gosehat cahayacinta apacerita
tak kenal maka tak cinta
Cik Siti onlajer coretananuar

Matahari Atas Kaabah

Entri ini sekadar mahu berkongsi satu info yang saya dapat dari takwim hijrah dan jadual waktu solat yang tergantung di dinding rumah. Waktu Istiwa’ [Matahari berada tepat di atas Kaabah] berlaku setiap tahun, dua [2] kali dalam setahun.

matahari atas kaabah

Tahun ini, waktu Istiwa’ akan berlaku kali pertama pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang dan kali kedua pada 14 Sya’aban / 16 Julai 2011 pada jam 5.28 petang waktu Malaysia. Maklumat ini mengikut kiraan Unit Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Peluang baik kepada semua untuk membuat semakan arah kiblat.

semak arah kiblat
mudah tunai solat
selalu mesti ingat
moga dapat berkat

matahari atas kaabah
tanda kebesaran allah
semua tambah mudah
bukan semakin payah

Cara menyemak arah kiblat ketika matahari berada betul-betul di atas kaabah ini ialah dengan cara melihat kepada bayang-bayang objek yang berdiri tegak 90 darjah. Tepat ketika ini juga, kalau kita pandang ke arah matahari bermakna kita sebenarnya sedang menghadap tepat ke arah kiblat. Sama-samalah kita menyemaknya pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang nanti.

TehrDemikian kisah 'Matahari Atas Kaabah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

38 Comments

  1. mie says:

    oh!!!
    gue penah tahu tentang ni..
    penah juga try…
    heheeee
    mie baru je tulis kisah Nur Kasih The Movie Kini Di PawagamMy Profile

    1. tehr says:

      sesuatu yang perlu diketahui oleh kita semua

      1. Ismail N says:

        err sorry tumpang kat sini.. maleh pulak nak scroll ke bawah.. ampun cikgu.
        Bro, 28 Mei tu Champion League final ehh.. apa petandanya tu?
        Ismail N baru je tulis kisah Akaun Twitter BaruMy Profile

        1. tehr says:

          tandanya MU nak pungut piala lagi la tu :D

          1. hafizmd says:

            hehe…ade saje tuh….tp akhirnya manu yg kene pungut ngn barca…sedeh2 aku :(

      2. mie says:

        memang kena diketahui…
        heheheee
        mie baru je tulis kisah Nur Kasih The Movie Kini Di PawagamMy Profile

  2. MDHAFiZ.NET says:

    lepas ni boleh lh semak arah kiblat…asyik guna kompas saja betul ke x sy sendiri pun x tahu :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah MDHAFiZNET WordPress Version!!My Profile

    1. tehr says:

      jom pakat2 semak nanti
      harap2 pada ketikanya nanti kita tak ada urusan lain

  3. Gayahspears says:

    ye.. tahu dari seorang teman…
    bg yg xtahu.. info ni sgt bergune…

    bro Tehr.. gayah da dapat jawapannya :-
    enang-tenang air laut
    Sampan kolek mudik ke tanjung
    Hati terkenang mulut menyebut
    Budi baik rasa nak junjung..

    betoi tak??? hahah
    Gayahspears baru je tulis kisah Makan HatiMy Profile

    1. tehr says:

      betoi2 :D
      banyak yang nak kita ambil tahu
      cuma kadang2 bila sampai ketika, lupa la pulak

  4. Norgadis says:

    Salam,
    Lama dah tak tinggalkan komen dan pantun kat sini,
    kadang2 tu singgah kjp je, bz pula kebelakangan ni.
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Ke3 Perjalanan Ke KUISMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      dah balik ke sabah ke, nor?

  5. kakyon says:

    insyaallah..nak semak balik arah kiblat..
    kakyon baru je tulis kisah Awasi riba dalam pembelian emasMy Profile

    1. tehr says:

      sangat bagus ni kalau sapa2 yang baru pindah rumah, kakyon

  6. [...] dan sekarang mimpi yang indah itu bertukar kepada mimpi menjadi kenyataan seperti yang cikgu tehr cakap dalam entri sebelum ini. Ok mata sudah mengantuk, bateri pula perlu di caj sehingga 8 jam dan [...]

  7. othells says:

    mekasih untuk informasinya..

    salam kenal
    othells baru je tulis kisah terapiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kenal dan tq sudi singgah dan komen

  8. sud@is says:

    timakasih sharing info yang hebat
    semoga semua beroleh manafaat
    sud@is baru je tulis kisah Nyawa Murid Jadi Taruhan!!!!My Profile

    1. tehr says:

      insya allah kita semua beroleh manafaatnya

  9. Cik Siti says:

    terima kasih dengan info ni…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berakit-rakit ke huluMy Profile

    1. tehr says:

      sama2, cik siti
      sekadar menyebarkannya je :)

      1. suri says:

        datangnya hanya sekli..:)

  10. Terima kasih tehr.
    Nanti 28 Mei cuba ingat dan buat sendiri…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Beginner SEO TipsMy Profile

    1. tehr says:

      sama2
      tahun lepas saya terlepas waktunya
      hehe

  11. oh..sebab itu tongkat istiwa’ dinamakan sebagai salah satu teknik mencari arah kiblat

    1. tehr says:

      nampak macam tu la asal namanya, te
      dunia makin canggih tapi teknik lama masih boleh dipakai, kan?

  12. suri says:

    mungkin kerana bumi pasa semacam jer…atau sb org buat dosa huuu

  13. decrewz says:

    Serius jai pun x tau berita ni.. Abis tu, kena cek kiblat balik la?
    decrewz baru je tulis kisah Kemana Hilangnya Budi Bahasa Orang MelayuMy Profile

  14. ohcikgu says:

    teringin nak gi mekah..menunaikan haji..takpe. tunggu, tak lama lagi..
    ohcikgu baru je tulis kisah Sejarah dan evolusi Kad Pengenalan MalaysiaMy Profile

  15. aan says:

    thanz share…farhan baru taw nie…:-)
    aan baru je tulis kisah Justin Bieber dulu pernah belajar Add Math !My Profile

  16. Mus says:

    terima kasih atas infonya bro..
    Mus baru je tulis kisah Cabaran Jalan Kaki Ke Sekolah Luar BandarMy Profile

  17. Rajdev says:

    Berita baik ne ,nanti nak sampaikan kepada family ,thank
    Rajdev baru je tulis kisah Panduan Buat Duit Dengan Video BlogMy Profile

  18. yas says:

    dah tak lama tu 28 mei…set alarm kt hp….kalau tak kompom lope punyaa…..
    yas baru je tulis kisah Review blog bersama ariedMy Profile

  19. adele says:

    kena masuk thing to do ni..tak sabar nak tgok :)
    adele baru je tulis kisah Asas Pembahagian Faraidh Bahagian 1My Profile

  20. Fahmishah says:

    terima kasih untuk info :)

  21. nonie says:

    nk share artikel ni ye tuan tanah.. =)

  22. Perkongsian yang menarik bro.Saya sebelum ni tak tahu pun tentang hal ni.Terima kasih bro kerana telah memberikan saya satu ilmu baru.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Kenali Diabetis Insipidus Bah 2My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge