gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Mata Pelajaran Sejarah

Mata pelajaran sejarah semakin kerap dibincangkan di kalangan guru-guru, tidak terkecuali guru-guru di sekolah rendah. Ini berikutan keputusan kerajaan menetapkan mulai 2013 sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] dan sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah {KSSR].

Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan
bebaskan malaysia dari penjajahan
memerintah sendiri di dalam aman
berbilang kaum berbagai keturunan

Tun Abdul Razak bapa pembangunan
membawa negara ke arah kemakmuranperdana menteri malaysia
agenda utama membasmi kemiskinan
kehidupan di bandar juga pedalaman

Tun Hussein Onn bapa perpaduan
hidup sejahtera satu keperluan
semua kaum cintakan keamanan
dari arau hingga ke sandakan

Tun Dr Mahathir bapa pemodenan
kilang tumbuh di tanah pertanian
dunia mula mengubah pandangan
nama malaysia menuju kemasyhuran

Tun Abdullah dalam peperintahan
bapa pembangunan modal insan
Islam hadhari menjadi pegangan
hanya sekejap memegang jawatan

Dato’ Seri Najib memerintah kini
diberi gelaran bapa transfomasi
tetapi kejayaan belum terbukti
hanya masa menentukannya nanti

Nampaknya pelajar dan guru-guru di sekolah rendah akan mendapat hadiah lagi tahun depan berupa satu kurikulum terkini dan juga buku-buku yang baharu. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah [KBSR] yang digunakan ketika ini akan berjalan seiring dengan KSSR. Dengan perubahan ini juga PPSMI yang telah mendapat bantahan dari kalangan masyarkat akan turut menjadi sejarah dalam sistem pendidikan negara kita.

Saya pernah terjatuh ke dalam perigi ketika dalam darjah satu. Sejarah juga ni… sampai sekarang saya tak boleh lupa. :)

TehrDemikian kisah 'Mata Pelajaran Sejarah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



45 Comments

  1. Cik Siti says:

    Setuju dengan cadangan untuk menjadikan Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus agar kita tahu akan sejarah negara… supaya kita tidak terus leka… kerana ada masa kita harus berpaling untuk menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan pedoman

    1. tehr says:

      ramai yg dah lupa asal usul sekarang ni

      1. dnoBiz says:

        Tapi diharap lepas ni jangan ada yang belajar dan hafal sejarah semata mata untuk lulus sahaja
        dnoBiz baru je tulis kisah Hantu – Kenali jenis jenis HantuMy Profile

        1. tehr says:

          … dah biasa
          semuanya untuk lulus ujian, dapat sijil

    2. setuju.. sejarah negara tak boleh dilupakan. Semestinya kita belajar dari sejarah.
      lowongan pekerjaan baru je tulis kisah TAX Specialist for e-SPT Compliance and Web Specialist Vacancy SudirmanMy Profile

      1. tehr says:

        yups,
        sudah semestinya

  2. akubiomed says:

    Betul-betul. Elok pelajaran Sejarah diberi titik berat sikit. Saya masa sekolah subjek Sejarah paling diminati. Mula-mula dulu ingat nak jadi ahli arkeologi last-last jadi Biomed.
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      sejarah sebagai pedoman
      jangan jatuh di lubang yg sama dua kali :)

  3. kulanz says:

    Dah tiba masanya sistem pendidikan Malaysia dikemaskini..
    kulanz baru je tulis kisah Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan GalasMy Profile

    1. tehr says:

      tak kemas2 juga, bro
      lima tahun lagi, tak tahu la apa pula yg datang

  4. padin says:

    Sejarah yang aku tak boleh lupa,
    aku dapat D dalam percubaan SPM Sejarah 2003 huhuu
    padin baru je tulis kisah Lukisan WangMy Profile

    1. tehr says:

      aku pasal tarih memang kalah
      tarikh kawin pun, ingat2 lupa
      selalu je kena perli…

  5. kami says:

    mata pelajaran sejarah memang penting..
    dari situ anak bangsa kita akan tahu asal usul dan sejarah yang ada di negara kita, mmg patut dijadikan subjek wajib lulus..:)

    1. tehr says:

      pemimpin juga jangan buat2 lupa sejarah negara

  6. zulkbo says:

    Salam..
    realitinya mata pelajaran sejarah
    adalah kesukaan saya hingga kini
    apakan daya dapat A dalam SPM
    1988 tapi dulu tidak dia anggap
    hebat seperti Geografi mahupun
    mata pelajaran yang lain..
    zulkbo baru je tulis kisah Kisah Petai Dalam LifMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      betul tu, zul
      sekarang ni dah nampak sangat ramai yg dah lupa asal usul
      elok sangat kerajaan wajibkan mp ni lulus untuk dapat sijil spm

  7. werdah says:

    Salam Tehr

    Suka baca pantun dalam N3 ni.

    Pernah dulu membenci m/p ini
    Buku tak pernah bawa balik
    simpan dalam almari
    masakan tidak bukunya tebal berinci-inci
    Baca tak memahami akhirnya dapat 5 je dalam SPM.

    Tapi sekarang alhamdulillah suka pula sejarah negara
    Pilihan utama sirah Nabi dan perjuangan sahabat.
    werdah baru je tulis kisah GhururMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga tenat dalam mp ni
      payah sangat nak ingat tahun :)

  8. brutalsolo says:

    nak buat pembetulan sikit…
    tun razak bapa najib
    tun Hussein Onn bapa Hishammuddin
    tun mahatir bapa mukhriz
    brutalsolo baru je tulis kisah SEMUA ORANG MASUK SURGA HANYA KERANA RAHMAT DARI ALLAHSWTMy Profile

    1. tehr says:

      tan tin tun
      kartun dalam komik gila-gila

  9. dnoBiz says:

    Yang pentig harus diterap kan budaya memahami dan menghayati dalam sistem pendidikan, jangan hanya sekadar tahu dan hafal, kerana sejarah harus dihayati
    dnoBiz baru je tulis kisah Hantu – Kenali jenis jenis HantuMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 juga para pemimpin menghayati sejarah :)

  10. zik says:

    sejarah… harus lulus…. bagus2x… tapi sejarah harus betul faktanya… bukan auta..
    zik baru je tulis kisah Smart tunnel di tutup hari ini sementara!!My Profile

    1. tehr says:

      ini satu lagi pokok persoalan
      sejarah ditulis oleh orang yg menang dan berkuasa
      kekadang tak berapa benar

  11. etomyam says:

    sejarah memang subjek kegemaran sejak di sekolah rendah lagi, kes suka tengok cerita lama2 kot hehehe
    tapi elok jugak langkah ni
    etomyam baru je tulis kisah Penangan Monday BluesMy Profile

    1. tehr says:

      lama tak tengok cerita ‘amok tok nading’

  12. sabri says:

    sya ske sjrh..tp nk mmbca tu pnt skit..hehe
    sabri baru je tulis kisah Web – Chat Beramai2 Lebih Mudah Di FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kebanyakan buku2 sejarah ni tebal semacam je :)

  13. diea says:

    cmne leh jtuh dlm perigi?hehe…sejarah=bed time story…hehe
    diea baru je tulis kisah dah lepas seksa akufuuuhhhMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau camne boleh jatuh, mungkin tergelincir
      saya nak mandi, sedar2 dah ada kat dalam perigi
      hahaha

  14. suri says:

    suri dulu sejarah dapat B jer huhu…

    1. tehr says:

      saya dah lupa dapat berapa
      yang pasti bukan A :)

  15. suri says:

    walaupun subjek bi bm kena lulus wajib, sejarah juga harus di utamakan takut nnti anak2 skg lupa asal usul negara kita..bila negara kita di jajah dan sebagainya..

  16. ladfe amir says:

    aku suka baca sejarah islam.

    1. tehr says:

      ya, banyak pedoman dan panduan untuk kita di akhir zaman ni

    2. suri says:

      sejarah it suka tak hihi..

  17. sangilapi says:

    yang pasti sejarah sebenar sekadar tinggal sejarah[sudah diputarbelitkan] :(
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu bro
      tapi akhirnya akan terbongkar juga… w/pun lambat

      1. suri says:

        suri terus ingat..
        sejarah tak mungkin berulang..lagu tomok tuh hee..

        1. pemuras says:

          setuju bro..isi kandungan perlulah dirombak dahulu sebelum jadi matapelajaran wajib..

          1. tehr says:

            jangan seperti tikus membaiki labu dah le

  18. seri says:

    setuju tu agar generasi akan datang lebih memahami negara mereka. jangan saja ikut sejarah dulu, orang melayu di label pengganas omputih di label hero dia.
    seri baru je tulis kisah Auto Blogwalking- Implikasi Terhadap BlogerMy Profile

    1. tehr says:

      sejarah ditulis oleh orang yang menang
      memang banyak fakta yang salah

  19. kakyong says:

    ade jer perubahan yg dibuat… kejap begini kejap begitu..
    sepautnya dah lama buat ni…
    kakyong baru je tulis kisah Kawan baru en ayahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge