Mata Keranjang Lawan Pisau Cukur

Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan mata ialah alat pancaindera pada muka manusia atau binatang yang digunakan untuk melihat manakala keranjang ialah sejenis bakul besar yang dianyam secara kasar. Mata keranjang pula satu kiasan bermaksud lelaki yang sangat suka melihat perempuan.

Pisau cukur ialah sejenis pisau yang digunakan untuk bercukur samada bulu, misai, janggut atau rambut. Bahasa kiasan kepada pisau cukur ialah perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki.

Pakcik Google ada menunjukkan sebuah lagu nyanyian biduan R. Azmi bertajuk Mata Keranjang dan sebuah lagu bertajuk Pacar Pisau Cukur nyanyian kumpulan Bad Boys. Jom layan lagu Mata Keranjang nyanyian biduan R. Azmi. :D

mata keranjang macam sembilang
itulah kelakuan yang curangr. azmi lirik mata keranjang

baik lelaki atau perempuan
yang tidak malu atau segan

kalau perangai biang keladi
semua jadi jadi jadi jadi

pantang ditegur dan dilayan
biji mata berputaran

untuk menawan siapa saja
asalkan jadi jadi jadi jadi

memang begitu si keranjang
pasang jerat mata duitan

buang satu cari lagi
semua tayang jadi jadi jadi

Susah juga untuk digambarkan apa akan terjadi kalau si mata keranjang bertemu dengan si pisau cukur. Mungkin ia sangat sesuai dan sepadan atau boleh dikatakan pula sebagai padan muka keduanya. Apa kata Kamus Dewan mengenai padan muka ini? Rasanya lain kali sahaja kita cari maksudnya. :D

TehrDemikian kisah 'Mata Keranjang Lawan Pisau Cukur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. fendidahada says:

    mata ku umpama lensa…mencari keindahan alam untuk dilihat..hehe

    1. tehr says:

      yups
      lihat yang baik2 je :)

  2. Syafrizal says:

    macam-macam ada hehe….
    Syafrizal baru je tulis kisah Twitter dah ada fungsi analyticMy Profile

    1. tehr says:

      macam2 je gelaran diberikan dalam masyarakat

      1. suri says:

        adat melayu alas dalam peribahasa mmg enak di degar tapi klu terkena cukur olh org yang mata duitan mmg nasib malanglah namanya

  3. seri says:

    elok lagi kena mata keranjang, terkena pisau cukur habis lingkup papa kedana kita dibuatnya.

    1. tehr says:

      dua2 tak mahu :D

  4. Hadi Rofiee says:

    Hehe, jika bertembung keduanya, padan mukalah jawabnya. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Hikmah di sebalik sambutan Aidiladha di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      nasib juga tu, hadi

  5. Sir Marcello says:

    mata aku jenis ada ‘target located’….dimana ada amoi lenglui…otomatik terpandang…miyahaha~
    Sir Marcello baru je tulis kisah Cinta Poyos Uncle SeekersMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 terpandang nyonya juga :(

      1. zik says:

        nyonya… hilang selera..hehee
        zik baru je tulis kisah Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di MalaysiaMy Profile

  6. sud@is says:

    kedua2 penyakit mazmumah
    kalau kena hinggap punah ranah
    sud@is baru je tulis kisah Rahsia Tulisan TanganMy Profile

    1. tehr says:

      hidup jadi tak senang
      bila buat apa yang dilarang

  7. padin says:

    haha.. gabungan yang terbaik rasanya, keh keh..
    sama padan, sama lawan
    padin baru je tulis kisah Picture of My Life ContestMy Profile

    1. tehr says:

      …dan sama menikam kalbu
      sama menghiris hati… :(

  8. dnoBiz says:

    kalau dua dua jumpa dua dua untung, sebab dapat apa yang diinginkan… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Majlis Pernikahan Elyana – Gambar majlis Pernikahan ElyanaMy Profile

    1. tehr says:

      pulak dah

  9. belalang says:

    kalau mata keranjang bercinta dengan pisau cukur akan jadi mata pisau ataupun pisau keranjang…

    huhuhu
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      wah, lagi parah tu, belalang

  10. Cha'on says:

    mungkin kalo 2-2 nie bergabung boleh jadi serasi kot.. hahha..
    Cha’on baru je tulis kisah Muzik-Muzik 25 Keputusan Separuh Akhir Pertama dan KeduaMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 serasi :D

  11. Mohd Hafiz says:

    alang2 singgah komen tehr… esok aku nak g kursus x dpt selalu on9 lh… insyaAllah klu ade mase aku singgah selalu… hehehe…
    salam idul adha… hehehe sempat jugak aku..

    1. tehr says:

      tak apa, hafiz
      ada masa singgah
      dahulukan yang lebih utama

  12. zik says:

    kalau 2 dua bertemu… masing2 nak menang lah kot???
    zik baru je tulis kisah Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau la sapa yang akan menang

  13. kulanz says:

    rasanya padan muka tu lagi sesuai untuk kedua-duanya kalau jadi pasangan.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Perlawanan Badminton Sukan Asia 2010My Profile

    1. tehr says:

      mungkin jadi meriah :D

      1. suri says:

        war is begining!!

  14. etomyam says:

    wah best woo layan R.azmi ni. Peberet aku nih hehehe

    aku pun ada layan R.azmi di koleksi percuma r.azmi dan
    pak hitam

    kalau drive layan lagu2 r.azmi memang best :D
    etomyam baru je tulis kisah Kura-Kura Jugak Yang Di CariMy Profile

    1. tehr says:

      memang best, kadang2 aku nyanyi sendiri je masa memandu
      lagi pun tak ada sapa2 dengar :D

  15. sangilapi says:

    kalau dua-dua bertembung,aku rasa dua-dua akan berputih mata ! sebab sama-sama bijak :)
    sangilapi baru je tulis kisah laung hargaMy Profile

  16. donnyien says:

    teringat saya lagu lama mata keranjang ..

    1. tehr says:

      yups, bro
      lagu r azmi tu

      1. suri says:

        jangan selalu intai org nanri mata kena ketumbit nghee..

  17. suri says:

    dari mata jatuh ke hati heee…

    tapi klu cinta pada harta mmg tak akan bawa kita kemana2 huh..

  18. dari mata turun ke hati..hihi

    baru bertemu buku dgn ruas kan..mata keranjang dgn pisau cukur…
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun