Mata Dan Penglihatan Kita

Mata merupakan anugerah yang paling berharga kepada manusia. Organ deria ini mengesan cahaya dan menghantarkan ke otak untuk diproses. Bahagian luar mata terdiri dari bulu, alis dan kelopak yang berperanan menjaga keselamatan mata dan mencantikkan pandangan. Bahagian dalam mata pula terdiri dari retina, kornea, iris, pupil, kanta, makular, sklera, lekuk fovea dan titik buta.

Ada banyak penggunaan perkataan mata dalam kehidupan seharian. Rajin-rajinlah merujuk Kamus Dewan untuk mengetahuinya. Setiap rumah sudah semestinya mempunyai sebuah kamus sebagai rujukan terutama kepada pelajar. SPM dan STPM pun akan menjelang sejurus selepas cuti raya Aidiladha nanti.

mata air penghilang dahagadari mata turun ke hati
daripada tanah dan batu juga
mengalir bersih siap tersedia
buat berbakti kepada manusia

tajam memancung si mata pedang
membunuh musuh sekali silang
tajamlah lagi lidah yang garang
menghiris hati malam dan siang

sekali mata kail menyangkut
ikan besar terpaksa menurut
ke mana ditarik terpaksa ikut
sukar terlepas sudahnya maut

bijak berkata si mata pena
keluarkan ilham berikan idea
panduan hidup ketika di dunia
mencari redha Allah Yang Esa

mahu ke kanan atau ke kiri
memilih haluan ke mana pergi
melihat renungan si mata hati
memandang hidup melihat mati

Mata memang suka melihat sesuatu yang cantik. Betulkan Padin? Seronok melihat kecantikan alam, wajah, benda-benda malah melihat paparan blog juga. :) Ada orang berkata, kita melihat dengan otak bukan dengan mata. Benarkah begitu?

TehrDemikian kisah 'Mata Dan Penglihatan Kita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. padin says:

    hehe.. betul tu tehr.. sesiapa pun pasti ingin melihat keindahan..
    harap – harap la nikmat ni tidak di tarik sampai hujung nyawa,
    padin baru je tulis kisah Blog dan Blogger Mesra padinnoMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, bro

  2. ray ban says:

    Anugerah yang maha esa yang tidak ternilai harganya
    ray ban baru je tulis kisah Types lens use by Ray banMy Profile

    1. tehr says:

      banyak2 bawa bersyukur
      alhamdulillah

  3. kulanz says:

    dengan adanya mata dan matahari (bintang2) kita dapat menyaksikan keindahan alam.. tapi semua tu dengan keizinan Allah SWT..

    melihat dengan otak, betul juga tu.. sebahagian lagi suka melihat dengan akal fikiran…
    kulanz baru je tulis kisah Kutipan Pingat Malaysia di Sukan Asia 2010 – 17 NovMy Profile

    1. tehr says:

      ya
      mata > otak > akal fikiran
      sempurna

  4. kami says:

    mata memang banyak gunanya..
    Allah Maha Kuasa menciptakan mata utk membantu manusia..
    Jadi marilah kita gunakan mata dengan sebaik mungkin..:)
    kami baru je tulis kisah Menyambut Kelahiran Anak PertamaMy Profile

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah kerana mata masih sihat

  5. belalang says:

    dari kerana mata…
    yg mempunyai kuasa…
    oh aku tergoda…
    aku tergoda dan kechewa…

    aiseh terkaraoke lak sini…
    kuikuikui
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      semua boleh, bro :)

  6. bluedianthus says:

    Alangkah baiknya kalau kita melihat menggunakan otak kan tehr..bukan hanya menggunakan deria mata semata-mata. tapi malangnya ramai yang hanya menggunakan mata untuk melihat.:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Salam Aidiladha daripada Bluedianthus Dot ComMy Profile

    1. tehr says:

      ada orang yang dapat melihat tetapi buta, mereka tak nampak apa
      sedih sangat

  7. sangilapi says:

    “Ada orang berkata, kita melihat dengan otak bukan dengan mata. Benarkah begitu? “……..setuju ! :)

    sebenarnya tak guna mata pun masih boleh melihat :)

    kenapa tak percaya ke ?…..cuba pejamkan mata cuba lihat,sejam lalu di mana kita berada :)
    sangilapi baru je tulis kisah kampung halamanMy Profile

    1. tehr says:

      aku pernah menonton filem indonesia ‘si buta dari gua hantu’
      elok je dia bertarung :)

  8. MASA says:

    sebahagian orang ada mata tapi tak boleh melihat. betapa nikmatnya penglihatan. nikmat melihat akan terasa apabila nikmat melihat ditarik.
    MASA baru je tulis kisah Selamat Hari Raya AidiladhaMy Profile

    1. tehr says:

      bersyukur selalu

  9. bisk says:

    mata hati lebih jelas dan memahami..mata kasar cuma menikmati.
    bisk baru je tulis kisah jadi anggap biasa saja dehMy Profile

    1. tehr says:

      lihat dengan mata hati

  10. dnoBiz says:

    Kena caranya..
    menafaat yang diterima
    silap caranya..
    Bala muncul pula…

    Ps : cuba bayangkan tetiba kita buta….
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerana Tidak Cantik – Cerai isteri tidak cantik makin meningkatMy Profile

    1. tehr says:

      nauzubillah

  11. Mohd Hafiz says:

    bila lg aku nak dpt mata air nih… hehehehe…
    lama banget menunggu….

    1. tehr says:

      mata air ke mat tahir, hafiz? :D

  12. zik says:

    mata itu satu anugerah… ada mata tapi buat2 tak nampak masalah kemiskinan …. duk kaya raya.. sendiri…
    zik baru je tulis kisah Maha International 2010- 26 november ini!My Profile

    1. tehr says:

      buat2 tak nampak tu, zik

  13. gnesop.com says:

    penah bersama pelajar2 cacat penglihatan..
    masa tu rasa bertuah sgt memiliki sepasang mata yg boleh melihat..
    jika dilihat bagaimana dorang makan..
    mungkin kita boleh memilih mana yg sedap, mana yang cantik..
    tp dorang, apa yg kita beri, itu yg dimakan..

    hanya berkongsi
    gnesop.com baru je tulis kisah Diari Aidil Adha Tahun 2010My Profile

    1. tehr says:

      mereka tak banyak komplen, tak seperti kita yang celik

  14. puteri says:

    dari mata turun ke hati,,
    :)

    mata air juga bermaksud kekasih atau buah hati, kan?

    :D

    he.he.he…
    puteri baru je tulis kisah i love Lee Chong Wei!My Profile

    1. tehr says:

      mata air?
      mat tahir? :D

      1. puteri says:

        mata air la.. :P
        tengok cite2 p.ramlee dlu2..

        matair ku..
        :)

  15. Mus says:

    marilah bersama menjaga kesihatan mata!!
    Mus baru je tulis kisah Apakah Motif Sebenar Iklan Jual Kaki Messi NiMy Profile

    1. tehr says:

      jangan melihat perkara yang dilarang :)

  16. akubiomed says:

    Tajamnya mata pena setajam mata pedang. Apa bila mengarang mengikut rasa akal bukan rasa dangkal :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Lawak malam Jumaat 18sxMy Profile

    1. tehr says:

      ya, setuju sangat
      tulis sesuatu yang berfaedah

  17. Ismail N says:

    Ni yg buat teringat lagu “dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa..” :D

    1. tehr says:

      kuasanya dapat merosakkan akal dan iman

  18. lost kitty says:

    yup,mata memang penting. saya ada seorang kawan buta kt skewl tp dye ni pandai
    lost kitty baru je tulis kisah last day sekolah dengan member saje!My Profile

    1. tehr says:

      orang buta ni gelap mata je tapi hati tak gelap
      saya sentiasa kagum dengan allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh
      buta mata tidak menghalang beliau menjadi seorang pakar ekonomi

  19. bersyukur sangat2 rasanya sepasang mata yang ada ini masih berfungsi dengan baiknya

    1. tehr says:

      alhamdulillah

  20. zulkbo says:

    Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu empunya
    blog..selamat menyambut
    Eidul Adha Mubarak..
    tajam nya mata pena
    boleh membunuh karekter
    seseorang..

  21. kakyong says:

    kalo salah mengasah si mata pena.. buleh membunuh peribadi…

    dari mata turun ke hati.. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Pertama kalinya… kek ku menjadi… yahoooo!!!My Profile

  22. sud@is says:

    Lihat dengan mata dan hati
    sud@is baru je tulis kisah Salam Aidil AdhaMy Profile

  23. Cik Siti says:

    syukurilah dengan nikmat yang diberikan. sesungguhnya kehilangannya memang tidak boleh dicari ganti
    Cik Siti baru je tulis kisah Salam AidiladhaMy Profile

  24. Syafrizal says:

    berbekam dapat mencerah kan kembali penglihatan kita
    amalkan setiap bulan…
    Syafrizal baru je tulis kisah Twitter dah ada fungsi analyticMy Profile

  25. mata hati lebih tajam dari mata kasar…
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun