke ejaan) di national geo sebab boleh tengok bangunan besau-besau…
    Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

    1. tehr says:

      idea dan usaha yang berterusan
      membuat kita kagum tu

  15. dyea says:

    ada satu mega yg ramai peminat….kumpulan mega…masa lagu takdir dan waktu melatup ni la salah sorng peminat.

    1. Norgadis says:

      betul2 kum mega ramai peminat…
      susu omega pun ramai peminatnya, sampai selalu kehabisan stock kat kedai hehehe…
      Norgadis baru je tulis kisah Norgadis Bermesyuarat LagiMy Profile

    2. tehr says:

      saya pun suka lagu ni, dyea :D

    1. tehr says:

      jam mahal ni, dno

      aku tak suka pakai jam
      payah nanti kalau apa2 hal berlaku :D

  16. Bro tehr terlupa satu lagi Mega tu.., Mega Wati….. :)
    Sorry.., gurau jer. pendeknya tajuk post ni.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah SBC May 2011 GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      macam pernah nampak je mega wati ni
      kat mana ya?

      1. Megawati soekarno putri…..
        “Mega” gak tu…. :D :D :D
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah SBC May 2011 GiveawayMy Profile

  17. Norgadis says:

    bayu dingin datang menyambar
    mega mendung berarak lalu
    mengapa angin tak mahu keluar
    kerana pintu tertutup selalu
    Norgadis baru je tulis kisah Norgadis Bermesyuarat LagiMy Profile

    1. tehr says:

      sapa pulak yang suka tutup pintu ni?
      haha

  18. zik says:

    takziah kepada juruterbang helikopter yang terkorban di sarawak tempoh hari… Alfatihah..
    zik baru je tulis kisah Kucing makan buah tembikaiMy Profile

    1. tehr says:

      takziah kepada keluarga allahyarham
      moga2 mereka bersabar

  19. kakyong says:

    jarang2 sekali org guna perkataaan mega mendung, mega merah… hehhehe..
    kakyong baru je tulis kisah 6th batch – gambar si cilik berbasikalMy Profile

  20. toyol says:

    bnyk projek mega skrg, nk2 kt sarawak la ni..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah TERIMA KASIH!My Profile

  21. MDHAFiZ.NET says:

    Mega…megawati sukarnoputri.. :)

  22. Mus says:

    memang banyak maksudnya..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Jalan Di Sebuah KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun